Sunday, November 23, 2008

inilah realitinya..

salam..

Sebelum aku mulakan apa yang ingin aku kongsikan hari ni, aku nak minta maaf andainya ia agak keras dan mungkin aku mngkritik, tapi ini lah realitinya, jadi, kita kena hadapinya juga walau ia pahit kerana sememangnya setiap kebenaran itu pahit...

Segalanya brmula apabila seorang teman rapat yang juga bkerja dalam dunia akademik di salah sebuah ipt tempatan bercerita tentang suatu kisah..suatu kisah yang agak memalukan bagi seseorang yang bergelar akademia, atau cendekiawan di sebuah pusat ilmu terkemuka..entahlah, kisah skandal antara seorang pensyarah bergelar Dr (bakal Prof Madya..uff..), yang mmpunyai hbungan dengan pelajarnya sendiri. bagi saya, ia bukanlah suatu yang silap dan salah andai pnsyarah itu jatuh hati pada pelajarnya sndiri, kerana cinta itu tak mngenal usia, dan juga pangkat. namun, apa yang silap adalah, status pnsyarah itu sndiri yang telah brkeluarga, jua pelajar itu yang secara nyata ingin mngambil ksempatan atas hbungan terlarang yang dijalinkan itu. sangat memalukan sekaligus mencemar imej profesionalisme seorang ahli akademik apabila pnsyarah itu sanggup menolong untuk mnyiapkan projek tahun akhir pelajar trsebut, dan berusaha untuk mmberikan gred trbaik bagi "kekasih" nya itu.. ia sangat menjengkelkan!! paling mnyedihkan apabila pnsyarah itu mngarahkan pembantunya (seorang pmbantu pngajar) untuk mnyiapkan paper kajian yang bakal dihntar untuk jurnal antarabangsa, sedangkan dia sndiri pergi brcuti brsama pelajar trsebut!! inilah realitinya..inikah dunia akdemik yang patut kita banggakan, jika begini tingkah ahli akedemiknya?entahlah..

Itu baru kisah tentang skndal..semakin lama aku berada dalam dunia akademik ini, aku semakin mngerti tentang 'sepak terajang' yang ada didalamnya.. semakin banyak aku belajar, sebanyak itu jugalah rahsia yang tersingkap di sebalik gah, kecemerlangan serta profesionalisme dunia akademik ini. aku bukan ingin mnghukum semua ahli akdemik atau individu yang berada dalamnya, namun, gelagat sebahagian kecil darinya sedikit sebanyak telah mncalarkan kemurnian yang selama ini sering kita lihat (dari zahirnya..). kisah tentang para pnsyarah yang begitu rakus mngejar pangkat, mnyiapkan sebanyak mana kertas kajian yang mungkin, untuk dihantar dan dinilai, juga dipersembahkan di konvensyen2 antarabangsa, tapi, jika diperinci sehalus-halusnya, adakah mereka sendiri yang benar2 brtungkus lumus dalam segala usaha itu?fikirkan kembali..dan sebanyak mana yang mndapat kredit atas segala hasil usaha itu?fikirkan sekali lagi.. kadang kala aku terfikir, kenapa mereka perlu begitu?bukankah matlamat utama setiap kajian, kertas serta hasil yang dibentangkan itu adalah untuk mngembangkan lagi ilmu yang mereka miliki?ia bukan untuk pangkat, tapi, bagi segelintir ahli akademik, ya, ia memang semata-mata untuk pangkat..sangat mnyedihkan, tapi, inilah realitinya..

Aku sendiri pernah mnghadapi satu situasi yang agak memeranjatkan dalam dunia akademik ini. pernah seorang pnsyarah muda menasihatkan aku agar tidak mmpercayai kata2 seorang pnsyarah lain dan alasannya adalah kadangkala maklumat yang diberi pnsyarah trsebut tidak tepat! sejujurnya, itu berlaku BUKAN sewaktu aku bergelar pelajar, tetapi stelah mnyertai dunia akdemik ini. aku tersentak seketika, kerana aku sndiri tidak mnyangka kata2 itu akan keluar dari mulutnya. entahlah..itukah gelagat seorang ahli akdemik yang brgelar Dr? sangat tidak matang dan sangat mnyedihkan..tapi, inilah realitinya..

Aku juga pernah mnyaksikan satu insiden yang agak memalukan dan remeh temeh antara ahli akademik dimana mereka berdebat dan bertelingkah melalui emel hnya kerana mempertikaikan adakah perlu ucapan takziah disalurkan melalui emel!! hello, banyak lagi isu lain yang boleh diperdebatkan berbanding hal remeh sbegitu?! entahlah, aku sengaja mnyingkap kisah ini agar kita semua mndapat iktibar dan panduan darinya. bukan untuk memalukan sesiapa, jauh sekali untuk mnjatuhkan imej para cendekiawan ini, namun, sesekali kita kena merenung dan melihat jauh ke dalam, hingga ke akar, agar perkara sebegini tidak berulang di kalangan cndekiawan dan ahli akdemik muda yang masih sdg bertatih spt aku sendiri..

Namun, aku masih mngingati kata2 Cik Hayati hingga ke hari ini, katanya; apa yang paling penting dalam setiap kerja yang kita lakukan adalah keikhlasan, dan buat semuanya kerana kerja itu adalah amanah ALLAH utk kita..emm.. aku yakin dengan itu semua dan aku berdoa agar aku mampu untuk bertahan dalam dunia mncabar ini..

chow!

Wednesday, November 19, 2008

'be strong...look forward..'

salam..

why i'm using this words as my title today?well, for me, it's juz like a magic words, spontaneously, it cherished my day, healed my pain and i don't know, but i love it.. so much..mybe because those magic words came from someone that meant so much for me..someone that gave me that small light, a light that shine deep inside my heart..it's not only about love, but it's also about the friendship that we build together, and how much it meant for me...and for that person too..

actually, what i need is just a little support..that person suddenly came into my life, out of no where, and gave me the support that i really want to..person that i've not dreamed of..uff..i don't know what's the real feel that i felt right now..but i really hope this will last forever..again, it's not about love, but our lovely friendship..everyone kept asking me, how will we ended this relationship, but, for both of us, we really don't have the exact answer..like that person said last night, juz 'be strong..look forward..'..i'm so thankful...thnx to my dear friend...

chow!

Monday, November 17, 2008

A review of Johnny Angel..

salam..

it's quite a long time since i've been updated this blog..huhu..actually i was quite busy with my master project and i'm really not in mood to write or share anything in here..well, i was praying dan hoping (hardly) that i could finish all this thing as quick as possible..it's really made my world got haywired! hikhik..

emm..to underload my stress, i've decided to go to public library last week..well, i was enjoying myself there, seriously!! it's really great to go there, get some books, having an excitement in searching those books and spending couple hours reading magazines, huhuhu..but, it's quite distracted me when a few kids started to make noise and i'm trying to keep myself calm, not to scold them (cause i really want to!!). searching from shelf to shelf, looking for each title, my eyes suddenly dropped to one of that books; Johnny Angel.. emm, i was thinking that i've never read this title of Danielle Steel's..i've read Miracle, Vanished and Dating Game (i was wondering, since when i became a great fans of DS? hikhik..)..ok, back to that Johnny Angel, it attracted me to pick it up..looking from a short review behind its cover, i think i've made a good choice of book (emm, she's the best romance novelist, for sure it's always the best..huhu.)

it's only took me a night to finish this book..it's a great story..it made my eyes filled with tears till the end of the story..it made me thought that life is short, life is hard, life is full of ups and downs, but still life is beautiful. Johnny is a complete example that life is short; he died at 17, in a terrible accident which not his fault at all. Tragically, this accident occured just after their prom night, a day before their graduation day. And, suddenly, everything went wrong to his family, his drank father, lonely mother, helpless sister and mute little brother. And, his beloved girlfriend, Becky, who trying so hard to forget the incident and to vanish all their memories together. I was crying when i read this nice thing from Becky that describe their love; "Johnny is the sweet spot in my life.." it's really sweet..

this book is the best book to make we feel, and to motivate us that we still could survive from all the pain after we lost our loved ones. it's not the end of the world, we still have to go on with our own life..even in this story, Johnny came back as a brand-new-teenage-angel in his family, to fix a few things that happened in their family, but, in reality, for me, we can still mend our heart from that pain just by ourselves..what we need is a little strength..a strength to get over that and everything will back to normal again..

ok, i need to do something now..gtg..huhu

chow!

Wednesday, November 5, 2008

Lambaian Kaabah..

salam..

Musim Haji datang lagi..dan buat kesekian kalinya, aku turut berdoa dan memohon agar impianku untuk ke destinasi yang satu ini akan termakbul satu hari nanti..lambaian Kaabah itu benar-benar menggamitku untuk turut serta ke Tanah Suci..

Impianku adalah ingin ke sana bersama seseorang yang akan mnjadi Imamku, dan penjagaku..moga dia dapat membimbingku dan kami akan bersama2 berangkat ke Tanah Suci..Insya Allah, moga satu hari nanti impian dan doaku ini dimakbulkan YANG MAHA ESA....Aminn.....

Tuesday, November 4, 2008

make me cried...again..

Cinta bukan melemahkan hati..bukan mmbawa putus asa..bukan menimbulkan tangis sedu-sedan..tetapi, Cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan..
(Kak Sya)
Sengaja aku titipkan kembali kata-kata yang dimuatkan oleh Kak Sya dalam novelnya dalam bicaraku hari ini..semalam, buat kali ketiga, aku mnonton sekali lagi filem korea 'Now & Forever' tu..dan, buat kesekian kalinya, aku menangis sekali lagi..ceritanya biasa sahaja, tapi, apa yang indah adalah bgaimana cara mereka saling mnyayangi antara satu sama lain...kerana sayangkan perempuan itu, lelaki trsebut mnuruti khendak perempua itu agar meminta maaf kpd semua wanita yg prnh dikecewakannya..dan, kerana terlalu kasihkan lelaki itu, pmpuan itu tak ingin lelaki itu mncintai dirinya yang tak akan hidup lama..itulah cinta namanya, kerana cinta tak smestinya kita memiliki seseorang, tapi, ckup andainya kita mampu melihat dia bahagia sentiasa...
Paling sayu, apabila perempuan itu tahu yang lelaki itu jua sepertinya, tidak akan hidup lama..namun, kerana kasih, dia berpura-pura seolah dia tidak mngetahui tentang keadaan lelaki itu..bagaimana dia menahan perasaan dan memeluk erat lelaki itu setiap kali melihatnya mnderita sendirian..dan..sekali lagi aku menangis.......huhuhu...
maybe i'm a bit emosional in this..but this movie really made me cried..i don't know why..but, i love every moment when the couple had their good time together..it's such a sweet and lovely moments...
chow..

Monday, November 3, 2008

Kisah sepasang suami isteri..

salam..

pagi tadi, on da way nak dtg ke umt, aku tiba2 teringatkan kisah ini..entah kenapa,bila difikirkan kembali..mampukah aku mnjadi seperti mereka?

Ini kisah tentang sepasang suami isteri.. si suami cacat penglihatan, manakala si isteri sedikit tempang.. pasangan ini sudah lama berkahwin, namun, mereka tiada zuriat..maka hari2 yang mereka lalui hanyalah antara mereka brdua sahaja..mereka bukanlah orang yang senang, namun, setiap hari, pasangan ini tetap menggagahkan diri untuk mnjual sayur-sayuran di pasar.. setiap hari mereka akan melangkah bersama, berjalan berkilometer jauhnya untuk mncari sesuap nasi buat mereka berdua..dek kerana si suami tidak mampu untuk melihat, maka si isteri ini mnjadi matanya..memegang erat lengan si suami setiap kali melintasi setiap jalan yang mereka lalui..dan, kerana si isteri ini tempang, maka si suami yang buta itu mnjadi kakinya dengan memaut bahunya agar si isteri tidak tersungkur sepanjang perjalanan mereka..

Pertama kali aku mendengar kisah ini dari ibuku, aku menangis ..menangis kerana dalam usia emas sebegitu, kasih antara pasangan ini masih begitu utuh..erat dengan setiap langkah yang mereka lalui brsama..mnjadi mata kepada suami dan mnjadi kaki kpd isteri..bukankah itu yang kita namakan cinta dan sayang?bila difikirkan kmbali, mereka jauh lebih bahagia berbanding orang lain.. setiap saat dan detik yang mereka lalui, mereka laluinya brsama.. apa guna punya kereta besar, duduk brdua dalam kereta yang berhawa dingin, tetapi bermasam muka spjg perjalanan..itu belum dikira dengan setiap pertelingkahan yang berlaku di rumah..sejenak itu aku terfikir, mampukah aku jadi sebegitu? mampukan aku mnjaga suamiku sebaik itu?

"Whatever we do and whatever happens, every single moment means more because we live it together..and, i look at life a lot differently because i have you by my side.."

chow..

Sunday, November 2, 2008

buat A dan N..

Ini kisahku bersama dua insan yang bergelar A dan N.. pada yang menganggap ini adalah kisah cinta, aku tak kisah, kerana ia bukan sekadar satu kisah cinta, tapi ia juga adalah tentang bagaimana kita mnghargai apa yang dinamakan CINTA itu..

Kisahku dan A..
Kisah kami bermula hampir 10 tahun yang lalu..dalam masa yang sbegitu panjang, apa yang mampu aku kenali tentang dirinya?kadangkala aku rasa yang aku langsung tidak mngenali dirinya..entahlah, mungkin aku yang terlalu naif dalam mnilai dan memahami erti "perhubungan" kami..mungkin aku yang terlalu berusaha dalam hubungan ini sehingga kadangkala aku melukai diriku sendiri..aku tak pernah salahkan dia, kerana dia punya hak dalam mnentukan apa yang dia ingini..cuma, aku kesal kerana dia tidak jujur dalam mnilai diriku.. aku tak kisah andainya ia tidak berakhir seperti apa yang kami harapkan, kerana kami masih akan bersahabat smpai bila2..tapi, dia tak mampu untuk mmberikan harga kejujuran itu untuk diriku..dia tak salah, cuma tersilap dalam menilai.. biarlah, mungkin permata yang dicarinya itu akan ditemuinya satu hari nnti.. mungkin permata itu akan jauh lebih berkilau berbanding kaca yang pernah ditinggalkannya ini..terima kasih A kerana mmberi aku peluang dan ksempatan untuk mnilai makna CINTA yg sbenar, dan jua mmbuatkan aku faham betapa bernilainya air mata..dan kejujuran..

Kisahku dan N..
Aku mngenali dirinya hampir 6 tahun lalu..aku mngenali dirinya sebagai seseorang yang biasa, dan langsung tiada kena mngena dalam hidupku..dan aku sndiri tidak pernah sangka yang aku akan mmpunyai "sesuatu" dengan dirinya.. dia seorang yang biasa shj, tapi penuh dgn segala yang luar biasa, hehe.. dia punyai dua prsamaan dengan A, tapi, dia jauh berbeza..caranya, kematangannya, kadangkala aku rasa aku mampu untuk bercerita apa saja bersama dirinya.. dan, aku juga mnjadi diriku yang sbenar setiap kali brsama dirinya..dia buatkan aku sedar bahawa kejujuran dan keikhlasan bukan setakat SMS melalui telefon atau call setiap hari, tapi kejujuran itu datang dari hati..bukan itu caranya untuk mnunjukkan yang kita sayangkan seseorang, tapi, andaikata kita percayakan dia, itulah sayang namanya..cara dia mnghargai rasa kasih itu sentiasa buat aku "terbang"..buat pertama kalinya, aku rasa aku mnyayangi dia dari hatiku, bukan dari perasaan..terima kasih N kerana buatkan aku sedar bahawa masih ramai insan yang jujur dan ikhlas dalam dunia ini..terima kasih jua kerana buatkan aku trsenyum..walau masa depan adalah sangat pjg dan bgitu kabur buat kita, aku cuma mahu merasai dan mnghargai saat2 yang aku rasai hari ini..

buat kesekian kalinya aku bersyukur kepada-MU YANG LEBIH MNGETAHUI kerana mmberikan aku peluang utk merasai betapa manis dan pahitnya apabila kita menyayangi seseorang..alhmdulillah...

definisi GEMBIRA..

salam..

entah kenapa hari ini aku rasa gembira..ntahlah, kadangkala perkara yang kecil dan remeh mampu untuk buatkan kita gembira..benarlah kata org, rasa sayang dan kasih bleh buatkan sesiapa jua rasa dialah orang yang paling gembira dalam hidup ini.. rasa seperti dunia ini berhenti berputar buat seketika..hehe..

aku ini naif ke kerana mampu untuk tersenyum sepanjang hari ini hanya dengan satu pandangan seketika itu?aku tak nafikan yang aku sangat gembira, sangat bahagia..kadangkala itu sudah cukup buat diriku..aku tak kisah..walau aku hnya mampu memandang dari jauh, itu sudah cukup bermakna bagiku..mungkin itulah definisi GEMBIRA yang aku rasai kini..

YA ALLAH, aku bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan untuk diriku hari ini..aku telah trsenyum.......

chow..