Monday, June 9, 2008

Happy Father's Day..

salam..

Selamat Hari Bapa buat semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, papa, abah, walid, abi, abuya atau apa saja panggilan kita untuk mereka..catatan aku kali ini khusus buat Allahyarham Hj Kamaruddin Mohd, walid yang terlalu aku sayangi..

Walid seorang lelaki yang simple..seorang yang biasa sahaja, sederhana dan penuh kasih sayang..seorang lelaki yang mmpunyai 3 anak prempuan..Walid seorang lelaki yang penuh dgn rasa humor, tidak sah hari-hari kami tanpa mendengar celoteh dan jenaka darinya..dan pastinya akulah org yang paling kuat ketawa stiap kali mndengar jenakanya..

Walid sentiasa mngajar kami supaya sentiasa menjadi orang yang rendah hati dan rendah diri walau diri sehebat mana dan walau berada di mana sekalipun..dan mendidik kami untuk menjadi orang yang mudah untuk bersahabat dgn sesiapa sahaja..bukan sekadar menjadi sahabat, tetapi mngajar kami untuk mnjadi sahabat yang memahami..

Walid juga seorang pendengar yang baik..sentiasa cuba untuk memahami dan menyelesaikan masalah anak2nya..walaupun kadangkala masalah itu cuma satu mslh kecil yang mampu untuk kami selesaikan sendiri..emm..dan terkadang Walid juga sentiasa risau pada anak2nya walaupun kami dan mampu untuk berdiri di atas kaki kami sendiri..

Walid, kadangkala agak keras kepala gak, hehe..tapi, Walid seorang yang berfikiran terbuka, walaupun aku dan Walid sering berselisih pendapat dalam hal2 yg kecil hatta ke warna baju yang patut aku dan dia pakai..hihi..

Walid, seorang yang sensitif dan kuat nalurinya..dan itulah juga sifatku sekarang..seorang yang mudah tersentuh dengan penderitaan orang lain..Walid mmberi pertolongan pada orang yang mmerlukan, hinggakan kami sendiri tidak mngetahuinya..sehinggalah pada hari dia mninggalkan kami, ada wajah2 yang tidak kami kenali turut menziarahi..

Walid..walau sudah hampir 8 tahun Walid meninggalkan kami semua, kasih sayang mu masih melekat dan tetap harum dalam hati kami semua..Walid, aku takkan pernah melupakan setiap pengorbanan dan apa yang telah Walid didik pada aku selama ini..

Walid, terima kasih kerana telah mengajar aku apa itu cinta, apa itu hidup, apa itu gembira dan apa ertinya kita memberi kepada orang lain..dan Walid, terima kasih kerana telah memberi aku 3 ramuan utama dalam hidupku; baik hati, kasih sayang dan memahami..dan ramuan ini lah jua yang akan aku gunakan untuk mendidik anak2 ku nanti..

Al-Fatihah..

No comments: