Monday, January 4, 2010

Sahabatku..di mana dia..?

Salam.

Huhu..lama jugak tidak menulis ni. Bukanlah trlalu sibuk pun, cuma skadar tidak brpeluang untuk mnjenguk ke sini. Terkadang terfikir, kadangkala, macam susah sangat utk aku menulis, padahal aku masih punya waktu utk berbuat demikian. Hari ini, aku teringatkan seseorang. Seorang sahabat yang telah lama tidak aku temui. Dan, buat pertama kalinya, aku rasa rindu. Rindu pada seorang sahabat yang pernah mmbuatkan aku jauh hati dengan sikapnya, yang pernah mmbuatkan aku menangis kerana kekasarannya, dan pernah juga mmbuatkan aku ketawa besar kerana gurauannya.

Sahabat yang telah hampir 15 tahun tidak aku temui. Malah, aku sendiri sudah hampir lupa, bilakah kali terakhir kami bertemu. Kisah aku dan sahabat ini terlalu banyak untuk diceritakan. Terlalu banyak untuk dirungkaikan. Aku masih ingat bagaimana dia pernah mengusik aku ketika aku baru sampai di sekolah, dan dia mnghalang aku di atas tangga sekolah kami. Aku juga masih ingat bagaimana dia suka berbisik di telingaku, bercerita tentang segala kisahnya. Aku juga masih mengingati bagaimana marahnya dia pada aku, sehingga dia hampir mmbaling kerusi pada diriku. Aku masih dapat mngimbau bagaimana malunya dia pada rakan2 sekolah ketika datang ke sekolah dengan rupa yang tidak berambut. Malah, aku masih ingat bagaimana jelingannya pada diriku ketika aku cuba bergurau tentang fesyen rambutnya yang baru itu. Sahabatku, aku masih mengingati semua ini.

Sahabatku, di manakah engkau kini?Kita pernah diejek oleh hampir seluruh kelas apabila mereka mengetahui tentang persahabatan kita yang agak rapat. Dan, kerana itu, kau mnjauhkan diri dariku. Dan, begitu juga diriku. Paling penting, ketika itu, aku sebenarnya sangat kecewa dengan tindakannya yang begitu marah pada diriku. Rupanya aku masih merindui saat2 itu. Masih merindui saat2 engkau tersenyum dan bergurau tentang perkara2 bodoh yang tak pernah aku fikirkan. Sahabatku, aku mahu bertemu denganmu sekali lagi. Sahabatku, aku ingin mndengar engkau bercerita sekali lagi.

Sahabatku, di manakah engkau kini? Dari dulu hingga kini, aku sentiasa melihat sesuatu yg berbeza tentang dirimu. Sesuatu yang jujur. Sesuatu yang pnuh dengan rasa kasih. Sahabatku, walau di mana jua engkau berada, aku sentiasa berdoa agar engkau sentiasa berada di bawah lindungan-NYA, moga engkau sentiasa mnjadi sahabat seperti yg pnah aku kenali dulu, dan moga engkau masih sahabat yang pnuh dengan gurauan dan kasih itu..

Sesuatu yang pasti..aku merindukanmu...

No comments: