Tuesday, June 30, 2009

Aku bebas...akhirnya..

Salam.

Lama benar aku tidak ke sini. Lama benar aku tidak mncoret di sini. Entahlah, mungkin aku terlalu sibuk, atau sengaja menyibukkan diri. Penat rasanya. Penat dengan segala yg datang bertubi-tubi. Hal kerja memanglah satu kewajipan dan aku sendiri tak kisah andai dibeban dengan sebanyak mana pun kerja. Tapi, penat rasanya bila ada hal2 yang di luar kerja datang mencelah. Dan, kerana itulah, semalam aku melakukan sesuatu yang di luar jangkaan diriku sendiri. Aku ingin mencari jawapan bagi persoalan yang bermain di fikiranku selama hampir 6 bulan ini. Dan, akhirnya aku temuinya.

Dalam telekung, aku terduduk dan terdiam sebentar. Rupanya begitu rasanya bila kita ingin menangis, tapi, kita tak mampu untuk menangis. Jawapan yang aku terima tidak mngejutkan, tapi, cukup untuk mmbuatkan hati aku dihujani rasa sedih. Hati aku menangis selebatnya. Lama, barulah pipiku terasa basah. Dan, aku tahu, sebenarnya itulah yang aku nanti selama ini. Walaupun, makin lama, hujan itu makin lebat, tapi, aku tahu itulah hujan yang paling menyejukkan dan dingin bagi diriku. Hujan yang menenangkan diriku. Dan, aku trsenyum dalam kebasahan itu. Akhirnya, aku dapat bebaskannya dari hatiku. Tiada lagi rasa yang mengganggu hatiku. Tiada lagi rasa yang sering buat aku resah. ALLAH MAHA MENGETAHUI, aku fikir aku tidak mampu untuk mnerimanya, namun, aku masih mampu trsenyum.

Mungkin pada yang sedang membaca posting ini mungkin trtanya, apakah perkara yang sedang aku katakan ini. Emm, aku tak ingin mereka memahaminya, yang penting aku tahu apa yang sedang aku lakukan ini. Aku tak ingin dilanda hujan lagi, tapi aku tahu, bila hujan berakhir, pasti matahari atau pelangi akan hadir. Dan, aku masih menanti kehadirannya. Doakan diriku wahai teman, (Amirah, terima kasih kerana sentiasa di sisiku walau dari kejauhan..), agar aku sentiasa menjadi diriku, walau aku tahu, yang ada kini cuma sebahagian saja..