Tuesday, December 22, 2009

Setiap cinta ada maknanya..

Salam.

Tertarik benar aku dengan kata-kata ini; setiap cinta ada maknanya. Sama ada ia adalah cinta pertama, kedua, ketiga mahupun cinta terakhir kita, setiapnya punyai kisah dan makna yang tersendiri. Setiap dari kita punyai kisah ini. Bohonglah kalau ada yang mnyatakan bahawa mereka telah melupakan kisah cinta yang lalu mskipun telah berpunya.

Bagi aku, setiap kisah cinta yang pernah aku lalui dan rasai adalah suatu pngalaman yang menarik, berbeza dan trsendiri. Setiap satu darinya punya rasa yang sngat berbeza. Sejujurnya, aku sngat mnghargai setiap rasa yang telah aku alami itu, kerana itu lah rasanya cinta. Meskipun, banyak antara rasa itu adalah mendukacitakan, namun, bila difikirkan kembali, ia banyak mmbuatkan aku trsenyum. Setiap satu darinya punya tempat yang istimewa dalam hati aku.

Apa perlunya dendam akibat cinta? Bukanlah lebih mudah jika melepaskan, dan mmbiarkan sahaja ia berlalu daripada menanggung beban hati sebegitu? Pada aku, yang berlalu, biarlah ia berlalu. Iya, aku memang melupakan. Namun, setiap sisanya masih berbekas di hatiku. Tetapi, ia bukanlah sisa2 kemarahan atau dendam, cuma ia adalah sedikit kenangan, yang kadangkala mmbuatkan aku trsenyum sndirian. Dan, bersama kenangan ini, aku mmbina semula semangat diri.

Seperti kata R, setiap cinta ada mknanya; setiapnya punya tempat yang istimewa di hati kita. Mengingatkan ini mmbuatkan aku trfikir, betapa bertuahnya diriku kerana telah merasai pelbagai mkna cinta ini. Syukur Ya ALLAH, kerana masih mmberikanku kesempatan ini. Pastinya, aku masih ingin bercinta. Bercinta dan mencintai DIA YANG ESA..

'R'..? emm...huhu...

Pabila Atuk bercerita..

Salam.

Wah..lama benar tidak menulis di sini. Bukan tidak ingin menulis, tetapi terkadang kekangan yang dihadapi menghalang aku dari berbuat demikian. Banyak sekali yang ingin ditulis dan diceritakan, tapi, rasanya buat hari ini, cuma ada satu kisah yang sedang berlegar di fikiranku saat ini.

Kelmarin, aku ke rumah Atuk. Seperti biasa, senyuman dan pelukannya sentiasa membuatkan hatiku terasa hangat. Namun, kelmarin, kunjungan kami serasa seperti membuka sebuah lembaran baru buat aku dan adik-beradik. Atuk yang kami kenali sebagai seorang yang agak pendiam dan lebih banyak menjadi pemerhati dan pndengar yang setia mula bercerita. Atuk bercerita tentang suatu kisah yang sudah trlalu lama ingin kami dengari. Kisah yang telah lama disimpannya. Tentang hati tuanya, tentang rasanya sebagai seorang ayah dan datuk. Menatap matanya yang berkaca saat itu, sukar menafsirkan apa yang aku rasakan kala itu.

Pabila Atuk bercerita, bercerita tentang kisah anak lelakinya. Kata Atuk, tiada ayah yang sanggup menerima hakikat bahawa anaknya akan pergi dahulu sebelum dirinya, namun, dia perlu akur dengan ketentuan-NYA. Anak yang pernah menjadi buah hati dan racunnya, dan anak itu jugalah penawarnya. Hubungan mereka pernah renggang sebentar, namun, ia tidak pernah terputus. Si anak pernah berjauh hati dengan sikapnya, tapi, kasih sayang tidak pernah ada tepinya. Atuk bercerita tentang bagaimana anak lelakinya itu sangat degil sewaktu kecil, tidak pernah ingin belajar seperti yang disuruh, tapi dia tidak pernah gagal untuk terus membujuk dan terus menasihati, dengan harapan, si anak akan berubah. Dan, akhirnya, si anak memang lembut hati dan menuruti harapan si bapa. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana gembiranya hati Atuk tika itu. Mungkin kerana si anak yang kurang mndapat perhatian dari ibunya yang agak garang mmbuatkan si anak lebih rapat dengan dirinya, dan perpisahan kedua ibu dan bapa mmburukkan lagi keadaan si anak. Dia mmbesar mnjadi seorang yang trlalu berdikari dan hidup di atas kakinya sndiri.

Dan, Atuk bercerita lagi. Tatkala si anak sudah semakin dewasa, dia semakin mngerti bahawa anak ini memerlukan seorang suri yang akan mngisi hati lelakinya. Dan, orang yang akan mnemani anak ini sepanjang hayatnya bukan sahaja perlu mnjadi seorang isteri, malah sahabat dan pndengar yang sejati. Dan, Atuk telah brmimpi, tentang seseorang yang datang ke rumah mereka dan melayan dirinya persis bapa sndiri. Dan, Atuk tidak silap perkiraan. Itu adalah sahabat anaknya sendiri dan akhirnya mereka disatukan. Walau trdapat pelbagai rintangan mnghalangi hubungan itu, lbih2 dari ibu si anak, namun, si ayah tetap mmpertahankan menantu dan anaknya. Kerana Atuk tahu, sebagai ayah, dia harus terus mmpertahankan kebahagiaan anaknya.

Atuk terus brcerita. Tentang rawan hatinya, pedih rasa yang dilaluinya tika mngetahui berita kepergian anak sulungnya itu. Di hatinya pernah tdetik, kenapa tidak aku yang lebih tua ini dijemput-NYA dahulu?Namun, itu adalah ketentuan-NYA. Dengan airmata, Atuk merelakan segalanya. Yakin dengan segala hikmah atas setiap dugaan yang mndatang. Dan, seminggu selepas kepergian anaknya, dia mndapat sesuatu yang tak pernah disangka2. Sejumlah duit, peninggalan arwah anaknya, bagi perbelanjaan untuk dirinya dan isteri ke Tanah Suci Makkah. Syukur hatinya, ALLAH sahaja yang tahu, namun, dia masih trkesan kerana itu adalah pmberian terakhir seorang anak yang cukup dicintai. Mungkin inilah namanya hikmah.

Usai Atuk bercerita, titis2 jernih itu mula menitik satu persatu. Dan, tnpa disedari, aku juga kehujanan bersama. Di akhir cerita, Atuk menitipkan pesanan; jangan pernah jadikan dirinya sebagai contoh, kerana Atuk bukanlah ayah yang trbaik bagi Walid kami, apa yang Atuk punya cumalah rasa sayang yang tak pernah Atuk ucapkan untuk Walid. Namun, bagi kami adik-beradik, Atuk adalah orang yg tlh mmbentuk Walid mnjadi dirinya yg pnuh rasa kasih, dan tlh mnjadi ayah trbaik buat kami semua. Jika tnpa Atuk, tnpa sayangnya, nasihatnya, Walid takkan jadi spt yg pnah kami kenali, dan mndidik kami apa adanya kami hari ini..

Atuk..kami ingin terus mndgr Atuk bercerita...

Monday, November 16, 2009

Pasti..

Salam.

Sekadar mencuri waktu sebentar untuk mncoret di sini. Aku baru selesai mmbaca satu catatan sahabatku. Terima kasih wahai sahabat kerana telah mndoakan diriku, terima kasih jua kerana telah sudi mnjadi sahabat pada diriku yang tidak seberapa ini seadanya. Membaca coretannya, antara isinya adalah semoga aku mnemui apa yang aku cari itu. Insya ALLAH, itu adalah sesuatu yang pasti akan tiba jua satu hari nanti. aku yakin dengan janji ALLAH, yakin dengan segala ketentuan-NYA, yakin dengan kebesaran-NYA. Pelangi itu pasti hadir, cahaya itu akan kembali dan hati ini pasti akan terubat lagi..

Walau masa depan adalah tidak pasti, namun, jika itu takdir-NYA, siapalah aku untuk menghalangnya, siapalah aku untuk menolaknya. Yang pasti, aku tidak akan berhenti berharap kerana hati ini sentiasa menanti untuk sesuatu yang pasti itu..Insya ALLAH..

Thursday, November 12, 2009

Feel it..with ur soul..

Salam.

I can't help it, but i really love this song. The way she deliver each words sound so meaningful..just want to share; Berganti Hati...

Berganti Hati ~ Anggun C.Sasmi ~

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu dan tanpa curiga

Ku tak ingin lagi menunggu menanti
Harapan tuk hidup kan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba hanya 'tuk kecewa
lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

Aku ingin pergi dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang ku cipta untukmu
rasa yang dulu pernah ada
kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sedari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang telah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti
Kini harus ku ganti
Tak perlu yang ini lagi
Harus berganti hati...


chow!

Kenapa?..

Salam.

Emm, tiba-tiba terasa nak mencoret sesuatu di sini pagi ini. Semalam merupakan antara hari yang buat aku terfikir dan merenung kembali. Kenapa aku perlu jadi semarah itu? Entahlah..sesekali aku terfikir, selama ini, aku trlalu banyak dan terlalu sangat menjga hati orang lain sehingga kadangkala jika aku yang terasa hati, tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Terlalu ramai yang mngambil kesempatan kerana mereka fikir aku tak mungkin terasa dengan apa yang mereka katakan pada diriku. Mungkin mereka tak pernah ambil kisah atau sengaja tidak ingin ambil tahu.

Entahlah..aku juga seorang manusia. Yang masih punya rasa dan hati. Aku tahu, aku kurang dalam serba-serbi, tapi, setidaknya aku tak pernah ingin mengalah untuk mendapatkan apa yang ingin aku mahukan. Aku tahu, aku tidak sepandai mereka, aku juga sedar aku tak menarik seperti mereka, namun setidaknya aku punyai sesuatu yang tidak mereka miliki. Terkadang aku kecewa, bukan kerana kata2 mereka, tetapi kerana mereka yang mengata dan merendahkan aku adalah mereka yang aku anggap sebagai sahabat dan adik sendiri. Tapi, inilah hidup. Cuma kadangkala aku terfikir, aku tak mampu untuk bersikap tabah lagi.

Kadangkala aku penat. Penat dengan karenah sesetengah manusia yang menganggap diri mereka adalah yang terbaik dan dengan sewenangnya berkata apa sahaja yang mereka mahu. Namun, sejurus itu juga aku sedar bahawa inilah kehidupan. Manis, pahit, tawar, masam, masin, segalanya menjadi satu. Tanpa rasa kepahitan dan kepenatan ini, aku tak mungkin akan mampu untuk melangkah lagi di pentas kehidupan ini. Ramai manusia yang mnjadi pelakon hebat di pentas ini, itu realiti. Dan, realitinya juga, selagi manusia brgelar manusia, pelbagai ragam akan ditemui. Walau banyak yang plastik, tapi, aku tahu, banyak juga permata yang telah aku temui.

Aku sepatutnya belajar untuk mnjadi manusia yang lebih sabar, lebih teguh dan lebih tenang..Moga ALLAH menetapkan hatiku dan mnjaga hatiku agar sentiasa tenang..

chow!

Monday, November 9, 2009

Sesekali...aku masih ingin bermimpi..

Salam. Lama juga aku tidak menjengah ke sini. Mungkin ada juga yang mngikuti coretan aku ini yang berfikir bahawa aku mungkin sudah mahu meninggalkan tulisan di sini. TIDAK, sesekali aku tidak akan tinggalkan apa yang sudah aku minati sejak dulu ini. Walau ia tidak sepopular nukilan di blog orang lain, aku tetap mahu menulis kerana ini adalah dunia di sebalik diriku.

Baru2 ini, aku menemui sebuah lagu. Sebetulnya, ia adalah lagu tema sebuah drama, dan sejujurnya, aku memang terkesan dengan setiap bait2 dalam lagu ini. Bukan kerana hanya ia mnepati dengan apa yang aku alami, tapi, ia lebih daripada itu. Aku bukanlah fanatik dengan lagu2 Indonesia, kerana lagu2 Malaysia jua banyak mnepati diriku, namun, 'Cinta Tak Bersyarat' ini benar2 mmbuatkan aku terfikir dan mengenang. Bukan tidak melupakan, namun, sesekali, aku masih ingin bermimpi..

"Cinta Tak Bersyarat"


Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu
Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu
Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Kerna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki
Andai saja bisa kau fahami
Layaknya arti kasih sejati
Kerna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat
Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat...

Ramai yang mencari..dan ramai juga yang tersungkur dalam pncarian itu..Berdoa dan teruskan berdoa kerana CINTA HAKIKI PADA-NYA tidak pernah mati..

Thursday, October 22, 2009

Kisah ikan yang bertulang..

Salam.

22 Okt 2009. Lama tidak berkongsi kisah di sini. Hari ini aku teringin untuk berkongsi tentang satu kisah yang menarik.

Ini kisah tentang seorang budak perempuan dan ayahnya. Budak perempuan ini seorang anak yang sukar untuk makan. Apa jua yang dimasak oleh ibunya, cuma disentuhnya sedikit. Gusar hati si ibu melihat karenah anak yang tidak gemar apa jua lauk yang dimasak olehnya. Puas dicuba pelbagai cara agar si anak kecil ini boleh menggemari lauk yang dimasaknya.Satu2nya lauk yang paling banyak dimakannya hanyalah ikan. Hinggalah pada suatu hari, si ayah membawa pulang seekor ikan buat mereka sekeluarga. Kata si ayah, ikan itu buat anak kesayangannya. Dan, untuk si ayah dan ibunya, lauk untuk mereka adalah ayam. Melihatkan itu, si ibu mengeluh kerana dia tahu, pastinya lauk ikan itu tidak dihabiskan oleh si anak tadi. Menyedari kebimbangan isterinya, si ayah pantas berkata bahawa dia yakin yang anaknya akan mula makan dan tidak akan memilih lagi selepas itu. Ikan itu dimasak sebagai lauk paling enak buat anak kesayangan mereka. Tiba waktu makan, si anak cuba untuk mencubit sedikit isi ikan tersebut. Tiba2 dia mngaduh kerana jarinya tercucuk tulang ikan itu.

Tersenyum si ayah tatkala melihat anaknya terkena tulang ikan itu. Anaknya tiba2 berhenti mencubit ikan dan hanya memandang sahaja ikan yang penuh tulang itu. Sejurus itu si ayah berkata 'Kenapa tak ambik ikan itu? Bukankah itu lauk kegemaran kamu?' Pantas si anak menjawab ' Ikan itu banyak tulang sgt, tk dpt nak cubit..' Kata si ayah lagi, 'Tapi, kamu inginkan ikan itu kan? Kamu harus buang kesemua tulang2 itu, barulah kamu dpt mnikmati isinya yang sedap. Ayah takkan tolong kerana kamu yg ingin makan, kamulah yg harus mndapatkannya'. Perlahan2, anaknya mula mencubitnya sedikit, mmbuang kesemua tulang, dan mula makan. Tatkala itu, si ibu trsenyum melihat anaknya makan dgn bgitu brselera sekali. Nyata, rncgn si ayah agar si anak dpt mkn dgn brselera bjaya.

Usai makan, si ayah memeluk anaknya dan bertanya, 'Kamu tak akan memilih mknn lagi kan?' Pantas anaknya berkata, 'Tidak..sebab kalau ikan yg pnuh tulang pun saya boleh mkn, tentu shj daging dan ayam yg lmbut itu dpt saya nikmati juga..' Lebar senyuman si ayah pada anak kesayangannya. 'Kamu tak akan takut lagi untuk mncuba mknn, kerana mknn itu lah yg mnguatkan kita, yg mmbuatkan kita hidup. Iya, kadangkala ikan yg kamu mkn akan dipenuhi tulang, tp, kalau tidak bertulang, bukanlah ikan namanya kan? Sekarang kamu sudah memahaminya kan?'. Dan,sejurus itu, kedua2 ayah dan anak trsenyum penuh makna.

Ini adalah kisahku. Ikan yang pnuh tulang itu adalah umpama kehidupan kita yang pnuh dgn sgala dugaan dan cubaan. Tnpa dugaan dan cubaan itu, tiada mknanya hidup ini. Apa yang paling pnting adalah bgaimana untuk kita mngatasi segala dugaan itu dan mnikmati hidup ini sepenuhnya. Dengan itu, barulah kita memahami bahawa hidup ini sangat brmakna, sama seperti isi ikan yang segar itu..

Sunday, October 11, 2009

Lepaskan masa lalu itu..selamanya..

Salam.

11 Okt 2009. Hampir sampai ke penghujung tahun dan serasanya kesibukan aku juga semakin bertambah. Lama benar tidak mencoret di sini. Banyak yang ingin aku cerita dan kongsikan namun, adakalanya masa tidak mengizinkan. Yang pastinya aku kini lebih gembira dan rasanya senyuman aku juga sudah kembali.

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah cerita. Sebuah cerita biasa tentang kisah cinta. Namun, aku tertarik dengan satu ungkapan yang dituturkan oleh satu wataknya. Katanya; masa lalu tidak akan terlepas andainya kita sendiri tidak ingin melepaskannya. Saat itu, aku baru mengerti bahawa aku sebenarnya sudah terlalu lama berpaut pada masa lalu yang telah mengguris hati aku. Walaupun kadangkala aku melupakan masa lalu itu, tapi aku tahu yang pautan itu masih kukuh. Dan, saat itu aku sedar bahawa aku perlu melepaskan pautan masa lalu itu buat selamanya. Aku bukan sekadar perlu melupakannya, tapi juga perlu melepaskan, buat selamanya. Mungkin kerana aku terlalu lama berpegang pada kenangan lalu itu, hingga aku tidak ingin mencari dan menemui kenangan baru. Lama aku berfikir, bagaimana harus aku melepaskannya? Bagaimana untuk melepaskan sesuatu yang telah mengguris hati, tetapi pada saat yang sama sangat kita sayangi itu? Hinggalah seorang teman berkata padaku bahawa kenapa perlu aku risau tentang masa lalu itu sedangkan aku telah memiliki segalanya hari ini; keluarga, sahabat, pelajaran, dan kesihatan yang baik. Apa lagi yang perlu aku harapkan pada masa lalu itu?

Masya-Allah..aku telah dibangunkan sekali lagi. Aku tak perlu gusar tentang apa pun jika aku melepaskannya. Tiada ruginya walau sedikit pun. Dan, benar, aku seolah telah membebaskan beban itu buat selamanya. Aku jadi lebih fokus pada kerjaku, dan kembali ketawa bersama sahabat2 yang sangat memahami. Terima kasih wahai sahabatku kerana berada di sisi selama aku terpinga-pinga dengan masa silamku. Dan, aku bersyukur pada-NYA kerana telah membuka pintu hatiku untuk melihat apa yang sebenarnya..

P/S: Buat semua sahabat, kalian adalah yang terbaik dalam hidupku..

Friday, September 25, 2009

Aku mahu jadi seperti lilin..

Salam.

Aduh, lama benar tidak menulis di sini. Salam Aidilfitri 1430H buat semua. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan, namun rasanya ruang sekecil ini tak mampu memuatkan kesemua kisahku selama berbulan aku tidak mencoret di sini.

Pertamanya, aku teringin sekali untuk mengucapkan tahniah buat seseorang atas ikatan yang telah terjalin pada hari ini. Semoga dia bahagia dengan pilihannya kerana aku tahu itlah yang paling baik untuk dia dan keluarganya. Sedihkah aku? Jawapan yang pasti pada saat aku mencoret ini adalah tidak sama sekali. Saat pertama aku mngetahui tentang beritanya, aku sedikit terkilan, namun aku tahu, aku sudah tidak punya apa2 hak lagi. Dan, paling mmbuatkan aku bersyukur adalah aku terasa sangat lega dan tenang. ALLAH MAHA MENGETAHUI, DIA telah tetapkan segalanya dan perancangan-NYA lebih baik dari segala yang lain.

Bila difikirkan semula, aku tak ingin mengungkit atau mengingati kembali tentang apa yang pernah aku letakkan padanya. Mungkin benar kata Ummi, aku perlu sentiasa jadi seumpama lilin; menerangi dan mmberikan cahaya buat orang lain walau diri sendiri yang terbakar lalu cair. Dan, walaupun cair, ia tetap teguh dan keras pada tapak asalnya. Aku tak mnyesal kerana pernah menangis untuknya, kerana tangisan dan airmata itu mmbuatkan aku lebih kuat di dalam. Berkali2 diguris dan berkali2 dirobek bukanlah satu kelemahan, tapi kekuatan untuk kita belajar berfikir kembali tentang kekurangan diri sendiri. Dan, hari ini, aku yakin aku mampu untuk berhadapan dengannya jika kami bertemu lagi.

Banyak perkara yang tidak aku fahami tentang apa itu cinta kerana pelbagai pengalaman yang mengguris ini. Namun, aku akhirnya mngerti bahawa ALLAH ingin aku belajar tentang cinta ini. Belajar untuk lebih mnghargai, belajar untuk lebih ikhlas, belajar untuk lebih memahami dan belajar untuk lebih menjaga dan mempertahankannya. Aku seharusnya lebih berani berkorban demi cinta itu. Dan, aku pasti, saatnya pasti tiba. Bila sampai detik dan waktunya, aku pasti cinta itu akan hadir jua..

"Pelangi pasti akan muncul jua setelah hujan yang mencurah itu..SABAR, kerna ALLAH MAHA MENDENGAR.."

Monday, July 27, 2009

Mengenangmu..

Salam.

Al-fatihah, buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Aku bukanlah sesiapa untuk bercerita dengan lengkap tentang dirinya. Aku juga bukanlah wartawan atau peminat fanatiknya yang mngetahui segala tentang dirinya. Namun, aku adalah antara beribu insan yang merasai setiap karyanya dengan hati. Pada aku, dia adalah antara pengarah yang mampu mmbuatkan aku menangis dan ketawa dalam karya yang dihasilkannya. Aku mengakui, yang aku bukanlah peminat sejati filem dan drama Melayu, tetapi insan bernama Yasmin Ahmad ini telah mengubah persepsi aku.

Aku bukan mahu bercerita tentang betapa gahnya hasil karyanya yang mampu memenangi pelbagai anugerah, walaupun kadangkala tidak diterima di negara sendiri. Dan, aku jua tak ingin mnyentuh tentang siapa dirinya yang sebenar di sebalik nama itu. Yang aku ingin coretkan di sini hanyalah pengalaman aku sepanjang menghayati hasil karyanya. Bagaimana aku teringatkan Walid dan Ummi apabila melihat 'Rabun', menangis pilu tatkala menonton 'Sepet', tersenyum sendiri bersama 'Mukhsin' dan berfikir sejenak melihat 'Gubra'. Tanpa aku sendiri sedar, rupanya dia telah banyak mmbuka mata dan hati aku untuk melihat sesuatu bukan dari dalam sudut yang biasa kita lihat. Aku bukanlah mengatakan yang karyanya adalah 100% sempurna kerana tiada apa yang sempurna pun di dunia ini. Namun, mengimbas kembali apa yang aku rasai setiap kali menonton karyanya membuatkan aku sayu sebentar. Akan adakah insan lain yang mampu menghasilkan karya sebegitu lagi?

Kadangkala aku terasa, mungkin kerana kejujuran yang ditunjukkan dalam karyanya yang mmbuatkan aku turut merasainya dengan hati. Tak kisahlah siapa jua dirinya, atau apa jua kesilapan yang pernah dilakukannya, kerana hanya ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI akan segalanya. Namun, aku pasti aku akan tetap mengenang segala yang pernah dia berikan untuk diriku melalui karyanya itu walaupun kami tidak pernah saling mngenali. Terima kasih kerana membuatkan aku trsenyum dengan gelagat Mukhsin, ketawa bersama Orked, dan mmbuatkan aku sedar dengan kehadiran seorang ibu seperti Mak Inom.

Al-Fatihah..

Tuesday, July 21, 2009

Impian, amanah dan hikmah...

Salam.

28 Rejab. Alhamdulillah, aku hampir selesai mngharungi hari2 dalam bulan Rejab ini. Moga aku masih diberi kesempatan oleh-NYA untuk berada dalam bulan2 yang seterusnya. Banyak yang bermain di fikiranku saat ini. Semakin aku ingin sampai ke penghujung, semakin banyak yang aku fikirkan. Apa yang aku lakukan saat ini sampai ke penghujung satu hari nanti, dan apabila tiba di penghujung itu, aku tahu, aku harus mmbuat pilihan dengan setepatnya.

Aku punya impian. Semua orang juga punya impian. Aku ingin mncapai apa yang ingin aku capai, dan memiliki apa yang aku inginkan selama ini. Namun, aku tahu, perjalanan aku untuk memilikinya tidak seperti yang aku fikirkan. Ia tidak semudah seperti yang ramai orang katakan pada diriku. Aku akui, ia memang tidak mudah, tapi, lebih sukar lagi untuk membuat pilihan sama ada ingin meneruskannya, atau berhenti sahaja. Aku tidak ingin berhenti, dan tidak akan sesekali berhenti. Namun, aku jua tahu, ada amanah lain yang sedang menanti diriku. Mungkin ia bukan yang seperti aku dan orang lain inginkan, tapi, amanah ini lebih besar dari impian aku. Aku tahu, aku pasti akan berdepan dengan mereka yang ingin aku meneruskan impian ini, tapi, aku tahu, aku harus lebih kuat. Aku harus berdepan dengan segalanya apabila tiba saatnya nanti. Aku tak ingin kehilangan hikmah seandainya aku mempersiakan amanah ini.

Impian aku akan tetap diteruskan, cuma dalam keadaan yang berbeza. Hasilnya nanti ttap akan sama, cuma mungkin pandangan orang terhadapku lebih berbeza. Aku tak pernah kisah kerana aku tahu, hikmah yang menanti diriku jauh lebih bernilai dari segalanya. Seandainya ini yang ALLAH tetapkan untuk diriku, aku redha dengan membelakangkan impianku. Aku tahu, aku akan terasa sedih kerana melepaskan apa yang ingin aku lakukan ini. Tapi, aku jua tahu, aku pasti akan tersenyum gembira kerana memilih untuk mnjaga amanah ini kerana aku tahu, ada hikmah yang menanti di sebaliknya. Sejujurnya, airmataku mngalir laju saat aku mncoretkan hal ini, namun, airmata ini bukanlah kerana kesedihan, tapi, kerana aku ingin yakin dengan janji ALLAH. Moga DIA memberkati perjalananku ini, dan moga DIA mempermudahkan segala urusanku. Moga ALLAH jua menetapkan hatiku untuk sentiasa mengingati-NYA..

Thursday, July 9, 2009

Lubang pada hati..

Salam.

Pejam celik, pejam celik, kita dh mlangkah ke Julai. Begitu banyak perkara yang berlaku dalam setengah tahun ini, begitu ramai jua telah kutemui dan begitu banyak pngalaman yang telah aku kutip. Dalam seminggu ini, aku kembali sibuk dengan segala kerja walaupunn kadangkala terbabas ke tempat lain, hihihi. Emm, lubang pada hati. Saja aku memilih untuk menulis tajuk sebegini, bukan hanya kerana lagu ini sangat mesra pada telinga, tetapi, hakikatnya, kita semua mmpunyai lubang pada hati.

Entahlah, apa yang aku rasai dengan adanya lubang ini. Pada aku, sesekali, biarlah ia berlubang kerana dengan itu, barulah kita mngerti dan faham bahawa bukan mudah untuk mengisi dan menutup kembali lubang itu. Dan, yang paling penting, kita tetap mampu mneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dengan adanya lubang itu. Lubang pertamaku, pada 2001,. dan kini, ia berlubang lagi. Sejujurnya aku masih cuba untuk merawat hati sendiri, dan sentiasa mncuba kerana aku yakin,ALLAH sentiasa bersamaku. Hidup ini hanyalah kerana DIA dan pada-NYA lah jua aku bermohon agar kekuatan ini akan mnjadi lebih kuat, dan kesabaran ini mnjadi lebih sabar. Aku sewajarnya lebih bersyukur pada orang yang telah mnyakiti hatiku, kerana dia telah mmbuatkan aku jadi lebih tabah, dan semoga satu hari nanti, aku mampu berdepan dengannya.

Pernah satu ketika, aku rasakan yang lubang ini akan terus berlubang selamanya. Namun, aku kembali sedar bahawa, ALLAH MAHA ADIL lagi MAHA MENGETAHUI akan segalanya. Lubang ini pasti akan tertutup kembali, suatu hari nanti. Senyuman ini akan kembali lagi, itu sesuatu yang pasti..

P/S: Semoga dia jua temui apa yang dia inginkan. Semoga hidupnya diberkati-NYA...

Tuesday, June 30, 2009

Aku bebas...akhirnya..

Salam.

Lama benar aku tidak ke sini. Lama benar aku tidak mncoret di sini. Entahlah, mungkin aku terlalu sibuk, atau sengaja menyibukkan diri. Penat rasanya. Penat dengan segala yg datang bertubi-tubi. Hal kerja memanglah satu kewajipan dan aku sendiri tak kisah andai dibeban dengan sebanyak mana pun kerja. Tapi, penat rasanya bila ada hal2 yang di luar kerja datang mencelah. Dan, kerana itulah, semalam aku melakukan sesuatu yang di luar jangkaan diriku sendiri. Aku ingin mencari jawapan bagi persoalan yang bermain di fikiranku selama hampir 6 bulan ini. Dan, akhirnya aku temuinya.

Dalam telekung, aku terduduk dan terdiam sebentar. Rupanya begitu rasanya bila kita ingin menangis, tapi, kita tak mampu untuk menangis. Jawapan yang aku terima tidak mngejutkan, tapi, cukup untuk mmbuatkan hati aku dihujani rasa sedih. Hati aku menangis selebatnya. Lama, barulah pipiku terasa basah. Dan, aku tahu, sebenarnya itulah yang aku nanti selama ini. Walaupun, makin lama, hujan itu makin lebat, tapi, aku tahu itulah hujan yang paling menyejukkan dan dingin bagi diriku. Hujan yang menenangkan diriku. Dan, aku trsenyum dalam kebasahan itu. Akhirnya, aku dapat bebaskannya dari hatiku. Tiada lagi rasa yang mengganggu hatiku. Tiada lagi rasa yang sering buat aku resah. ALLAH MAHA MENGETAHUI, aku fikir aku tidak mampu untuk mnerimanya, namun, aku masih mampu trsenyum.

Mungkin pada yang sedang membaca posting ini mungkin trtanya, apakah perkara yang sedang aku katakan ini. Emm, aku tak ingin mereka memahaminya, yang penting aku tahu apa yang sedang aku lakukan ini. Aku tak ingin dilanda hujan lagi, tapi aku tahu, bila hujan berakhir, pasti matahari atau pelangi akan hadir. Dan, aku masih menanti kehadirannya. Doakan diriku wahai teman, (Amirah, terima kasih kerana sentiasa di sisiku walau dari kejauhan..), agar aku sentiasa menjadi diriku, walau aku tahu, yang ada kini cuma sebahagian saja..

Sunday, May 24, 2009

Kahwin..?

Salam.

Ahad yang indah. Matahari memancar terik hari ini, dan tiada lagi hujan seperti hari sebelumnya. Mungkin hujan di hatiku jua telah reda. Pelik plak melihat tajuk arini kan?Emm, tiba-tiba hari ni terfikir untuk bercerita tentang perkara ni. Kahwin. Bunyinya indah kan? Dan, aku amat pasti yang setiap yang telah melalui fasa perkahwinan itu pasti bersetuju dengan diriku. Aku juga tertanya juga, bagaimana indahnya perkahwinan itu. Cinta kah yg mmbuatkan perkahwinan itu indah? Adakah segalanya semata-mata kerana cinta?

Aku tahu, aku tak layak untuk berbicara soal ini, kerana aku sndiri tak punyai apa2 pngalaman. Namun, mendengar pngalaman teman2 yang telah melalui perkahwinan, aku trsenyum sndiri. Perkahwinan umpama satu perjalanan yang panjang, perjalanan yang kita sendiri pilih dan tentukan setiap perhentiannya. Bezanya, kita tak sendirian dalam prjalanan itu. Dan, kerana itulah, kita perlu mnyesuaikan diri untuk tidak terbiasa dengan keadaan sendirian seperti prjalanan biasa kita yg sebelum itu. Kita harus tahu, yang dalam prjalanan yang baru ini, kita brsama dengan dirinya. Kita boleh mngharapkan dia dalam apa jua keadaan yg mndatang dan, sebolehnya dia jua boleh mngharapkan kita untuk apa jua keadaan. Saling menyokong dan persefahaman. Tapi, ia tak semudah yang ditulis. Realitinya, lebih besar dari itu. Dan, aku mngerti, dalam apa jua keadaan sekalipun yang kita lalui dalam perkahwinan, apa yang paling penting adalah redha ALLAH, doa dan sabar. Kerana dengan itu, baru lah cinta itu mnjadi perkara yg brharga dlm perkahwinan, tolak ansur mnjadi lbih mudah dan prsefahaman mnjadi tunjang utama.

Aku bukan orang yang sangat pandai dalam hal ini, kerana setiap apa yang aku coretkan adalah hasil pngalaman teman yang telah mnghadapinya. Aku jua tertnya pada diriku, adakah aku sudah brsedia untuk melaluinya? Adakah aku cukup bersedia? Aku tak tahu. Kerana bila tiba masanya, aku cuma mngharapkan agar ALLAH mmbuka pintu hatiku dan melangkah dalam prjalanan ini dengan tenang. Dan, bila tiba saatnya jua nanti, si dia juga mampu melangkah dengan tabah untuk prjalanan ini..

Mencintai itu lebih baik dari tidak mncintai..dan, jika aku cuma punyai masa sesaat untuk mncintainya, aku redha, kerana sekurangnya aku melakukannya untuk dia..

chow!

Wednesday, May 20, 2009

Apa yang paling menyedihkan?..

Salam.

Sejujurnya..aku tak tahu apa yang perlu dicoretkan hari ini. Tapi, sedang aku menyiapkan senarai kerja dan melayan instrumental lagu Korea ni, aku tiba2 terfikirkan sesuatu. Apa yang paling menyedihkan dalam hidup kita? Apa yang boleh mmbuatkan kita menangis?

Semua orang pasti akan melalui saat-saat yang pilu dan mnyedihkan dalam hidup mereka. Tapi, apa yang paling mnyedihkan? Saat di mana kita mnerima berita mnyedihkan itu, atau saat di mana kita kehilangan seseorang yg kita sayangi, atau keadaan selepas itu? Mana yang lebih mnyedihkan? Mnghadapinya saat itu, atau selepas itu? Sejujurnya, pada diriku, yang paling mnyedihkan adalah untuk mnghadapi keadaan selepas sgalanya berlaku. Meneruskan khidupan sendiri, dan mnjadi cukup tabah untuk mnghadapi segalanya. Menjadi orang yg benar2 kuat, dan tidak ingin orang lain melihat apa yang kita rasai, lebih2 lagi airmata yang kita titiskan..

Persoalannya, cukup tabah kah kita untuk mnghadapi saat itu nanti? Bersediakah kita untuk mngalaminya sendiri? Entahlah, aku sndiri tidak punya jawapan untuk itu..Aku berdoa agar ALLAH akan mngurniakan aku ketabahan yang cukup untuk mnghadapinya, bila tiba saatnya nanti. Sebenarnya, aku menulis tentang ini kerana seorang sahabatku mnceritakan tentang detik terakhirnya brsama arwah suaminya. Bagaimana setiap kali suaminya tidur, dia akan memerhatikan adakah suaminya masih brnafas atau tidak, dan merasa lega apabila suaminya trjaga stiap pagi dan trsenyum padanya.. Dan, apabila arwah suaminya meninggal selepas sahur, dia memang trasa kehilangan. Namun, di sebalik itu, dia seolah lega, kerana orang yang dia cintai pergi dalam keadaan yang tenang, dan gembira di sisinya..

Ia memang kisah yang sama dan mungkin dialami oleh ramai orang di dunia ini, tapi, bagaimana untuk kita mnghadapi kehidupan kita sterusnya, itu yang paling penting. Adakah kita akan mmbiarkan hidup kita terus diulit kesedihan yang brpanjangan? Kita tak perlu begitu, andainya kita telah cukup mmbahagiakan orang yang kita cintai selama dia brsama kita.. Just share the sweet moments together..

chow!

Tuesday, May 19, 2009

Geng SO..hihi...

Salam.

Huhuhu..lamanya tak mnjenguk ke sini..agak sibuk skit dengan pelbagai urusan, progress report, data collection, writing skit2..huhu..Anyway, aku tetap sempat melihat dan melilau ke blog orang lain walaupun tak smpat nak tulis apa2 di sini. Dan, paling penting, baru2 nih, aku trlibat dngan satu geng yang agak havoc..hihi..Biarlah aku panggil geng SO saja..

Sebenarnya, aku tak ingin mndedahkan siapa geng SO nih (bunyi macam kgiatan bawah tanah jer kan?hikhik..) , tapi, mereka semua telah mnceriakan lagi khidupanku setiap hari, kerana kami brkongsi sesuatu yang sama. Kami cuma brtemu melalui alam maya, ym dan sgalanya dan brkongsi sesuatu yang kami minati secara brsama. Thanks to kakak isabel, mass mirza, kak JJ (senget dia nih..hihi), skut, lara dan semua kerana sudi brkongsi brsama diriku. Anyway, aku agak sibuk hari ni, dan rasanya ini sahaja yg mampu aku coretkan. Ada sesuatu yang ingin aku kongsi brsama, tapi, mngkin belum masanya lagi. Tunggu..!

Emm...saje jer gambo kat sebelah ni...huhu...actually inilah apa yg aku ceritakan dalam post sebelum ni..

Ok, chow!




Tuesday, April 28, 2009

Kisahnya..

Salam.

Sebenarnya, aku takdelah idea sangat nak menulis di sini. Banyak sangat perkara yang perlu dibereskan dan aku sndiri tak mampu nak mncuri waktu untuk mnulis, huhu. Emm, oklah, aku cuma nak ceritakan tentang apa yang aku buat dalam 2-3 hari ni. Aku ada satu tabiat yang tak dapt nak dihilangkan lagi nih, hihihi. Apa tabiatnya? Suka layan lagu Korea dan drama Korea selepas selesai buat sesuatu kerja! Entahlah, setiap kali aku menulis di sini pun, aku mesti akan pasang lagu Korea dan lagu yang mnjadi pilihan aku selalunya dari satu kumpulan Korea yang bernama 'Bubble Sisters'. Aku sendiri tak tahu apa tajuk lagunya, tapi, aku benar2 terkesan dengan lagu ini, walaupun tidak memahami setiap patah perkataannya. Malah, suatu ketika, aku pernah menangis tatkala mendengar lagu ini.

Lagu ini sebenarnya berkaitan dengan satu kisah drama Korea yang sangat aku gemari. Jika seseorang ingin mncari drama Korea yang lucu, tapi, pada masa yang sama mmbuatkan kita mnangis, inilah kisahnya. Pertama kali aku melihat satu watak lelaki yang mencintai seorang gadis dengan caranya yang tersendiri. Tanpa kata2 cinta, tanpa perlu hadiah dan segalanya. Dia mncuba untuk mncintai gadis itu, dan akhirnya dia benar2 jatuh hati. Segalanya terasa sempurna bagi dirinya, sehingga satu saat, dia terasa takut kerana dia terasa sangat bahagia. Seperti kisah Korea yang pernah kita semua tengok sbelum ni, ia masih tipikal kisah yang sama. Tapi, caranya agak berbeza. Ia memang mnyedihkan, tapi, pada akhir kisah ini, aku terasa seperti lega. Lega kerana lelaki itu telah melaksanakan segalanya sebelum dia pergi buat selamanya. Dia telah berubah mnjadi seorang ayah, kekasih, sahabat, malah bos yang baik kepada semua yang dikenalinya. Seperti kata sahabatnya, Kyle, "Now, he's facing all 4 walls, being forced till he's tired, but the him now, to me, is the happiest.."

Aku rasa inilah kisahnya yang sentiasa akan mngingatkan aku bahawa, hidup ini indah. Setiap orang yang kita kenali mmberi erti yang trsendiri buat diri kita dan nikmatilah hidup selagi kita masih mampu untuk berbuat demikian. Seperti kata Hyun Suh dalam kisah ini, "I never expect to be in here, in Korea. Meeting you, my dear Bokja, meeting Yoon (his son) and coming to love both of you.." Kisah ini akan sntiasa mnjadi inspirasi untuk diriku untuk terus berusaha shingga ke akhirnya, dan untuk mngasihi segala yang ada di sekeliling kita..

I'm started to cry now..huhu..

chow!

Monday, April 27, 2009

Jangan baca posting nih..huhu

Salam.

Ok, posting nih bukan utk tatapan umum sbnrnya..hihi..dah tak tahu nk meluahkan prasaan, so kat cni lah tmptnya..huhuhu...

I have to admit that i really miss him........miss him soo much....uhuk..sobsob... tiada lagi ku dengar tawamu, tiada lagi ku dengar suaramu...tiada lagi ku lihat wajah comelmu.......

I miss u...i miss u my dear khairil..(buat nurul, adik tahu siapa dia ni..hihihi...)

dah2..smbg wat kjer..

chow!

Thursday, April 23, 2009

Cintaku..

Salam.

Emm..aku lega setelah apa yang aku lakukan pada hari ini. Aku mahu dia gembira. Dan, setidaknya, dia akan berasa sedikit gembira. Atau, paling tidak, dia akan tersenyum. Aku tak minta dia memahaminya. Aku juga tak minta untuk dia membalasnya. Aku juga tak ingin dia mengatakan atau mngucapkan apa2 pada diriku. Aku sudah lakukan apa yang ingin dan sepatutnya aku lakukan. Dan, selebihnya, biar ALLAH sahaja yang tentukan segalanya. Dan, hanya ALLAH sahaja yang akan menunjukkan jalan buat kami.

Selamat Ulang Tahun..moga sedikit kegembiraan akan muncul dalam hidupmu. Moga kebahagiaan akan sentiasa di sisimu. Dan, moga cinta akan melengkapkan kehidupanmu..

Tuesday, April 21, 2009

Kalau nak marah..marah esok..

Salam.

Emm, sebenarnya aku masih lagi terasa terkilan dan marah pada hari ini. Aku tahu, aku tak sepatutnya begini, tapi, aku cuma manusia biasa, tak lari dari perasaan marah dan benci. Sejujurnya, aku memang sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Aku memang agak perahsia dan serasanya kehidupan peribadiku, hanya milik mutlak diriku. Tapi, apabila ada manusia yang cuba untuk mencungkil dan mengorek rahsia yang ada dalam kehidupanku, aku memang amat marah. Apa haknya untuk bertanya tentang itu dan ini pada diriku? Ya, pada mereka, sebagai sahabat, aku perlu mnceritakan segalanya, namun, adakalanya, banyak perkara yang ingin aku simpan hanya untuk diriku sendiri. Dan, aku rasa mereka masih perlu belajar bagaimana untuk mnghormati hak dan privasi diriku.

Apa yang membuatkan aku terkilan adalah, mereka tidak bertindak seperti diri mereka yang sepatutnya. Golongan profesional yang langsung tidak profesional. Maaf, tapi, itulah hakikatnya. Salah seorang dari mereka pernah mngatakan pada aku yang golongan profesional seperti aku dan yang lain tidak pandai bergaul dan bersosial. Pada aku, itulah adalah satu daripada komen dan pandangan dari orang yang tidak profesional. Entahlah, mereka berhak untuk bertanya dan mmberi apa jua pandangan, dan pastinya aku jua berhak untuk tidak mnghiraukan pendapat2 sebegitu. Cuma, aku harap, mereka dapat berfikir trlebih dahulu sebelum mmberikan apa2 komen dan pndapat, kerana kadangkala, mereka jua harus tahu yang aku jua manusia biasa sama spt mereka.

Yelah2, aku takkan marah lagi. Lagipun Mr Q pernah ckp, "Kalau nak marah, marah esok.."..hikhik..miss Mr Q..huhu...

chow!

Monday, April 20, 2009

Happy Birthday..to me..

Salam.

Hari ini, 20 April. Tiga hari selepas hari ulang tahunku yang ke 26 pada 17 April yang lalu. Serasanya seperti masih baru aku mnyambut hari ulang tahunku yang ke 12, dan hari ini aku sudah berusia 26 tahun. Menjadi seorang yang berusia 26 tahun, seharusnya aku telah mnjadi insan yang lebih matang dan lebih tenang dalam mnghadapi segalanya. Apa yang aku inginkan untuk ulang tahun kali ini? Emm, aku ada menerima pemberian dan hadiah dari keluarga tersayang, namun, sejujurnya, ada beberapa perkara yang sangat ingin aku lakukan dalam hidupku ini. Apa yang paling aku sukai, paling aku gilai, itu adalah perkara yang ingin aku lakukan. Minatku pada bidang penulisan takkan pernah padam, impianku untuk mndalami bidang motivasi dan minatku jua pada muzik, antara yang sering berlegar dalam hati dan fikiranku. Entah kenapa aku meminati seni, lebih dari apa yang sedang aku lakukan sekarang. Mungkin, kerana arwah Walid jua memiliki darah seni yang tersendiri, dia pndai melukis dan semestinya seorang penulis yang hebat.

Aku takkan pernah berhenti dari apa yang sedang aku lakukan kini, namun, aku jua tahu, aku perlu mengorak langkah pertama untuk mncapai impian yang aku inginkan sejak dahulu lagi. Mungkin inilah saatnya untuk mencuba. Mungkin, inilah jua saatnya untuk aku memulakan usaha pertama untuk pergi lebih jauh ke arah impian itu. Aku telah lama berfikir untuk memulakannya, namun, terkadang, aku rasa seolah tidak cukup kuat untuk memulakannya seorang diri. Tapi, pada usia 26 tahun ini, serasanya aku sudah cukup bersedia untuk mnempuhnya seorang diri, dan, aku benar2 mahu dan ingin melakukannya. Aku tahu, ALLAH sentiasa ada dan aku berdoa agar perjalanan yang bakal aku langkahi nanti akan sentiasa diberkati oleh-NYA..Dan, buat yang sedang membaca posting ini, aku juga mngharapkan sokongan dari semua agar aku dapat meneruskan apa yang ingin aku lakukan ini..

chow!

Thursday, April 2, 2009

My dear sweetheart..

Salam.

Hikhik..1 April 2009, hari yang cukup bermakna buat diriku. Aku akhirnya bersatu dengan buah hatiku!! Huhuhu..emm, buah hati? Yelah, dah jadi kesayangan aku kan? Memang patut dipanggil buah hati,hihihi..Oklah, sekarang aku akan tnjukkan buah hatiku yang akan mnemani ku nanti..jeng jeng jeng..

Tadaaaaaa.......Inilah TAU...hihihi.. Paling penting, kami share bulan lahir yang sama, iaitu April. Sebenarnya, kehadirannya langsung tidak dirancang dalam keluarga kami. Tapi, satu peristiwa telah mmbuatkan aku mngambil keputusan untuk memilikinya. Aku terasa puas kerana dapat memilikinya dengan hasil usaha diriku sndiri. Alhamdulillah..Moga TAU sihat selalu dan berkhidmat dengan baik..=)
chow!

Tuesday, March 31, 2009

Antara pewangi BodyShop dan minyak atar..

Salam.

Tajuk entri yang agak pelik kan?hihi..Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin aku kongsikan di sebalik tajuk yang pelik ini. Aku ingin berkongsi cerita tentang kisah sebahagian besar, atau segelintir, atau mungkin sekelompok kecil dari kita yang sangat menggilai barangan berjenama. Aku bukan berniat untuk mengutuk, menghentam atau membidas sesiapa, namun, mungkin sedikit sebanyak apa yang ingin aku coretkan di sini nanti akan menjadi panduan buat kita semua.

Aku punyai beberapa orang teman dan sahabat yang terlalu suka pada barangan berjenama. Esprit, BodyShop, Couch, Kipling, Bonia, Dkny, Bvlgari, dan bermacam lagi jenama yang prestij, sentiasa mnjadi pilihan. Aku bukan mahu bersikap hipokrit, kerana aku sendiri pernah membeli dan memiliki barangan yang berjenama, tapi, serasanya aku tidaklah seobses mereka (setakat coretan ini). Aku tak ingin mngatakan dan mnghukum mereka kerana minat dan kegilaan terhadap barangan trsebut. Namun, apa yang agak aku kesalkan adalah, adakah berbaloi membeli segala brgn trsebut?Ya, mungkin berbaloi pada mereka. Tapi, apa yang lebih mmbuatkan aku kesal dan terkesan adalah, kebanyakan yang mmbeli barangan trsebut lebih 'dihinggapi' penyakit bangga diri kerana pada mereka, itu mnunjukkan kemampuan yang melebihi dari orang lain. Emm, entahlah, kalau itulah hasilnya dari pmbelian trsebut, rasanya, tak guna walau mereka sudah berbelanja ribuan ringgit.

Pada aku, sama ada beg berjenama Esprit atau beg yang dibeli di kedai biasa, ia tetap beg. Ya, mungkin kualiti dan ketahanan beg brjenama jauh lebih baik berbanding beg biasa, tapi, apa yang penting, adalah pengguna beg trsebut. Bagaimana cara kita mmbawa beg itu, bukan terletak pada jenamanya, tapi, personaliti diri kita sendiri. Bawalah semahal mana pun beg, tapi, selagi kita tidak yakin dan tidak sayang pada diri sendiri, ia tetap tidak akan trserlah. Sejujurnya, adakah kita pernah kisah pada jnama beg yang dipakai oleh teman kita? Mungkin, tapi, tidak selalu kan? Kita lebih kisah pada diri teman kita, bukan pada apa yang dipakainya. Adakah dia sihat pada hari itu? Adakah moodnya kurang elok pada hari itu? Sebenarnya, itulah perkara yang lbih pnting.

Btullah apa yang dikatakan "Don't judge a book by its cover..". Kita memang tak boleh mnilai seseorang dari pakaian dan aksesori yang dipakainya. Tidak memiliki yang berjenama, tidak bererti seseorang itu tidak brkemampuan, cuma, personaliti dan dirinya jauh 'lebih mahal' dari aksesori yang brjenama. Mahalnya diri kita kerana akhlak yang terpuji dan personaliti yang trsendiri..bukan pada berapa banyak koleksi brgn jenama prestij yang dimilki..

chow!

Monday, March 30, 2009

Untuk awak...

Salam.

Ini merupakan antara lagu kegemaranku. Dan, aku ingin sekali dia mndengar dan memahaminya. Semoga satu hari nanti, dia akan mngerti akan segalanya..

"I Will Be"
There's nothing
I could say to you
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain, the tears I cried
Still you never said goodbye and now I know
How far you'd go
I know I let you down
But it's not like that now
This time I'll never let you go
I will be, all that you want
And gather myself together
Cause you keep me from falling apart
All my life, I'll be with you forever
To get you through the day
And make everything ok
I thought that I had everything
I didn't know what life could bring
But now I see, honestly
You're the one thing I got right
The only one I let inside
Now I can breathe, cause you're here with me
And if I let you down
I'll turn it all around
Cause I would never let you go
Cause without you I cant breathe
I'm not gonna ever, ever let you leave
You're all I've got, you're all I want
And without you I don't know what I'd do
I can never, ever live a day without you
Here with me, do you see
You're all I need

Sunday, March 29, 2009

Adik lelakiku...

Salam.

Agak lama aku tidak menulis dan mncoret sesuatu di sini. Sibuk sebentar dalam beberapa hari ini dengan pelbagai urusan yang datang mndadak. Dan, jua masalah yang datang tanpa disangka. Pening dan kalut seketika memikirkan masalah yang bertandang. Risau, penat dan pening, segalanya jadi satu. Namun, kepenatan dan kerisauan itu tiba2 jadi luntur apabila pada petang Jumaat baru2 ini aku mnerima satu msej ringkas yg penuh bermakna dari seseorang yang sangat istimewa dalam hidupku.
"Kak tngah buat apa sekarang?"
Terkedu seketika diriku menerima msej yang juga datang tnpa disangka itu. Dan, aku kembali trsenyum. Tersenyum lega kerana msej ini telah menenangkan diriku. Ringkas, namun, ia terlalu bererti dalam waktu2 sebegitu. Buat pertama kalinya, setelah hampir setahun kami tidak bertemu, aku mnerima msej ini. Datang dari dia, adik lelakiku. My one and only little brother.
Aku mngenali adik lelaki ini pada 2006. Syafiq. Itu namanya. Aku tak bgitu perasan akan kehadirannya pada awal bertugas di pusat pmbelajaran itu. Usianya pada waktu itu baru 11 tahun. Masih terlalu muda dan kebudak-budakan. Semakin lama aku di situ, aku mula tertarik pada kerenah budak lelaki yang satu ini. Sikapnya, ramahnya dan ketawanya, benar2 mencuri hatiku untuk lebih mngenalinya dengan lebih rapat. Dek kerana aku sndiri tidak mmpunyai adik, aku senang sekali bersama dengan Syafiq. Dia baik, walaupun pada usia sebegitu muda, dia sangat lain berbanding rakan seusianya. Lain, bukan sahaja pada fizikal yang tinggi, malah sikap matangnya. Aku sangat senang bersamanya. Malah, aku boleh bercerita apa sahaja bersama dengannya. Dan, dia lah satu2nya budak yang boleh aku percayai.
Pelbagai pengalaman dan peristiwa yang telah kami lalui bersama, sepanjang tempoh hampir 2tahun aku bekerja di situ. Kami pernah tidak bertegur sapa, dan aku terlalu sedih apabila mngenangkan hal trsebut. Namun, kami tahu, yang kami saling memerlukan, dan peristiwa itu telah merapatkan kami lebih dari sebelumnya. Apabila tiba saat dia mninggalkan tmpat pmbelajaran itu setelah hmpir 2tahun kami berkongsi segalanya, aku menangis tanpa henti. Bukan hanya kerana kami perlu berpisah, tapi, itulah saatnya di mana adik lelakiku akan melangkah ke satu alam baru. Adikku sudah dewasa rupanya. Dan, dia sudah mampu hidup dengan sendirinya. Dia tak lagi perlukan kakak ini untuk mngadu tentang masalah dan ceritanya. Dia perlu berdiri sendiri. Tapi, pada diriku, Syafiq tetap adikku yang sama, yang berusia 11tahun ketika kami saling mngenali, dan masih kuat memendam rasa seperti dulu. Dan, yang pastinya, msrj terakhir dari dirinya pada malam Jumaat itu telah mmbuktikan bahawa adikku sudah mnjadi seorang lelaki yang matang.
"Semoga kakak selamat dalam perjalanan nanti..."
Terima kasih wahai adikku..Kakak sentiasa sayang pada awak, kerana hanya Syafiq seorang sahaja adik lelaki yang akak punyai..

Sunday, March 22, 2009

Tabahkah aku?..

Salam.

Berbicara soal tabah dan sabar, kadangkala aku rasa seperti tiada penghujungnya. Kita sering dengar orang mngatakan, sabar pun ada hadnya. Tapi, seseorang telah mngatakan pada aku bahawa sabar dan tabah itu tiada batasnya. Kerana itu lah, manusia yang paling kuat dalam dunia ini bukanlah manusia yang kebal, tapi, manusia yang mampu menahan sabarnya. Aku juga mahu menjadi manusia yang tabah dan sabar, namun, aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, dan sentiasa tewas dengan rasa amarah yang seringkali bertandang.

Beberapa tahun yang lalu, aku merupakan seorang yang terlalu cepat marah. Aku cepat naik angin, walaupun hanya pada perkara yang kecil. Mungkin kerana aku terlalu ingin mnjaga hati sendiri dan melindungi perasaan sendiri, membuatkan aku mudah untuk bertindak sebegitu. Namun, seorang teman, yang bukan Muslim, telah mengajar aku tentang erti kesabaran. Sehingga kini aku masih mengingati kata2nya tentang belajar untuk mngawal rasa marah dan bersabar untuk mnghadapi kesulitan yang dihadapi. Pertama kali aku ditegur, aku agak marah dengannya, tapi, setelah berkali2 difikirkan, aku mnerima seadanya. Tidak ada seorang pun yang mnegur aku tentang perkara itu, sehinggalah dia melakukannya. Aku sendiri tidak mnyangka akan perkara itu, sehinggalah dia mnyebutnya. Sejujurnya aku amat bersyukur kerana dia telah membuka mata dan hati aku untuk berubah mnjadi manusia yang baik, yang lebih sabar dan lebih tabah.

Tapi, apa yang membuatkan aku lebih mnjadi manusia yang sabar dan tabah adalah pengalaman mnjadi guru. Pengalaman itu benar2 mnyedarkan aku, dan anak2 yang aku temui sepanjang bergelar guru telah mngajar aku tentang erti kesabaran. Aku benar2 berubah. Aku jadi lebih tenang dan setiap kali mnghadapi karenah mereka yang pelbagai, adakalanya, aku memang marah, tapi, melihat wajah mereka kmbali, aku trsenyum. Aku gembira sepanjang mnjadi sebahagian dari anak2 itu. Dan, yang lebih penting, anak2 itu jua telah mngajar aku tentang mnjadi orang yang sabar.

Melihat kembali pada hari ini, aku ingin terus mnjadi manusia yang tenang, dan belajar untuk bersabar pada setiap hari..

chow!

Wednesday, March 18, 2009

"Saya sayang awak..."

Salam.

Serasanya seperti mataku masih bengkak pada pagi ini. Semalam, sahabatku menelefon lagi. Sahabat yang telah ku anggap seperti adik beradik sendiri. Dan, buat pertama kalinya sepanjang persahabatan kami selama hampir 10 tahun, kami menangis bersama semahunya semalam. Kami banyak berkongsi cerita sejak hampir 10 tahun yang lalu, namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan kami agak renggang kerana kesibukan dengan kerja masing-masing. Aku tahu, dia tak pernah lupakan aku dan aku jua begitu. Aku juga tahu tentang masalah yang sedang dihadapinya saat ini kerana dia pernah juga memberitahu aku dan telah beberapa kali menangis kerana hal itu. Tapi, semalam merupakan saat yang kami tak dapat menahan perasaan masing-masing.

Buat pertama kalinya, kami saling mnyedari yang begitu pentingnya persahabatan ini dan begitu bermaknanya hubungan yang telah kami jalin selama ini. Dan, kami mnyedari yang kami sangat saling mnyayangi antara satu sama lain. Sepanjang kami bersahabat, dari zaman persekolahan sehingga kini, kami jarang menangis bersama, namun malam tadi telah meleraikan segalanya. Airmata aku dan dia tumpah bersama. Dia memberitahu aku yang betapa dia ingin untuk kembali ke zaman di mana kami sentiasa ketawa bersama, bercerita bersama dan bergurau bersama. Sejujurnya, aku jua seperti dia. Aku sangat merindui masa-masa itu. Masa di mana kami tak perlu memikirkan tentang apa yang perlu hadapi kini, masa di mana kami buat apa yang kami ingin buat, masa di mana kami ketawa walaupun dilanda masalah. Kami bukan takut untuk mnghadapi zaman dewasa, namun, terkadang, kami ingin kembali ke masa itu. Merasainya sekali lagi, menikmatinya dan menghargainya.

Dan, buat kesekian kalinya, airmataku tumpah apabila dia mngungkapkan; "Saya sayang awak, farahi..sayang sangat..". Aku akhirnya mngerti bahawa persahabatan ini sangat bererti buat kami berdua. Aku jua sayangkan dia. Walaupun aku tak punya teman istimewa atau lelaki istimewa dalam hidupku, namun aku tahu, dia sentiasa ada untuk aku. Aku bertuah punyai sahabat sepertinya. Aku sentiasa sayangkan dia dan aku akan sentiasa mnghargai persahabatan ini. Aku tak ingin dia bersedih lagi, aku mahu dia bahagia, dan aku tahu dia lakukan segalanya demi keluarganya. Aku tahu, kami perlu kuat dan tabah dalam mnghadapi segalanya. Aku juga perlu cekal, kerana hanya dengan itu aku akan sentiasa dapat menyokong dan mndorongnya. Aku mahu dia tahu yang aku akan sentiasa berada di sampingnya walau apa jua ribut yang melanda. Aku mahu dia tahu yang.."Saya pun sayangkan awak jugak..."

Semoga ALLAH memberikan kita berdua kekuatan wahai sahabatku...

Monday, March 16, 2009

Aku dan atuk..

Salam.

Ini kisah aku dan atuk. Atuk, yang ku panggil tokki. Satu-satunya atuk yang masih ada bersama kami semua. Atuk, lelaki yang tenang, sama seperti arwah Walid. Wajah mereka juga sngat serupa, sehinggakan suatu ketika dulu, ada yang menganggap mereka seperti saudara kembar kerana rupa yang seiras. Kerana itulah, aku sentiasa gembira apabila bersama dengan atuk kerana dia banyak mengingatkan aku kepada arwah Walid.

Atuk, seorang lelaki yang masih kuat pada usia 85 tahun. Masih mampu memandu, dan masih gemar bertandang ke kedai kopi yang dia suka sejak berpuluh tahun yang lalu. Atuk, seorang yang agak pendiam, namun, aku sentiasa tersenyum setiap kali dia berbicara tentang sesuatu. Ingatannya masih kuat, dan kata2nya sentiasa mngajar aku tentang sesuatu. Atuk lebih banyak mendengar daripada bercakap dan serasanya, itulah satu perkara yang banyak aku warisi dari dirinya. Atuk banyak mngajar aku tentang menjadi seorang yang tenang, dan kuat semangat. Walaupun, kadangkala, atuk sangat garang dan degil, tapi, itu adalah bertempat. Atuk, seorang yang penuh dengan rasa sayang. Walaupun dia tak pernah menunjukkannya, namun, aku dapat merasai dari pandangan mata dan hatinya.

Terkadang, aku merasa bersalah dan mnyesal kerana terlalu lama mngabaikan atuk. Terlalu sibuk dengan urusan diri sendiri sehingga terlupa dengan dirinya. Aku sentiasa lupa untuk mnjenguknya, sentiasa lupa untuk bertanya khabarnya mahupun menelefon. Namun, aku tahu, atuk tak pernah melupakan aku dan kami semua. Atuk sentiasa ingat pada kami, walaupun kami jarang bertemu dengannya. Maafkan aku, atuk, kerana lupa. Maafkan aku jua kerana lambat melihat kasih sayang pada mata atuk. Maafkanlah juga aku kerana menjadi orang yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan atuk.

Saya sayang atuk..

Tuesday, March 10, 2009

Pertemuan..

Salam.

Aku masih lagi tergamam dan terkasima selepas pertemuan itu. Setelah sekian lama, aku dapat melihat lagi senyuman pada bibirnya. Senyuman mesra yang banyak menenangkan diriku. Dan, aku terasa seperti masa terhenti seketika pada saat itu. Aku sejujurnya tak pernah mngharapkan teguran darinya dalam pertemuan itu, namun, aku tahu, dia bukan orang yang kejam. Aku mngerti akan sikapnya. Dan, buat kesekian kalinya, aku rasa sangat lega dan tenang kerana aku tahu yang dia masih orang yang aku kenali dulu.

Dan, buat kesekian kalinya juga aku memberi harapan pada diriku sendiri. Salahkah aku? Salahku kerana masih ingin memberi harapan itu? Aku tak kisah andainya aku terluka sekali lagi, tapi, aku masih merasakan yang mmberi harapan itu tidak salah. Aku yakin dengan hatiku, dan hatinya. Dan, aku tahu, yang ia akan kembali. Aku mahu mngenang pertemuan itu, dan menyimpannya dalam memori, selagi aku masih mampu untuk mengingatinya.

Terima kasih kerana pertemuan yang tidak disangka ini. Aku benar-benar gembira, walaupun hanya untuk 5 minit cuma. Dan, terima kasih kerana membuatkan aku rasa diperlukan, sekali lagi..

chow!

Wednesday, March 4, 2009

Cantik..

Salam.

Cantik. Ramai orang yang ingin kelihatan cantik, dan sentiasa ingin mngekalkan kecantikan yang mereka ada. Ramai juga yang mengeluh kerana tidak dikurniakan paras rupa yang cantik. Pada mereka, cantik sememangnya satu perkara yang teramat penting dan sangat perlu dalam hidup mereka, khususnya pada perempuan. Seorang sahabatku, mengadu dan mngeluh pada diriku, hampir saban hari, kerana pada pandangannya, dia tidak cantik, dan kerana itulah, dia masih belum mmpunyai teman istimewa hingga ke hari ini. Aku tak mngerti kenapa dia sanggup berfikiran begitu. Kenapa masih ramai manusia atas dunia ini yang langsung tidak mnghargai apa yang mereka miliki pada diri mereka?Kenapa harus mngeluh, sedangkan kita mmpunyai anggota dan pancaindera yang cukup, serta sempurna sifatnya?

Aku seorang yang bertubuh besar, ramai orang yang mngata, tapi, pada aku, apa kurangnya aku berbanding orang lain? Aku gembira, aku bahagia, walaupun, tanpa orang istimewa. Aku sentiasa merasakan diriku cantik, bukan ingin membanggakan diri, tapi, cantik itu datngnya dari hati. Apa guna berwajah cantik, tapi, sentiasa mnyakitkan hati orang? Apa gunanya berwajah cantik, tapi, punya hati yang penuh dengan hasad dngki? Apa gunanya berwajah cantik, tapi, langsung tidak bersyukur dgn apa yang dimiliki? Adakalanya, aku juga seperti gadis-gadis lain, inginkan rupa yang cantik dan menawan, tapi, bila difikirkan kembali, aku senang begini. Aku bertuah kerana dikurniakan rupa yang seadanya begini, dan punya anggota badan yang cukup dan sempurna. Alhamdulillah, aku manusia yang bertuah.

Sejujurnya, aku masih memikirkan tentang apa yang dikeluhkan oleh sahabatku tadi. Dia bukan tidak cantik, dia cantik, dengan caranya yang tersendiri. Manis, dengan senyumannya, malah, sangat bijak. Apa lagi yang kurang? Seperti yang aku pernah coretkan sebelum ini, manusia mana yang pernah puas dengan apa yang mereka miliki? Cantik itu sangat subjektif, dan pada aku, cantik adalah pada hati. Jika hati kita bersih dari sifat hasad, cemburu, riak, sombong dan segala yang tercela, maka itulah manusia yang paling cantik. Tak guna jika kita hanya cantik pada mata manusia, tapi, buruk di sisi YANG MAHA ESA. Aku bukan manusia yang baik dan sempurna, dan aku juga tak trlepas dari segala sifat yang trcela, tapi, setidaknya, setiap hari, kita harus cuba untuk sentiasa mencantikkan hati kita. Kerana, dengan itu, barulah kita kelihatan cantik pada wajah dan perilaku kita.

Aku tak ingin mngata pada sesiapa, tapi, pada aku, sahabatku itu trlalu buta dalam menilai erti kecantikan yang sebenar. Buta dengan kecantikan zahir, sedangkan hakikatnya adalah jiwa dan hati yang bersih. Basahkan bibir dengan zikrullah, hiasi diri setiap hari dengan mmbaca Al-Quran, kemaskan hati dengan mngucap syukur dan tawakal dalam setiap yang kita lakukan. Ini bukanlah pesanan untuk orang lain, tapi juga untuk diriku yang serba kekurangan ini. Dan, kepada sahabatku tadi, aku cuma berdoa agar dibukakan mata hatinya untuk melihat segala macam kecantikan yang telah dikurniakan ALLAH buat dirinya..

Sunday, March 1, 2009

Jangan berhenti...

Salam.

Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan buat diriku. Bertemu kembali dengan pensyarah lamaku, yang juga mentor dan sifu yang telah banyak mengajar diriku suatu ketika dahulu. Aku benar2 rindukannya, dan sepanjang dia berada di UK, kami banyak berhubung melalui emel. Dia bukan sahaja seorang pensyarah, malah kadangkala, dia seperti kakak ku sendiri. Banyak yang kami bualkan selama hampir 1jam bersama petang tadi. Seperti biasa, dia akan mengajarku tentang banyak perkara, dan begitu juga hari ini.

Cik hayati (dia still tak kisah kalo orang tak memanggilnya Dr..) bercerita tentang pengalamannya sepanjang melanjutkan PhD di UK. Dia bercerita tentang sebanyak mana airmatanya yang telah tumpah sepanjang berada di sana, sebanyak itulah juga dia belajar dan merasai pengalaman berada di rantau orang. Terlalu banyak kesulitan yang telah ditempuhinya untuk melaksanakan projek PhD itu, tapi, kesulitan dan kesusahan itulah yang menjadikan dia sangat kuat. Kuat dan cekal dalam mengharunginya. Sejujurnya, dari dahulu lagi aku sangat mngaguminya. Dan, aku juga ingin menjadi sepertinya. Dan, melihat antara kami berdua, seolah melihat cerminan diri masing2. Dia tak pernah berhenti untuk berusaha, dan tak pernah mengeluh atas segala kesulitan yang dihadapinya.

Pesanannya pada aku adalah jangan berhenti berusaha, jangan berhenti berdoa, jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengharapkan sesuatu yang kita inginkan. Kerana, hanya dengan itu kita akan jadi lebih kuat dan tabah. Dia banyak mengajarku tentang bagaimana untuk menjadi seseorang yang cekal, dan keras hati dalam mngejar apa yang kita inginkan. Jangan mudah berpuas hati dngan apa yang kita dapat hari ini dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik. Dan, hari ini, aku benar2 mngerti akan segalanya. Dan, pelukan hangatnya sewaktu kami berpisah petang tadi benar2 membuatkan aku tenang. Serasanya kini aku telah dapat melihat dengan jelas apa yang aku inginkan pada saat ini. Aku mahu melakukan yang terbaik, bukan semata-mata untuk diriku, tapi untuk semua yang telah banyak menyokong dan mendorong diriku.

Terima kasih cik atas segala tunjuk ajar, sokongan dan nasihat yang telah diberikan selama ini. Dan, terima kasih jua kerana telah mmbuatkan saya mnjadi seperti yang saya jadi pada hari ini..

Thursday, February 26, 2009

Memaafkan..

Salam.

Agak lama juga aku tidak menjenguk ke sini. Terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu diselesaikan dan aku sangat tidak sempat untuk menulis di sini. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2 minggu ini dan serasanya aku tak mampu untuk menceritakan segalanya. Tapi, seperti biasa, aku telah mempelajari sesuatu dalam tempoh 2minggu ini. Belajar untuk meminta maaf dan memaafkan.

Ramai antara kita yang mudah untuk terasa hati dan tersentuh seandainya ada orang lain yang menyinggung perasaan mereka. Kita akan cepat terasa, sedih, berkecil hati dan mula menjarakkan dari orang yang telah membuatkan kita merasa sebegitu. Itu adalah sesuatu yang normal, semua manusia pasti akan merasakan perasaan sebegitu. Namun, tanpa kita sedari, kita telah terlalu lama menjarakkan diri dan menyimpan rasa sedih dan kecil hati itu sehingga kadang kala ia bertukar menjadi dendam. Dan, apabila dendam menguasai hati, kita sekaligus telah menjadi seseorang yang lain. Bukankah lebih baik jika kita memaafkan? Bukankah beban di hati akan berkurangan jika kita memaafkan? Bukankah kita juga akan rasa lebih tenang jika kita memaafkan?

Entahlah. Aku bukan orang yang sempurna, dan aku jua pernah menjadi orang yang penuh dengan dendam suatu ketika dulu. Aku tak mudah untuk meminta maaf dan memaafkan orang lain, dan serasanya aku sangat mudah terasa hati dengan sesiapa jua. Namun, itu kisah lama. Aku telah belajar dan menerima pelajaran yang berguna tentang memaafkan dan meminta maaf. Sejujurnya, aku tak ingin kembali untuk menjadi orang yang penuh dengan rasa marah dan dendam itu. Dan, aku jua berharap agar sesiapa jua yang sedang membaca coretan ini akan berfikir sejenak dan belajar untuk memaafkan. Aku pernah terasa hati sehingga menangis, tapi, aku tak lagi berdendam dan marah pada orang yang telah membuatkan aku menangis itu. Dia juga manusia biasa, dan aku pun begitu. Tiada ruginya kita untuk memaafkan orang lain dan tiada salahnya juga kita untuk meminta maaf. Sekurangnya, rasa terbuku di hati akan berkurangan.

Belajarlah dan renungkan sejenak. Adakah kita telah memaafkan sesiapa pada hari ini? Dan, belajarlah untuk membuatkan orang lain tersenyum dan gembira kerana kita pada setiap hari. Aku telah mempelajarinya dan serasanya aku lebih menikmati kehidupanku pada setiap hari..

Friday, February 13, 2009

Ada cinta..Part 2..

Salam.

Emm..sejujurnya, aku bukanlah ingin terlalu mendedahkan kisah mereka, namun, panggilan telefon yang ku terima hari ini telah menunjukkan segalanya. Cinta mula disemai..dan, sejujurnya, aku sangat gembira buat mereka. Walaupun, aku tahu, mereka sebenarnya sangat takut dengan perasaan masing2, dan masih cuba untuk menafikannya. Apa yang perlu mereka takutkan? Tiada yang salah jika kita jatuh cinta. Kerana perasaan cinta itu anugerah ALLAH yang bernilai buat kita, dan kita tak berhak untuk menolaknya. Aku cuma mahu mereka gembira dengan kehadiran cinta itu, dan menerima seadanya. Ia bukan bermakna ia memerlukan kesudahan yang baik, tapi, kita harus merasainya bila cinta itu hadir.

Puas ditebak dengan soalan dari diriku, akhirnya sahabat perempuan itu mengakui, yang hatinya mula merasainya. Aku tahu yang dia takut, bimbang akan melukai hati orang yang menjadi pujaan sahabat lelakinya. Ingin sahaja aku mmberitahunya, bahawa, jangan takut dengan perasaan itu, hargainya, dan dakaplah. Agak puitis kan? Tapi, itulah hakikatnya. Ramai yang takut dengan cinta, hingga sanggup melepaskan orang yang mereka sayangi. Dan, aku tak ingin apa yang berlaku pada diriku, turut berlaku pada ornag lain. Aku memang tak berhak untuk memberikan apa2 nasihat dalam hal ini, dan sekadar mampu mendengar dengan setia. Tapi, aku cuma mahu mereka brdua gembira. Cinta tak semestinya bersatu. Aku tak patut harapkan yang lelaki itu akan meninggalkan pujaan hatinya demi sahabat perempuannya, tapi, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kita hanya mampu merancang, dan DIA yang menentukan segalanya. Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.

Ummi pernah berkata, ramai orang inginkan sahabat baik untuk mnjadi teman hidup mereka kerana sahabat baik kita yang akan memahami kita sepenuhnya. Seperti arwah Walid, kerana mereka adalah sahabat baik..=)

Tuesday, February 10, 2009

Kosong...

Salam.

Kosong. 0. Zero. Null. Emm, banyak sebenarnya yang bermain di fikiranku setiap kali melihat dan mndengar orang mnyebut angka atau prkataan ini. Kosong, empty. Aku bukan ingin mendefinisikan maksudnya di sini. Namun, hari ini, aku agak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh seorang sahabatku. Katanya, hidupnya serasa kosong. Aku agak trkejut dengan apa yang dikatakn olehnya. Katanya, kesibukan setiap hari, mnjadikan dia terasa seolah, tiada apa yang menarik dalam hidupnya atau dalam erti kata lain, kosong. Mndengar kata2nya, aku trfikir seketika, begitu tnggi ilmu yang telah dipelajarinya, serendah itu dia dapat berfikir. Aku bukan hendak mngata pada sesiapa, namun, pada diriku, dia sangat tidak bersyukur dan tidak mnghargai.

Apa yang kosong dalam hidupnya? Dia punyai ibu bapa, adik beradik, malah teman istimewa. Apa lagi yang kurang? Dia punyai kereta, kesihatan yang baik, pelajaran yang bagus dan bakal mmpunyai sarjana tak lama lagi. Hidupnya tak pernah kosong. Kenapa dia tak pernah sedar akan semua tu? Hidup kita sebenarnya tak pernah kosong. Setiap hari, sentiasa ada perkara baru yang akan berlaku dalam hidup kita. Walaupun, kadangkala, bagi kita, ia hanyalah satu rutin yang sama, namun, jika dilihat dan difikirkan dengan teliti, setiap hari, kita belajar perkara yang baru. Kita berjalan setiap hari, adakah kita melihat kereta yang sama di jalanan pada setiap hari? Semestinya tidak kan. Kita brjalan setiap hari, adakah kita sedar yang burung yang hinggap pada pokok2 adalah burung yang sama pada setiap hari? Kita tak pernah sedar tentang perkara begitu kan? Kenapa perlu kita mnyempitkan fikiran dengan melihat prkara yang kita rasa kita boleh lihat sahaja? Banyak yang belum kita sedar atas muka bumi ini. Kerana itu, ALLAH mmberikan kita akal fikiran untuk melihat, berfikir dan belajar tentang semua itu.

Hiduplah dengan sepenuhnya pada setiap hari, dan rasailah angin yang bertiup, rumput yang kita pijak dan langit yang kita dongak. Kita harus merasai semua itu, kerana mungkin esok, kita tak lagi mmpunyai peluang yang sama. Dengan itu, barulah hidup tidak terasa kosong seperti yang dikatakan oleh sahabatku tadi. That's what it means, to be truly alive. Terkadang, kita memang akan merasa bosan, atau kecewa dengan apa yang telah kita lalui pada hari itu, namun, percayalah, bahawa hari itu, akan mnjadi panduan untuk kita mneruskan hari esok. ALLAH MAHA ADIL, segala yang berlaku, mmpunyai hikmah di sebaliknya, dan kita pasti akan dapat melaluinya sekali lagi. Dan, dengan itulah, kita akan mmpunyai apa yang dipanggil, pengalaman.

Pada aku, manusia yang merasakan hidupnya kosong adalah manusia yang tiada pegangan. Kerana kita, setiap insan sentiasa mmpunyai pendamping, ALLAH. DIA sentiasa di sisi kita, walau manusia sering melupakan-NYA. Cinta-NYA sentiasa ada, walau manusia sering lupa pada cinta nan satu itu. Rahmat dan nikmat-NYA sentiasa melimpah, walau manusia sering tidak bersyukur. Aku bukanlah orang yang terlalu baik, kerana aku jua insan yang sering lupa. Namun, setidaknya, ini adalah pesanan buat diriku juga buat semua yang sering merasakan hidupnya kosong. Fikirkan sekali lagi, dengan segala yang kita punyai hari ini, adakah berhak untuk kita mngatakan bahawa hidup kita kosong? Kerana, mungkin esok, segalanya akan dikembalikan untuk PENCIPTA..

chow!

Monday, February 9, 2009

Ada cinta...

Salam.

Emm, agak lama jugak aku tak menjenguk ke sini. Agak sibuk sikit dengan segala kerja dan tugasan yang tak disangka, huhu. Hari ni aku tergerak untuk bercerita tentang sepasang sahabat. Sahabat, ya, sahabat, bukan kekasih, dan bukan pasangan yang bercinta. Namun, lagak gaya mereka, jika dilihat dari mata pandangan umum, seolah mengiakan yang mereka adalah pasangan yang sedang dilamun cinta. Aku sudah agak lama melihat gelagat sahabat ini. Dan, hari ini, biar aku curi sedikit masa untuk bercerita tentang mereka.

Mereka adalah sahabat sejak di zaman sekolah, namun, setelah masing2 melanjutkan pelajaran, ianya terputus begitu sahaja. Mereka bertemu kembali di tempat kerja yang sama. Segalanya bermula kmbali, prsahabtan lama terjalin dan mereka mula bercerita tentang masa lalu yang sangat berharga. Mereka bukan rapat sewaktu di sekolah, namun, prtemuan kmbali, telah merapatkan hubungan itu melebihi sebelumnya. Lelaki itu telah berpunya, kekasih hati yang menjadi pujaan. Dan, sahabat perempuannya turut mngetahui tentang hal trsebut. Berada dalam satu tempat yang sama mnyebabkan mereka banyak meluangkan masa berdua. Shopping, berkelah, sama2 ke tempat kerja sementelah sahabat perempuan ini tidak mmpunyai knderaan sendiri. Segalanya begitu mnceriakan antara mereka. Mereka banyak brgaduh, kerana pelbagai perkara, namun, sebenarnya, itulah yang melengkapkan mereka berdua. Usikan demi usikan dari rakan sekerja yang mngtakan mereka adalah pasangan kekasih seolah sudah lali bagi mereka dan kadangkala, mereka benar2 brlagak seperti pasangan kekasih! Panggilan sayang dan abang bermain di bibir dan mereka anggap itu adalah gurauan antara sahabat baik.

Namun, memerhatikan gelagat sahabat ini dari kejauhan, aku seperti merasakan, ada sesuatu di hati mereka. Lelaki itu pernah mngadu pada sahabat perempuannya bahawa dia sudah agak lama tidak mnghubungi kekasih hatinya yang berada di tempat lain. Dan, seperti sahabat yang lain, perempuan itu mnggesa sahabatnya untuk mnghubungi kekasihnya. Namun, aku tahu, setiap kali mereka brsama, ada sinar yang lain pada mata mereka brdua. Mata mereka trsenyum setiap kali mereka brsembang brdua, ketawa dan brgaduh tentang apa jua prkara. Mata itu seolah mngiakan bahawa ada cinta di hati mereka. Walaupun, pada dasarnya, ia dilitupi dengan panggilan 'aku' dan 'kau', tapi, hati aku kuat mngatakan bahawa bibit2 sayang mula terbit di hati mereka. Bibir mereka sering menafikan pada diriku, bahawa mereka hanyalah sahabat baik dan segalanya adalah atas dasar 'prsahabatan'.

Entahlah, pada aku, kan lebih baik mereka mndengar apa yang hati mereka sedang bisikkan. Bukankah itu namanya cinta? Saling mlengkapi dengan cara trsendiri?Tak perlu 'declare' pada semua yang mereka brcinta, tak perlu ungkapan 'I Love u'. Cukup sekadar mereka saling mngerti dan memahami apa yang mereka perlukan. Aku bukan mnggalakkan lelaki itu untuk curang pada kekasih hatinya, namun, aku tahu, dia merasakan sesuatu pada sahabatnya. Why can't they see that? Kenapalah mereka tidak sedar akan kehadiran sinar cinta pada mata masing2? Atau, mereka sengaja cuba menafikannya? Entahlah, kadangkala aku tidak mngerti. Cinta itu telah hadir di depan mata mereka, tapi, mereka pura2 tidak memahami. Mungkin, belum tiba masanya..dan aku sentiasa berdoa agar ALLAH mmbukakan pintu hati mereka untuk sama2 mndakap cinta itu..

chow! (aku dh stat melalut dah tgh2 malam ni..huhu..)

Thursday, February 5, 2009

Aku mengalah...

Salam.

Selepas apa yang aku rasai sejak seminggu yang lalu, hari ini aku rasa amat lega. Mungkin, tiba masanya untuk aku mengalah. Mengalah bukan bererti aku kalah. Aku cuma mahu memberikan sepenuhnya masa untuknya. Mungkin..itulah yang diperlukan kini. Walaupun aku tahu dan amat mngerti bahawa apa yang diperlukan adalah seorang sahabat. Namun, aku tak mampu untuk mnjadi sahabat itu. Aku tak mungkin mnjadi sahabat itu. Aku akan gembira bila dia gembira. Dan, aku cuma mahu dia gembira. Walau bukan sebagai sahabat, setidaknya aku tahu dia akan gembira.

Aku lega kerana dia akan mnemui apa yang dia inginkan. Dia akan bahagia, walaupun tanpa aku. Ya, ini noktahnya. Aku jua akan bahagia, tanpa dia. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia. Juga untuk keluarga yang amat bermakna buat dirinya. Pengalaman menjadi sebahagian dari kehidupannya sangat bermakna buat aku. Mengingatinya saja sudah cukup untuk buat aku tersenyum. Aku bertuah kerana memiliki pengalaman dan kenangan itu.

Aku kalah dalam situasi dan keadaan, tapi, aku memenangi kenangan itu. Aku mengalah pada dirinya. Aku akur dan redha. Kerana dengan ini, kami akan sama2 gembira. Aku sedar di mana letak duduk diriku. Dan, aku berdoa agar aku sentiasa gembira dan bahagia begini. Moga ALLAH mempermudahkan jalan buat kami, dan moga ALLAH sentiasa memberikan ketenangan buat hati kami..Amin..

Wednesday, February 4, 2009

kenapa aku begini..?

Salam.

Hari ini. Buat kesekian kalinya, aku masih menyimpan sebuah harapan. Aku masih begini. Buat kesekian kalinya juga, hati aku masih percaya. Gerak hatiku masih yakin. Aku yakin yang..yang dia masih ada rasa itu. Penafian itu yang membuatkan aku masih percaya. Penolakan itu yang membuatkan aku masih yakin. Riak wajah itu, masih menggambarkannya. Kenapa aku begini? Kenapa aku masih yakin? Kenapa hatiku tidak menolaknya? Aku patut hentikan semua ini. Bukankah itu pengakhirannya? Kenapa aku masih degil? Kenapa aku masih ingin berpegang pada sesuatu yang tak pasti?

Sejujurnya, aku memang degil. Selagi aku tak mngetahui apa yang sebenarnya berlaku, aku tetap dengan keputusanku. Walau cuma dari kejauhan, aku tahu, rasa itu masih ada. Kami sangat jauh, walaupun sangat dekat. Aku tahu, dia sangat mengerti, cuma dia terlalu takut. Ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan, sebab aku akan tetap di sini. Aku tak akan goyah, kerana aku yakin, ALLAH sentiasa bersama diriku. Walaupun sehingga kini, aku masih tak mngerti, kenapa aku bgini, namun, yang pasti, aku yakin dengan hatiku. Aku pasti, yang jalan di depan sangat berliku, tapi, kerana liku-liku itulah aku akan jadi lebih matang. Pedih rasanya, tapi, rasa pedih inilah yang akan membuatkan aku kembali tersenyum. Terkilan ini masih ada, tapi, aku pasti, yang terkilan ini akan pergi jauh dari hatiku.

Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku.. Kuatkanlah diriku dan teguhkan hatiku agar aku sentiasa mengingati -MU..

Monday, February 2, 2009

Dia...sahabatku..


Salam.


Hari ini aku ingin berkongsi tentang seseorang. Seseorang yang sangat istimewa pada aku. Dia, sahabatku. Seseorang yang benar-benar aku anggap sebagai sahabat yang mampu berkongsi segalanya bersamaku. Di saat aku memerlukan seseorang untuk bercerita, ketawa dan menangis, dia ada bersamaku. Namun, kami sebenarnya tidak pernah bersua antara satu sama lain. Sejujurnya, aku hanya mengenali sahabat ini melalui emel, ym, mesej, dan perbualan telefon. Pelik kan? Tapi, itulah kami. Segalanya kami kongsi bersama, dari kisah kelakar, cerita di televisyen, kisah cinta dan masalah di tempat kerja, semuanya kami rasai bersama.


Dia, namanya, amirah. Entah kenapa, hari ini aku tergerak untuk bercerita tentang dirinya, setelah hampir setahun kami saling mngenali. Bagaimana kami kenal? Hihihi, itu memang sesuatu yang amat tidak disangkakan. Kami kenal melalui alam siber. Pertemuan yang memang tak aku jangkakan. Dan, hingga hari ini, aku masih tak mnyangka yang kami boleh menjadi serapat begini. Aku rasa serasi bersamanya. Walaupun kami tak pernah bertemu dan bersua muka, namun, pada aku, aku dah cukup mngenalinya. Jiwa kami serasi dan itulah yang kami pegang sepanjang persahabatan ini. Sejujurnya, aku sangat bersyukur dengan kehadiran sahabat ini. Aku tak pernah berkongsi rahsia dengan seorang sahabat sebanyak yang aku kongsikan bersamanya. Hati aku percayakan dia, dan aku tahu yang dia juga begitu.

Pelbagai yang telah kami kongsikan bersama. Aku pernah menangis dan di saat itu, dia bersama aku dengan pelbagai mesej yang buatkan aku tersenyum kembali. Mungkin kerana persamaan umur yang buatkan kami selesa dan serasi bersama. Namun, sesuatu yang aku amat pasti adalah, ALLAH telah mempertemukan kami dalam keadaan yang tidak dijangkakan. Aku amat bersyukur kerana mengenali sahabat ini. Kadang kala, seseorang yang asing itu mampu mnjadi sahabat dan seperti saudara sendiri dan terkadang, saudara sendiri pun seperti orang asing. Aku sayangkan kau, amirah. Moga kita sentiasa bersahabat, walaupun kita tak pernah bertemu. Moga kita terus bersahabat, walau apa jua halangan mendatang. Dan, terima kasih kerana sudi mendengar segala cerita, kisah dan airmata aku di saat aku memerlukan..
P/S: aku nak sebut nickname kau..tapi...hikhik..jangan marah ye laling..huhu..

Friday, January 30, 2009

To be strong..enough..

Salam.

Ini adalah petikan daripada sebuah novel yang benar-benar memberi inspirasi yang bukan sedikit buat diriku; Like the flowing river (Coelho, P.)

Because it has lived its life intensely,
the parched grass still attracts the gaze of passers-by,
The flowers merely flower,
and they do this as well as they can,
The white lily, blooming unseen in the valley,
Does not need to explain itself to anyone,
It lives merely for beauty,
Men, however, cannot accept that 'merely'
If tomatoes wanted to be melons,
they would look completely ridiculous,
I am always amazed,
that so many people are concerned,
with wanting to be what they are not,
what's the point of making yourself look ridiculous?
You don't always have to pretend to be strong,
there's no need to prove all the time..
that everything is going well,
you shouldn't be concerned..
about what other people are thinking,
cry if you need to,
it's good to to cry out all your tears..
(because only then will you be able to smile again..)
~Mitsuo Aida~
I think I know what will I do to go through this...=)