Saturday, October 25, 2008

Ku pujuk hati ini..

Ku pujuk hati ini..
Ku pujuk hati ini,
Bersabarlah wahai hati,
Usahlah lagi menangisi,
Pasti ada sinar yang sedang menanti,
Menunggu di hujung hari..
Ku pujuk hati ini,
Bersabarlah wahai hati,
Cinta itu pasti kembali,
Menerangi hati yang sunyi..
Ku pujuk hati ini,
Bersabarlah wahai hati,
Menanti sesuatu yang tak pasti,
Mengharap pada yang sudi,
Berpaut pada yang hakiki..
Ku pujuk hati ini,
Bersabarlah wahai hati,
Kerana DIA LEBIH MENGETAHUI,
Moga hati ini lebih memahami dan mengerti,
Bahawa tiada yang abadi,
Melainkan di sisi-NYA...
chow..

No comments: