salam..
Salam AidilAdha buat semua..alhmdulillah, kita masih brpeluang untuk menikmati hari raya Aidiladha pada tahun ini, moga pada tahun2 berikutnya, kita masih diberi kesempatan yang serupa. fuuh, agak lama gak aku tak update blog nih, huhu, busy kononnya..walaupunn..hikhik..emm..arini ada sesuatu yang istimewa ingin aku kongsikan bersama. ok, pasal cinta lagi, so whatt?? memang setipa manusia di dunia nih perlukan cinta, cuma masih ramai di kalangan kita yang sukar untuk mngakuinya..
Kisah ini tentang seorang gadis yang bernama N. N seorang gadis yang ceria, manja, penuh dengan ketawa dan suka tersenyum. walau masa kecilnya dia sentiasa diusik lantaran bentuk fizikalnya yang agak tembam, namun, itu tak pernah mnjadi isu besar buat N. dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini; keluarga yang sntiasa mngasihinya dan teman2 rapat yang boleh diharapkan. N memiliki segalanya, walau telah lama kehilangan ayah yang tercinta, namun dia redha dan sentiasa mngingati saat2 manis antara mereka. Gadis comel ini tidak pernah ambil peduli tentang kata2 yang dilemparkan untuk dirinya dan tidak pernah kisah andainya dia tidak merasai bagaimana manisnya bercinta dengan seorang insan bernama lelaki. Pada N, cintanya hanyalah pada YANG ESA, kluarganya, teman2 dan kerja yang diminatinya. N tidak kisah..
Sehinggalah..pada suatu hari, N mnemui seorang jejaka; M. M adalah teman skerjanya, sangka N, mereka hanyalah teman biasa kerana M pernah meminta bantuan N untuk mlaksanakan kerjanya. Sangka N, M cumalah seorang daripada teman yang pernah ditemuinya. Segalanya berubah apabila M tiba2 bersikap lebih dari seorang kawan biasa terhadap N. Bingung dengan tingkah M, N mula berfikir, adakah jejaka itu benar2 mnyayanginya bagai dikata. M mngatakan yang dia ingin hidup brsama orang yang mampu mnerimanya seadanya, dan orang itu adalah N. Lama N berfikir, dan akhirnya dia akur dengan keikhlasan M. Dan, bermulalah lembaran baru yang lebih mnggembirakan buat mereka brdua. Apa yang istimewa tentang mereka brdua adalah M juga suka ketawa spt N..
Hinggalah pada satu ketika..N mula rasa hairan. Bingung dan pelik dengan sikap M yang tiba2 seolah mnjauhkan diri darinya. Mesej yang dihantar tidak lagi berbalas dan M seolah2 lenyap begitu sahaja. N keliru dan kadangkala dia lansung tidak mnemui M di tempat kerja mereka. M tidak hilang, cuma dia seolah melarikan diri dari N dan sgalanya buat N tidak mngerti. Dan, airmata N tumpah jua mngenangkan sikap M yang begitu.N mula murung dan senyuman semakin hilang dari dirinya...N tidak memahaminya..
Sehinggalah ke saat aku menulis blog ini, N masih mnanti jawapan yang pasti dari M. Namun, N semakin tenang mnghadapi sgalanya walau dirinya sendiri masih tidak pasti dan tidak mngerti dengan sikap M yang begitu. Dan, akhirnya N mula mnyedari, M pernah mngatakan yang dia mahukan seorang gadis yang mampu mnerima dirinya seadanya, dan mungkin ini sebabnya. Dan N juga sedar bahawa ALLAH telah mmberi dia peluang untuk merasai bagaimana manisnya saat bercinta seperti yang dirasainya brsama M. walau kini hubungan mereka langsung tiada noktah dan pngertian, namun N brsyukur kerana akhirnya dia brpeluang untuk merasai dan mnikmati segala saat2 manis itu. Walau cinta mereka tak mungkin bersatu dan mungkin jua langsung tiada jalan pnghujung buat mereka, namun N tidak gusar kerana dia tahu yang dia pernah brkongsi rasa cinta itu brsama M. Apa yang diharapkan adalah M jua turut merasainya..
Cinta tak smestinya bersatu dan N tersenyum kembali...
fikir-fikirkan...chow!
No comments:
Post a Comment