Monday, December 29, 2008

Hijrahlah...

Salam Maal Hijrah 1430H..

Tahun baru muncul lagi..seperti kebiasaan kita semua yang biasa menanam azam baru stiap kali tahun baru mnjelma, apa salahnya seandainya kita turut menanam azam yang serupa untuk tahun baru hijriah ini. entahlah, kadangkala aku muak dengan sikap segelintir daripada kita yang terlalu membesar-besarkan sambutan tahun baru masehi berbanding tahun hijriah..bunyinya sangat klise kan, tapi itulah hakikatnya. sambutan keterlaluan dengan segala bunga api, konsert, pesta dan tidak ketinggalan aktiviti sosial anak muda..emm, aku bukanlah hendak berkhutbah atau menolak sambutan tahun baru masehi ini dilakukan, namun, adakalanya ia terlalu menyimpang dari yang sepatutnya. dan, aku jua bukanlah orang yang terlalu sempurna dalam menilai segalanya dari sudut pandangan aku sendiri, namun, serasanya bukan aku seorang yang turut berpendapat sebegini..

Hari ini, 1 Muharram 1430H..dan, serasanya hari ini sepi begitu sahaja.. namun, aku yakin yang masih ada insan di luar sana yang masih gembira dan menanti saat tibanya tahun baru ini. kadangkala aku tertanya-tanya..di manakah kita pada malam menjelangnya tahun baru semalam?di pusat membeli-belah? di pusat hiburan?dalam bas?di kedai-kedai makan?di padang futsal? atau di tikar sembahyang? emm..fikirkan kembali di mana kita..aku bukanlah orang yang paling pandai atau tepat dalam bercerita tentang semua ini, tetapi, setidaknya, ALLAH telah membuka pintu hatiku untuk menyambut tahun baru hijriah semalam dengan sesuatu yang mendekatkan aku kepada-NYA..aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan umur untuk meraikan kedatangan tahun baru ini, alhamdulillah..moga pada tahun2 seterusnya aku akan lebih mndekati-NYA setiap kali tibanya tahun baru...serasanya tak wajar itu dijadikan sebagai satu azam, kerana sememangnya itulah yang perlu kita lakukan pada setiap saat, setiap detik, selagi kita masih bernafas di atas muka bumi ini..

Alhamdulillah...

No comments: