Monday, March 16, 2009

Aku dan atuk..

Salam.

Ini kisah aku dan atuk. Atuk, yang ku panggil tokki. Satu-satunya atuk yang masih ada bersama kami semua. Atuk, lelaki yang tenang, sama seperti arwah Walid. Wajah mereka juga sngat serupa, sehinggakan suatu ketika dulu, ada yang menganggap mereka seperti saudara kembar kerana rupa yang seiras. Kerana itulah, aku sentiasa gembira apabila bersama dengan atuk kerana dia banyak mengingatkan aku kepada arwah Walid.

Atuk, seorang lelaki yang masih kuat pada usia 85 tahun. Masih mampu memandu, dan masih gemar bertandang ke kedai kopi yang dia suka sejak berpuluh tahun yang lalu. Atuk, seorang yang agak pendiam, namun, aku sentiasa tersenyum setiap kali dia berbicara tentang sesuatu. Ingatannya masih kuat, dan kata2nya sentiasa mngajar aku tentang sesuatu. Atuk lebih banyak mendengar daripada bercakap dan serasanya, itulah satu perkara yang banyak aku warisi dari dirinya. Atuk banyak mngajar aku tentang menjadi seorang yang tenang, dan kuat semangat. Walaupun, kadangkala, atuk sangat garang dan degil, tapi, itu adalah bertempat. Atuk, seorang yang penuh dengan rasa sayang. Walaupun dia tak pernah menunjukkannya, namun, aku dapat merasai dari pandangan mata dan hatinya.

Terkadang, aku merasa bersalah dan mnyesal kerana terlalu lama mngabaikan atuk. Terlalu sibuk dengan urusan diri sendiri sehingga terlupa dengan dirinya. Aku sentiasa lupa untuk mnjenguknya, sentiasa lupa untuk bertanya khabarnya mahupun menelefon. Namun, aku tahu, atuk tak pernah melupakan aku dan kami semua. Atuk sentiasa ingat pada kami, walaupun kami jarang bertemu dengannya. Maafkan aku, atuk, kerana lupa. Maafkan aku jua kerana lambat melihat kasih sayang pada mata atuk. Maafkanlah juga aku kerana menjadi orang yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan atuk.

Saya sayang atuk..

No comments: