Wednesday, March 18, 2009

"Saya sayang awak..."

Salam.

Serasanya seperti mataku masih bengkak pada pagi ini. Semalam, sahabatku menelefon lagi. Sahabat yang telah ku anggap seperti adik beradik sendiri. Dan, buat pertama kalinya sepanjang persahabatan kami selama hampir 10 tahun, kami menangis bersama semahunya semalam. Kami banyak berkongsi cerita sejak hampir 10 tahun yang lalu, namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan kami agak renggang kerana kesibukan dengan kerja masing-masing. Aku tahu, dia tak pernah lupakan aku dan aku jua begitu. Aku juga tahu tentang masalah yang sedang dihadapinya saat ini kerana dia pernah juga memberitahu aku dan telah beberapa kali menangis kerana hal itu. Tapi, semalam merupakan saat yang kami tak dapat menahan perasaan masing-masing.

Buat pertama kalinya, kami saling mnyedari yang begitu pentingnya persahabatan ini dan begitu bermaknanya hubungan yang telah kami jalin selama ini. Dan, kami mnyedari yang kami sangat saling mnyayangi antara satu sama lain. Sepanjang kami bersahabat, dari zaman persekolahan sehingga kini, kami jarang menangis bersama, namun malam tadi telah meleraikan segalanya. Airmata aku dan dia tumpah bersama. Dia memberitahu aku yang betapa dia ingin untuk kembali ke zaman di mana kami sentiasa ketawa bersama, bercerita bersama dan bergurau bersama. Sejujurnya, aku jua seperti dia. Aku sangat merindui masa-masa itu. Masa di mana kami tak perlu memikirkan tentang apa yang perlu hadapi kini, masa di mana kami buat apa yang kami ingin buat, masa di mana kami ketawa walaupun dilanda masalah. Kami bukan takut untuk mnghadapi zaman dewasa, namun, terkadang, kami ingin kembali ke masa itu. Merasainya sekali lagi, menikmatinya dan menghargainya.

Dan, buat kesekian kalinya, airmataku tumpah apabila dia mngungkapkan; "Saya sayang awak, farahi..sayang sangat..". Aku akhirnya mngerti bahawa persahabatan ini sangat bererti buat kami berdua. Aku jua sayangkan dia. Walaupun aku tak punya teman istimewa atau lelaki istimewa dalam hidupku, namun aku tahu, dia sentiasa ada untuk aku. Aku bertuah punyai sahabat sepertinya. Aku sentiasa sayangkan dia dan aku akan sentiasa mnghargai persahabatan ini. Aku tak ingin dia bersedih lagi, aku mahu dia bahagia, dan aku tahu dia lakukan segalanya demi keluarganya. Aku tahu, kami perlu kuat dan tabah dalam mnghadapi segalanya. Aku juga perlu cekal, kerana hanya dengan itu aku akan sentiasa dapat menyokong dan mndorongnya. Aku mahu dia tahu yang aku akan sentiasa berada di sampingnya walau apa jua ribut yang melanda. Aku mahu dia tahu yang.."Saya pun sayangkan awak jugak..."

Semoga ALLAH memberikan kita berdua kekuatan wahai sahabatku...

No comments: