Monday, July 27, 2009

Mengenangmu..

Salam.

Al-fatihah, buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Aku bukanlah sesiapa untuk bercerita dengan lengkap tentang dirinya. Aku juga bukanlah wartawan atau peminat fanatiknya yang mngetahui segala tentang dirinya. Namun, aku adalah antara beribu insan yang merasai setiap karyanya dengan hati. Pada aku, dia adalah antara pengarah yang mampu mmbuatkan aku menangis dan ketawa dalam karya yang dihasilkannya. Aku mengakui, yang aku bukanlah peminat sejati filem dan drama Melayu, tetapi insan bernama Yasmin Ahmad ini telah mengubah persepsi aku.

Aku bukan mahu bercerita tentang betapa gahnya hasil karyanya yang mampu memenangi pelbagai anugerah, walaupun kadangkala tidak diterima di negara sendiri. Dan, aku jua tak ingin mnyentuh tentang siapa dirinya yang sebenar di sebalik nama itu. Yang aku ingin coretkan di sini hanyalah pengalaman aku sepanjang menghayati hasil karyanya. Bagaimana aku teringatkan Walid dan Ummi apabila melihat 'Rabun', menangis pilu tatkala menonton 'Sepet', tersenyum sendiri bersama 'Mukhsin' dan berfikir sejenak melihat 'Gubra'. Tanpa aku sendiri sedar, rupanya dia telah banyak mmbuka mata dan hati aku untuk melihat sesuatu bukan dari dalam sudut yang biasa kita lihat. Aku bukanlah mengatakan yang karyanya adalah 100% sempurna kerana tiada apa yang sempurna pun di dunia ini. Namun, mengimbas kembali apa yang aku rasai setiap kali menonton karyanya membuatkan aku sayu sebentar. Akan adakah insan lain yang mampu menghasilkan karya sebegitu lagi?

Kadangkala aku terasa, mungkin kerana kejujuran yang ditunjukkan dalam karyanya yang mmbuatkan aku turut merasainya dengan hati. Tak kisahlah siapa jua dirinya, atau apa jua kesilapan yang pernah dilakukannya, kerana hanya ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI akan segalanya. Namun, aku pasti aku akan tetap mengenang segala yang pernah dia berikan untuk diriku melalui karyanya itu walaupun kami tidak pernah saling mngenali. Terima kasih kerana membuatkan aku trsenyum dengan gelagat Mukhsin, ketawa bersama Orked, dan mmbuatkan aku sedar dengan kehadiran seorang ibu seperti Mak Inom.

Al-Fatihah..

No comments: