Salam.
Aduh, lama benar tidak menulis di sini. Salam Aidilfitri 1430H buat semua. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan, namun rasanya ruang sekecil ini tak mampu memuatkan kesemua kisahku selama berbulan aku tidak mencoret di sini.
Pertamanya, aku teringin sekali untuk mengucapkan tahniah buat seseorang atas ikatan yang telah terjalin pada hari ini. Semoga dia bahagia dengan pilihannya kerana aku tahu itlah yang paling baik untuk dia dan keluarganya. Sedihkah aku? Jawapan yang pasti pada saat aku mencoret ini adalah tidak sama sekali. Saat pertama aku mngetahui tentang beritanya, aku sedikit terkilan, namun aku tahu, aku sudah tidak punya apa2 hak lagi. Dan, paling mmbuatkan aku bersyukur adalah aku terasa sangat lega dan tenang. ALLAH MAHA MENGETAHUI, DIA telah tetapkan segalanya dan perancangan-NYA lebih baik dari segala yang lain.
Bila difikirkan semula, aku tak ingin mengungkit atau mengingati kembali tentang apa yang pernah aku letakkan padanya. Mungkin benar kata Ummi, aku perlu sentiasa jadi seumpama lilin; menerangi dan mmberikan cahaya buat orang lain walau diri sendiri yang terbakar lalu cair. Dan, walaupun cair, ia tetap teguh dan keras pada tapak asalnya. Aku tak mnyesal kerana pernah menangis untuknya, kerana tangisan dan airmata itu mmbuatkan aku lebih kuat di dalam. Berkali2 diguris dan berkali2 dirobek bukanlah satu kelemahan, tapi kekuatan untuk kita belajar berfikir kembali tentang kekurangan diri sendiri. Dan, hari ini, aku yakin aku mampu untuk berhadapan dengannya jika kami bertemu lagi.
Banyak perkara yang tidak aku fahami tentang apa itu cinta kerana pelbagai pengalaman yang mengguris ini. Namun, aku akhirnya mngerti bahawa ALLAH ingin aku belajar tentang cinta ini. Belajar untuk lebih mnghargai, belajar untuk lebih ikhlas, belajar untuk lebih memahami dan belajar untuk lebih menjaga dan mempertahankannya. Aku seharusnya lebih berani berkorban demi cinta itu. Dan, aku pasti, saatnya pasti tiba. Bila sampai detik dan waktunya, aku pasti cinta itu akan hadir jua..
"Pelangi pasti akan muncul jua setelah hujan yang mencurah itu..SABAR, kerna ALLAH MAHA MENDENGAR.."
No comments:
Post a Comment