Sunday, October 11, 2009

Lepaskan masa lalu itu..selamanya..

Salam.

11 Okt 2009. Hampir sampai ke penghujung tahun dan serasanya kesibukan aku juga semakin bertambah. Lama benar tidak mencoret di sini. Banyak yang ingin aku cerita dan kongsikan namun, adakalanya masa tidak mengizinkan. Yang pastinya aku kini lebih gembira dan rasanya senyuman aku juga sudah kembali.

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah cerita. Sebuah cerita biasa tentang kisah cinta. Namun, aku tertarik dengan satu ungkapan yang dituturkan oleh satu wataknya. Katanya; masa lalu tidak akan terlepas andainya kita sendiri tidak ingin melepaskannya. Saat itu, aku baru mengerti bahawa aku sebenarnya sudah terlalu lama berpaut pada masa lalu yang telah mengguris hati aku. Walaupun kadangkala aku melupakan masa lalu itu, tapi aku tahu yang pautan itu masih kukuh. Dan, saat itu aku sedar bahawa aku perlu melepaskan pautan masa lalu itu buat selamanya. Aku bukan sekadar perlu melupakannya, tapi juga perlu melepaskan, buat selamanya. Mungkin kerana aku terlalu lama berpegang pada kenangan lalu itu, hingga aku tidak ingin mencari dan menemui kenangan baru. Lama aku berfikir, bagaimana harus aku melepaskannya? Bagaimana untuk melepaskan sesuatu yang telah mengguris hati, tetapi pada saat yang sama sangat kita sayangi itu? Hinggalah seorang teman berkata padaku bahawa kenapa perlu aku risau tentang masa lalu itu sedangkan aku telah memiliki segalanya hari ini; keluarga, sahabat, pelajaran, dan kesihatan yang baik. Apa lagi yang perlu aku harapkan pada masa lalu itu?

Masya-Allah..aku telah dibangunkan sekali lagi. Aku tak perlu gusar tentang apa pun jika aku melepaskannya. Tiada ruginya walau sedikit pun. Dan, benar, aku seolah telah membebaskan beban itu buat selamanya. Aku jadi lebih fokus pada kerjaku, dan kembali ketawa bersama sahabat2 yang sangat memahami. Terima kasih wahai sahabatku kerana berada di sisi selama aku terpinga-pinga dengan masa silamku. Dan, aku bersyukur pada-NYA kerana telah membuka pintu hatiku untuk melihat apa yang sebenarnya..

P/S: Buat semua sahabat, kalian adalah yang terbaik dalam hidupku..

No comments: