Tuesday, July 1, 2008

Tiada yang abadi...

salam..

waah, lm gak tak update blog nih..huhu, agak bz dgn prkara2 yg spatutnya diselesaikan..anyway, arinih aku nak bicara sbentar ttg sesuatu yg mungkin bleh jadik pngajran buat kita sume..bukan bertujuan utk memalukan sesiapa, tapi moga kisah ini dpt dijadikan satu peringatan buat sume, khususnya yg bergelar ibu bapa..

ini sbnrnya kisah psl satu famili, seorang suami dan isteri, dgn anak lelakinya.. entah apa badai yg melanda keluarga ni, pasangan suami isteri yg masih muda ini akhirnya bercerai sewaktu anak lelaki mereka masih bayi lagi...lama mereka turun naik mahkamah, semata-mata untuk slesaikan hal nih dan menuntut hak jagaan anak tersebut..anak yg masih belum tahu apa2 erti kehidupan ini trnyata trpaksa melalui satu episod yang getir dalam hidupnya..

lama kes ini dibicarakan, akhirnya hak pnjagaan anak lelaki mereka diserahkan kpd si ibu..seadilnya, mmg seorg anak kecil sebegitu layak utk berada bersama ibunya..dan, si bapa tlh diberikan hak utk mngambil dan melihat anak itu setiap minggu...namun, lain pula hal yg berlaku..si ibu bertegas untuk tidak mmbenarkan si bapa melihat anak tersebut...aduhai, apalah nasib anak kecil itu, masih blum puas dlm pelukan bapa, ibu pula ingin meleraikan pelukan itu..

3 tahun slps itu, anak kecil comel itu sdh berusia 3 tahun, tgh lasak spt anak2 lelaki yg lain..hinggalah suatu hari, si bapa datang untuk mngambil anaknya, dan si ibu dgn separuh hati mmbenarkan anak itu bersama bapanya..emm,, satu episod indah buat anak tersebut krn akhirnya dpt bersama bapa kesayangannya..
namun, itu bukanlah satu pengakhiran kpd episod duka buat si ibu dan bapa..
tanpa disangka, anak kecil trsebut terlibat dlm satu kemalangan yg tidak disengajakan...dan..anak itu mnghembuskan nafasnya yg terakhir...meninggalkan ibu dan bapa yg terlalu mncintainya...

termenung seketika aku tatkala mndgr kisah ini dari kakakku..tiada apa yg mampu aku katakn, cuma, mmg tiada satu pun yg abadi di dunia ini..anak kecil itu, yg mnjadi perebutan antara ibu dan bapanya, akhirnya dijemput oleh satu-satunya yg lbih menyayangi..ALLAH MAHA ADIL..sekuat mana kasih ibu dan sayang bapa terhadap anak trsebut, tidak mungkin mnandingi CINTA ALLAH terhadap anak trsebut...moga rohnya dirahmati ALLAH..Al-Fatihah...


chow..

Wednesday, June 18, 2008

masyarakat kita..emm..

salam..

ish..kalo ikutkan aku tak nak cakap pasal nih, tapi mende still aku duk pkir2 dari semalam lagik..emm..

ni citer aku semalam..aku ke pejabat pos..dengan harapan yang murni, nak poskan barang yang diminta oleh my sis..pejabat pos pertama yang aku masuk, yang paling dekat dgn umah aku lah..adeh, aku datang punyer ler awal, tepat 8.45 dah tercongok kat depan tuh..tapi yang aku nampak kat depan pejabat pos tuuh hanyalah deretan orang ramai yang beratur panjang..adush, sabo jelah, aku baru teringat pasal tuntutan rebat yang diumumkan oleh kerajaan baru2 nih..ish, inilah orang kita, masyarakat kita, macamlah pejabat pos tuh akan bukak satu hari jeer, pastuh tak bukak dah..napelah diaorang bleh berpusu-pusu pegi pada waktu yang sama?aku dah tak tahan, trus blah, pegi pjbt pos lain..

pejabat pos yang kedua aku pegi, kat pinggir bandar..aku smpai jew dh nmpak byk kete kluar msuk and motor tak pyh citer ah..mmg banyak giler..adush, mmg masak aku hari nih, mmg tak jadi pegi keje ah kalo cmnih..kalo tak kirimkan brg ni kan, my sis bising plak..adush..nak tak nak aku trpaksa gerak ke pejabat pos yang ketiga..ish, gilew tul nih..

pejabat pos yang ke3 aku masuk..nmpak mcm tenang jer dari luar..pejabat pos yang agak dekat dgn tmpat kejer aku..dlu aku tak prasan sgt pjabat nih coz ia kecik and nmpak mcm mini jer, huhu..anyway aku dgn yakinnya, masuk dlm.. tuuu dia..adush..rmai gilew org kat dalam!! alamak, cmner nih, apa dah jadi dgn sume org nih??! duit punyer pasal, yang tak knal pjbt pos pun dh mula berlonggok kat dpn pejbt pos..sabo jelah..ok, aku masih ader ckit rs sabar nih..aku tekan no.. adeh, aku dpt no 0146, dan no masa tuh baruu 0050!! adush..mmg masak aku hari nih..aku klua dari pjbt pos tuh, trus ke UMT..dari aku duk tunggu kat c2, baik aku selesaikan dlu mn2 perkara yg ptut aku selesaikan..aku smpat pgi hntar buku kat library, pastuh jmpa bdk2 jap, sembang2 and pastuh aku pusing balik ke pjbt pos tadik..waah, aku punyelah bajet nih, skali smapi baru no 0115!! emm..aper aku nk wat smentara tnggu nih..aku pun pusing2 lah kat kedai tudung sblh tuh..rasanya aku smpai dh bleh hafal harga kat kedai tuh, punyer ler lama!!

akhirnya, lpas tnggu hmpir 45 minit, aku brjaya gak poskan barang tuh..fuh.. dek disebabkan sikap masyarakat kita, aku dh buang masa hmpir 2jam aritu..kalo aku niih, aku tak kisah sgt, tapi aku kesian tgk pakcik2 yg dh tua, yg still mnunggu kat pjbt pos tu (BUKAN NAK AMBIK REBAT OK..), tapi pakcik yang nak simpan duit, trpaksa berdiri berjam2 lmnyer..yang paling sedih adalah sikap orang kita yang langsung tak bagi pluang utk pakcik2 tu melabuhkan punggung kat kerusi..yang diaorang pkir, diri diaorng sambil bercerita ttg berapa banyak DUIT REBAT yang bakal diaorg dapat!! emm..ntahlah..ni lah sikap nmnya, tkder saper bleh ubah kcuali diri sndirik..

dahlah..penat ckp psl nih..chow!

Thursday, June 12, 2008

aku lebih tahu..

salam..

emm..nak cakap pasal apa arini yer?emm..ntahlah, arini aku terasa rindu pada sesuatu..rindu pada apa yang pernah aku rasai 2 tahun lalu..rinduu nak bersama anak-anak yang pernah mnjadi teman dan pelajarku dulu..diam tak diam, dah hampir 6 bulan aku tinggalkan diaorang semua..

secara jujurnya, anak-anak ini lah yang banyak mngajar aku tentang apa itu hidu yg sebenarnya..how to live ur life to the fullest..bagaimana kita mahu hidup dgn pnuh pngertian pada hari ini..anak-anak itu buat aku berfikir yang dari mata mereka, hidup ini mmg pnuh cabaran, tapi, cara untuk kita mnghadapi cabarn itu yang paling penting..

anak-anak itu buat aku mngerti yang cabaran paling besar adalah mnghadapi ketakutan kita..aku suka marah diaorang, tapi aku trfikir, bgaimana kalo aku yg berada di tmpat mereka?sanggup ke aku dimarah atau ditegur sebegitu?betul, mereka msih anak-anak yang perlu dibimbing dan ditegur, tapi adakalanya orang dewasa spt kita juga perlu ditegur kerana kealpaan kita..orang dewasa kadangkala lbih memerlukan teguran kerana kita takkan mudah untuk mngaku kesalahan yg telah kita lakukan..at least, anak-anak itu mngaku yang mereka silap dalam mmbuat itu atau ini..

aku mngenali seorang budak yang telah ajar aku tentang cara bgaimana untuk memahami dan mngasihi..dya dewasa sebelum waktunya..kadangkala aku terfikir yang aku dulu di usia yang sama dgn dya, tak mampu utk berfikir sematangnya.. memikirkan ayah dan mak sblm dirinya..bertuah ibunya..

apapun,aku rindukan suasana itu..semoga mereka semua berjaya dan aku jua begitu..aku akan kembali ke tempat itu suatu hari nanti..agar aku tahu dan sedar tmpat dimna segalanya bermula..dan pastinya aku yang lebih tahu..

chow..

Wednesday, June 11, 2008

aku..ada untukmu..

salam..ntahle kenapa..aku tetiber jer terminat lagu nih..huhu..

~ADA UNTUKMU..~

Aku berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti...

ntahler..aku sayu dgr lagu nih..mybe btul..cinta tak smestinya bersatu..

Monday, June 9, 2008

Happy Father's Day..

salam..

Selamat Hari Bapa buat semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, papa, abah, walid, abi, abuya atau apa saja panggilan kita untuk mereka..catatan aku kali ini khusus buat Allahyarham Hj Kamaruddin Mohd, walid yang terlalu aku sayangi..

Walid seorang lelaki yang simple..seorang yang biasa sahaja, sederhana dan penuh kasih sayang..seorang lelaki yang mmpunyai 3 anak prempuan..Walid seorang lelaki yang penuh dgn rasa humor, tidak sah hari-hari kami tanpa mendengar celoteh dan jenaka darinya..dan pastinya akulah org yang paling kuat ketawa stiap kali mndengar jenakanya..

Walid sentiasa mngajar kami supaya sentiasa menjadi orang yang rendah hati dan rendah diri walau diri sehebat mana dan walau berada di mana sekalipun..dan mendidik kami untuk menjadi orang yang mudah untuk bersahabat dgn sesiapa sahaja..bukan sekadar menjadi sahabat, tetapi mngajar kami untuk mnjadi sahabat yang memahami..

Walid juga seorang pendengar yang baik..sentiasa cuba untuk memahami dan menyelesaikan masalah anak2nya..walaupun kadangkala masalah itu cuma satu mslh kecil yang mampu untuk kami selesaikan sendiri..emm..dan terkadang Walid juga sentiasa risau pada anak2nya walaupun kami dan mampu untuk berdiri di atas kaki kami sendiri..

Walid, kadangkala agak keras kepala gak, hehe..tapi, Walid seorang yang berfikiran terbuka, walaupun aku dan Walid sering berselisih pendapat dalam hal2 yg kecil hatta ke warna baju yang patut aku dan dia pakai..hihi..

Walid, seorang yang sensitif dan kuat nalurinya..dan itulah juga sifatku sekarang..seorang yang mudah tersentuh dengan penderitaan orang lain..Walid mmberi pertolongan pada orang yang mmerlukan, hinggakan kami sendiri tidak mngetahuinya..sehinggalah pada hari dia mninggalkan kami, ada wajah2 yang tidak kami kenali turut menziarahi..

Walid..walau sudah hampir 8 tahun Walid meninggalkan kami semua, kasih sayang mu masih melekat dan tetap harum dalam hati kami semua..Walid, aku takkan pernah melupakan setiap pengorbanan dan apa yang telah Walid didik pada aku selama ini..

Walid, terima kasih kerana telah mengajar aku apa itu cinta, apa itu hidup, apa itu gembira dan apa ertinya kita memberi kepada orang lain..dan Walid, terima kasih kerana telah memberi aku 3 ramuan utama dalam hidupku; baik hati, kasih sayang dan memahami..dan ramuan ini lah jua yang akan aku gunakan untuk mendidik anak2 ku nanti..

Al-Fatihah..

Thursday, May 29, 2008

hidupku yang monotonous..

salam..

emm..aku sbnrnya tak tahu nak tulis pagi2 camnih..tapi ader sesuatu yang still berlegar-legar dalam fikiran aku sejak semalam..last nite aku ader call sorang member aku nih..banyak yang kitaorg bualkan.dlm duk sembang2 tuh, tetiber trkeluar citer pasal hidup kitaorg yang still mcm nih lagi..ntahlah, aku tak kisah sangat pasal tuh, cuma aku baru terfikir yang betul ker hidup aku ni monotonous jer??

setiap hari aku lalui rutin yang sama jer, pergi kerja, pastu cbuk dgn pelbagai urusan, balik kejer, penat, malam dgn aku pnyer research master dan begitulah seterusnya..kalo aku tak kejer skalipun, aku still mcm ni gak, tlg org tu pegi sana, tlg bayarkan bil, pegi bank, pegi beli itu, beli ini..uffffffff..ntahlah..terkadang aku bosan gak, aku rasa mcm nak pergi satu tempat yang aku bleh fikir untuk diri aku sndiri..aku rasa mcm slama ni aku byk pkir utk org lain..ntahlah..aku bukan nak merungut, tapi aku perlu punya ruang utk diri sndiri..aku pun ader impian dan cita-cita yang takder org pun cuba nak faham atau mngerti..emm..still, aku bukan salahkan sape2, cuma aku terfikir, adakah aku terlalu banyak memasang impian..

emm..hidupku mmg monotonous, tapi aku still happy macam nih..walaupun aku sbnrnya ingin cabaran yang lebih dalam apa yang buat skrg..aku nak lanjutkan pelajaran aku ke oversea, aku nak jadi professional motivator..itu akan tetap jadi impian dan harapan aku yang terbesar..walaupun aku terpaksa tunggu dan bersabar utk 5 tahun yang akan datang utk mncapai semua itu, tapi aku tak kisah, yang penting aku cuma mahu pastikan yang aku mampu untuk mncapainya, insya Allah..

apa yang penting adalah hari ini, usaha, doa dan tawakal agar hari ini mnjadi hari yang paling indah sbb who knows what tomorrow holds..=)

out-bekpes..huhu..

Wednesday, May 28, 2008

ilmiah skit..huhu..

salam..

aku still nak smbg lagi pasal aku punyer research..hihi..still in research mode..

Body dissatisfaction..

'Imej badan seseorang individu adalah merujuk kepada persepsi dari segi fizikal, emosi dan interpersonal terhadap tubuh badan masing-masing. Imej badan turut memainkan peranan penting dalam pengurusan berat badan yang betul terutamanya di kalangan remaja perempuan dan golongan wanita. Menurut Cooper & Goodyear (1997), insiden ketidakpuasan hati terhadap imej badan (body dissatisfaction) atau negative body image banyak berlaku di kalangan remaja perempuan dan masalah ini didefinisikan sebagai suatu perselisihan atau perbezaan antara berat badan yang dimiliki dengan yang diingini, ditunjukkan melalui perlakuan negatif terhadap berat atau imej badan, atau persepsi salah tentang saiz badan dan biasanya disusuli dengan simptom-simptom penyelewengan makanan (McDowell & Bond 2006).'

it's all about our teens..especially our female teens..we have to do something about it..huhu..

chow..

remaja hari ini..

salam..

emm..hari ini, aku nak tulis skit pasal research aku skrg nih..biler dh survey kan, baru tau remaja hari ini mmg completely different..huhu..

'Berdasarkan satu kajian tinjauan yang dijalankan oleh seorang pakar psikologi, Dr. Hera Lukman, didapati bahawa 1 dalam 10 orang remaja perempuan yang belajar di kolej di Lembah Klang, Kuala Lumpur mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengalami penyelewengan makanan akibat daripada ketidakpuasan hati terhadap imej badan masing-masing (Ng 2007). Hasil kajian turut mendapati bahawa hanya 28% daripada 578 orang pelajar yang ditemubual berpuas hati dengan bentuk badan mereka manakala majoriti menunjukkan perlakuan serta tabiat yang berkaitan dengan simptom-simptom penyelewengan makanan. '


itulah remaja hari ni..aku tulis skit jer nih..nnti smbg balik k..huhu..

out..