Friday, October 15, 2010

Layar: Bab 2

BAB 2
 Penat. Itu sahaja yang dirasakan Rayhan saat itu. Tayar basikalnya pancit di pertengahan jalan sewaktu dia pulang sebentar tadi. Terpaksalah dia menyorongnya sehingga sampai ke rumah. Sudahlah sepanjang petang dia berlatih bola sepak, terpaksa pula menyorong basikal. Rayhan benar-benar keletihan. Diambilnya sebuah kusyen lalu berbaring di atas sofa.
“Lambat Rayhan balik hari ni?” Uminya muncul dari dapur sambil mendukung adik bongsunya. Puan Khadijah baru selesai memandikan anak perempuannya. Dia keluar apabila mendengar suara memberi salam sebentar tadi. Rayhan menghulurkan tangan, cuba mencapai adik perempuannya yang berusia hampir setahun itu. Yasmin yang masih berbalut tuala itu mengekek ketawa tatkala diagah oleh abang sulungnya. Rayhan tersengih, tak sabar rasanya dia ingin mencium adiknya yang comel itu.
“Haa...tak payah adik. Abang bucuk, abang tak mandi lagi, tak boleh main ngan adik. Udah, pergi mandi Rayhan, badan kamu dah macam bau kerbau dah..” suruh Puan Khadijah. Kalau dibiarkan lebih lama, lagi liat Rayhan mahu mandi.
“Alah Umi, bagilah orang dukung adik kejap..orang dah rindu kat budak tembam nih..” Rayhan mencubit pipi Yasmin yang bulat. Penat badannya tadi tiba-tiba hilang apabila melihat wajah Yasmin. Itulah satu-satu adik perempuannya, dan kerana itu, Yasmin sering menjadi buah hati di kalangan adik-beradiknya yang seramai 4 orang itu.
“Dah..dah, pergi mandi Rayhan. Kejap lagi dah nak Maghrib. Kamu solat Asar tak petang tadi?” Puan Khadijah sangat mengerti sikap anak sulungnya itu. Rayhan kalau sudah asyik dengan bola sepak, lupa segalanya.
“Orang dah solat kat surau sekolah petang tadi. Alah Umi, orang tahulah. Orang takkan nak tinggalkan solat lagi..” Rayhan menjawab sambil mengusap-usap rambut Yasmin yang masih basah. Lega hati Puan Khadijah mendengar jawapan Rayhan. Setidaknya dia tahu, anaknya sudah mampu berfikir. Rayhan bukanlah anak yang sukar dibentuk, walaupun kadangkala agak manja dan degil.  
“Ok adik. Abang nak mandi dulu. Nanti malam ni kita main puas-puas ya,” pantas tangan Rayhan menarik hidung Yasmin. Seolah faham dengan kata-kata abangnya, Yasmin ketawa mengekek.

Usai solat Maghrib, Rayhan berbaring di atas katil. Sebentar tadi, Uminya sudah memanggil untuk makan malam, tapi, katanya dia masih belum begitu lapar. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, lalu bingkas bangun. Beg sekolahnya dibuka dan dia mengeluarkan sebuah buku nota kecil. Rayhan menarik kerusi dan meletakkan buku itu di atas meja tulisnya. Dia teringatkan peristiwa semalam. Rayhan sedar, dia telah melakukan kesilapan. Dan, sepatutnya dirinyalah yang dipersalahkan. Namun, entah mengapa, semalam Rayhan benar-benar menjadi seorang yang pengecut. Sebelum ini, dia tidak pernah gusar untuk mengaku setiap kesalahan yang pernah dilakukannya, walaupun di hadapan ayahnya sendiri.
‘Aku tak patut buat macam tu. Tapi, macam mana aku nak minta maaf dengan dia? Aku tak pernah pun cakap dengan dia..’ Rayhan buntu. Rasa bersalah mula menyelinap ke dalam hatinya.
Sudah lebih 6 bulan Rayhan berpindah ke kampung tersebut. Malah, dia juga sempat mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah barunya. Mulanya Rayhan sedikit memberontak tatkala ayahnya yang bertugas sebagai seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka akan berpindah sekali lagi. Rayhan tidak ingin berpisah dengan teman-teman di tempat lamanya, namun, dia akur. Ternyata Rayhan betah berada di kampung itu. Teman-teman baru yang mesra, malah suasananya juga cukup membuatkan Rayhan merasakan dirinya diterima di situ. Rayhan masih membelek helaian buku notanya. Dia merenung pada satu catatan yang ditulisnya petang semalam. 
‘Kenapa aku ambil buku dia ya?’. Serasanya Rayhan masih belum mengerti dengan tindakan dirinya sendiri. Dia bukan sahaja telah mencuri, malah telah menceroboh hak peribadi orang lain. ‘Bodohlah aku..buat apa aku baca diari dia..’. Rayhan mengutuk dirinya sendiri. Rayhan kembali berbaring di atas katil. Memejamkan mata dan cuba mengingati kembali tindakannya kala itu.
Rayhan tiba awal di sekolah pada pagi tersebut. Selesai membersihkan kelas, dia merayau ke kelas sebelah untuk mencari Fathimi. Tujuannya adalah untuk memaklumkan tentang perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada petang itu. Namun, lain yang dicarinya, lain pula yang ditemui. Sewaktu melintasi sebuah kerusi berhampiran dengan meja Fathimi, kakinya tersadung dan sebuah buku terjatuh dari meja berhampiran. Buku itu dikutipnya, dan dibeleknya perlahan. Entah kenapa, tangannya pantas membuka helaian demi helaian pada buku tersebut. Tertarik benar Rayhan apabila melihat nama pada buku tersebut. Lupa sebentar pada niat asalnya untuk bertemu dengan Fathimi.
‘Layar? Buku apa ni?’. Tangannya mula merayap pada setiap helaian dan matanya menangkap pada satu baris kata-kata yang ditulis pada helaian kedua buku tersebut.
 ‘Kata abah, hidup ini umpama sebuah kapal yang sedang belayar. Kita adalah nakhodanya, dan kita jugalah yang akan menentukan arah tujunya. Mungkin kita akan dilambung ombak, mungkin kita akan berhadapan dengan musuh, tapi, itu tidak akan mematahkan semangat kita untuk meneruskan pelayaran ini..
Menarik, fikir Rayhan. Siapakah gerangan pemilik buku yang bernama ‘Layar’ ini? Hatinya mula tertanya. Tanpa disedari, Rayhan masih memegang erat buku tersebut tatkala kakinya melangkah keluar dari kelas. Masih khusyuk membaca setiap baris di dalamnya tanpa dia sedari bahawa dia sebenarnya sedang membaca sebuah diari!
Rayhan masih buntu. Dia masih memikirkan tindakannya yang tidak berterus-terang tentang perkara yang sebenar. ‘Mungkin aku patut minta maaf dengan dia..Tapi, aku tak pernah cakap pun dengan dia..aduh..’ Rayhan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri hairan, kenapa dia perlu terus menerus memikirkan perkara itu, sedangkan buku tersebut sudah pun selamat dipulangkan kembali kepada tuannya. Kenapa dia harus terus berfikir tentangnya? Mungkin kerana rasa bersalah yang bersarang membuatkan Rayhan ingin bertemu sendiri dengan pemilik buku tersebut.
Sejujurnya, Rayhan ingin mengenali si pemilik buku tersebut. Ingin mengenali penulis setiap bicara pada buku tersebut. Namun, separuh dari hatinya terlalu takut untuk bertemu mata dengan orang tersebut. Rayhan bimbang, takut andainya orang itu akan menuduh dia yang sebaliknya. Memang dia bersalah dalam hal tersebut, tapi, itu adalah perkara yang dia sendiri tidak sengajakan.
Rayhan sudah duduk di birai katilnya. Cuba berfikir kembali. Dia teringat pesanan Uminya yang selalu tenang. Umi selalu menitipkan pesanan agar dia menjadi seorang manusia bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukannya.
‘Betul cakap Umi..aku patut bertanggungjawab atas hal ini..’ Rayhan sudah nekad. Apa pun caranya, dia harus berterus terang kepada pemilik buku tersebut. Rayhan kembali pada meja tulisnya. Mencapai buku nota tersebut dan menatap kembali pada apa yang telah dicatatnya. Rayhan telah menulis nama beserta alamat pemilik buku tersebut, sebelum meletakkannya di perpustakaan sekolah mereka. Dia sedar, tindakannya umpama melempar batu sembunyi tangan, dan sekarang dia harus membetulkan kesilapan tersebut. Ya, dia akan menemui tuan punya buku itu. Dia akan bersemuka dan paling penting dia harus meminta maaf kerana telah membacanya tanpa kebenaran!
~ Akan bersambung...=)..~

Thursday, September 23, 2010

Kisah ini..

Salam. Lama benar tidak mencoret di sini. Kesibukan yg bertandang kadangkala trlalu mmbataskan diriku untuk terus berada lama di ruangan ini. Apepun, hari ini aku brkesempatan untuk mletakkan ssuatu di sini. Hasil karyaku yg prtama, walaupun masih dlm pmbikinan, tp, rsnya aku ingin brkongsinya di sini..Ini kisahnya..LAYAR..

BAB 1





“Kamil!”. Tiba-tiba suatu suara halus kedengaran dari muka pintu kelas. Seorang budak perempuan yang agak tembam berdiri bercekak pinggang sambil matanya melilau mencari nama tersebut.
“Kamil!”. Jerit Husna sekali lagi apabila melihat kelibat seorang budak lelaki kurus yang terhendap-hendap di sebalik kerusi kayu. Budak lelaki bernama Kamil itu tersengih-sengih tatkala mengetahui kelakuannya telah disedari oleh Husna.  
“Mana kau letak buku aku?” sergah Husna yang masih bercekak pinggang  kala kakinya mula menapak ke arah budak tersebut. Matanya membulat merenung Kamil yang masih selamba bersembunyi di sebalik kerusi kayu itu. Husna sedar yang saiz badan Kamil hanyalah separuh dari saiznya yang agak tembam. Kalau diikutkan hatinya yang panas, mahu saja dia mengheret Kamil keluar dari tempat ‘persembunyiannya’ itu.
“Buku apa ni Husna? Tiba-tiba saja datang, dah marah-marah aku. Aku bukan tahu apa-apa pun,” dengan bersahaja Kamil menjawab sambil tersenyum.
Geram benar Husna melihat gelagat Kamil. Dia tahu dia perlu bersabar dengan Kamil. Budak lelaki berusia 12 tahun yang belajar bersebelahan dengan kelasnya itu memang terkenal dengan sikap panjang tangan. Husna yakin bahawa bukunya telah diambil, atau lebih tepat lagi, dicuri oleh Kamil.
“Aku tahu kau yang ambil buku aku kan? Kau nampak aku tulis buku itu semalam, bila kau mintak, aku tak bagi, jadi kau curi kan? Baik kau mengaku saja Kamil,” Husna mengetap bibirnya, cuba menahan perasaan yang membuak.
“Aku mana ambil buku kau. Lagipun buat apa aku ambil buku yang berbalut kertas bunga-bunga, warna pink macam tu, tak kuasa aku tau..” Kamil mula ketawa berdekah-dekah. Ketawanya disambut dengan ketawa beberapa orang lagi budak lelaki yang turut berada dalam kelas itu. Riuh rendah bunyi Kelas 6 Seroja dengan suara mereka.
“Husna, aku rasa tak ada guna kau tanya si Kamil tu. Sampai sudah pun dia takkan mengaku yang dia curi buku kau,” separuh berbisik Najah berkata sambil menyiku lengan Husna. Sedari tadi, Najah hanya berdiri di belakang Husna, cuba menenangkan sahabatnya itu. Najah yang kecil molek memegang tangan Husna, bimbang kalau-kalau sahabatnya cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.  
“Aku tak peduli Najah. Dia boleh curi barang orang lain, tapi bukan barang aku. Aku akan dapatkan balik buku aku, tak kiralah kalau aku kena bertumbuk pun dengan si Kamil ni!” suara Husna sudah mula bergetar. Kamil dan kawan-kawannya yang asyik ketawa dari tadi terdiam tiba-tiba. Kamil kenal benar dengan Husna, dia tahu yang Husna tak pernah main-main dengan apa yang diucapkannya. Dia menelan liur, cuba membayangkan bagaimana keadaannya kalau Husna benar-benar mahu menumbuknya. Melihatkan saiz Husna sahaja sudah cukup membuatkan hatinya gerun.
“Husna, kau biar betul? Takkan kau nak bertumbuk dengan budak lelaki pulak?” Najah yang separuh kaget mendengar kata-kata tersebut memandang wajah Husna yang merah padam menahan marah. Najah yang kelihatan takut-takut menarik tangan Husna walaupun dia sedar yang tiada apa yang boleh dilakukannya bagi menghalang Husna tika ini.
“Aku..aku tak ambil buku kau lah Husna,” tergagap-gagap Kamil menyusun kata dengan harapan Husna akan menarik balik kata-katanya sebentar tadi. Sejujurnya Kamil sebenarnya menipu Husna. Dia memang mengambil buku Husna, tapi, buku itu telah dikembalikannya ke atas meja Husna awal pagi tadi.
‘Macam mana pulak buku itu boleh hilang. Aku kan dah pulangkan balik pagi tadi, patutnya buku tu dah ada atas meja Husna,’ desis hati kecilnya.
Husna yang dari tadi cuba menahan marah, sedikit kendur apabila mendengar kata-kata Kamil. Matanya mula bergenang, geram, marah, sedih, segalanya bercampur menjadi satu. Perasaannya bercampur baur.
“Kamil, aku rasa baik kau jujur saja dengan aku. Aku takkan tumbuk kau lah. Kau ambil buku aku ke tak?” nada suara Husna mula rendah. Dia menarik salah sebuah kerusi yang ada di situ dan duduk menghadap Kamil yang masih terkebil-kebil memandangnya. Suasana kelas yang mulanya hingar-bingar bertukar reda buat seketika. Husna mengeluh perlahan. Buku itu amat penting bagi dirinya. Ia bukan sekadar buku, malah ia adalah teman baiknya, tempat dia mengadu segala hal yang berlaku pada dirinya. Husna tahu dia perlu mendapatkan kembali buku tersebut, walau apa jua caranya.
“Kenapa kau diam Kamil? Kau dengar tak apa yang aku tanya tadi?” Husna mengasak lagi dengan pertanyaan. Matanya masih tertancap pada Kamil yang menggaru-garu kepalanya. Serba salah Kamil dibuatnya. Buat seketika, hatinya diburu rasa bersalah. Dia sedar sikapnya yang suka mengambil barang kepunyaan orang menjadikan dia sebagai sasaran paling tepat bagi kejadian ini. Namun, Kamil juga sedar, dia tak akan pernah cuba mencari pasal dengan Husna yang selama ini selalu berbuat baik pada dirinya. Husna tidak pernah memusuhinya, jauh sekali untuk berkata sesuatu yang jelek tentang dirinya walaupun dia tahu tentang sikapnya yang begitu.
“Aku..aku minta maaf Husna. Aku mengaku yang aku memang ambil buku kau semalam. Aku tak buat apa-apa pun pada buku kau, aku cuma nak tengok je..” Kamil menundukkan kepalanya. Husna menarik nafasnya. Dia sudah mengagak yang ini memang kerja Kamil.  
“Tapi..aku dah pulangkan buku kau. Awal pagi tadi, aku dah letak balik atas meja kau. Betul Husna, aku tak tipu, kalau kau tak percaya, kau boleh tanya Timie, dia ada sekali dengan aku pagi tadi,” Kamil menarik lengan Fathimi, meminta sokongan daripada sahabatnya.
“Haa..betul Husna. Betul, aku ada dengan Kamil masa dia pulangkan buku kau pagi tadi. Dia letak atas meja kau. Sumpah Husna, kami tak tipu,” kedua-dua mereka mengangkat tangan, tanda bersungguh dengan apa yang telah mereka katakan.
Husna masih membisu. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Antara percaya dengan tidak, hatinya masih berbelah bahagi. Kalau benar buku itu telah dikembalikan, bagaimana pula dia tidak menjumpainya? Husna benar-benar bingung!
“Aku rasa, mereka cakap benar lah Husna. Aku pun nampak si Kamil letakkan buku tu atas meja kau pagi tadi. Cuma, aku hairan, bila kau datang pagi tadi, buku tu dah tak ada atas meja..Aku ingat Kamil ambil buku tu balik.. ” Kim Wah yang berada di hujung meja mencelah. Anak Uncle Wong, si penjual sayur itu agak pendiam, namun sesekali bersuara, bernas butirnya.  Kata-katanya membuatkan Husna terpinga-pinga. Jadi, Kamil tidak berbohong, buku itu memang telah dikembalikan. Husna meraup wajahnya perlahan, cuba menahan titis-titis kecil yang mula mengalir.
“Husna!” Dari kejauhan, kelihatan seorang budak lelaki bercermin mata tebal berlari melintasi kelas mereka. Termengah-mengah Lutfi apabila sampai di hadapan kelas tersebut.
“Husna..aku dah jumpa buku kau!” dengan nafas yang masih turun naik, Lutfi menggoyang-goyangkan buku yang ada di tangannya. Sejurus itu, Husna meluru ke arah sahabatnya.
“Mana kau jumpa ni?” tangan Husna pantas mencapai buku yang ada di tangan Lutfi. Membelek-belek buku tersebut, bimbang kalau-kalau ada bahagian yang hilang atau terkoyak. Lega hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Aku mengemas perpustakaan tadi. Tiba-tiba nampak buku kau ni atas meja belakang, aku ambillah. Aku teringat yang kau bagitau aku pagi tadi yang buku kau hilang..” Lutfi menjelaskan. Dia merupakan ketua pengawas perpustakaan di sekolah mereka. Setiap petang, sebelum pulang dia akan mengemaskan buku-buku yang telah digunakan dan menulis laporan aktiviti pada hari berkenaan.
“Camne pulak buku kau boleh sampai ke library?” Najah menghulurkan sedikit kepalanya dari pintu kelas. Pertanyaan Najah menjadikan Husna bingung. Kalau Kamil telah meletakkan buku itu di atas mejanya pagi tadi, maknanya ada kemungkinan orang lain yang telah mengambil buku itu kembali!
‘Siapa yang ambil buku aku ni? Pelik, kenapa dia letakkan buku ni di perpustakaan pulak? Agaknya sebab dia ingat aku pengawas perpustakaan, sebab tu dia hantar kat sana kot..’ Husna membuat telahan. Siapa jua orangnya, Husna tak kisah. Yang penting, bukunya sudah dikembalikan. Dan, Husna memeluk bukunya erat sambil tersenyum.

Akan brsambung..~

Saturday, August 7, 2010

Aku kembaliiiii...hihi..



Salam. Wah..lamanya tak menempek kat cni..hihi..Ok, aku sudah kmbali..! Macamlah bgus sangat.. Kali ni, blog aku akan berwajah baru dan aku akan mula mekapkan blog ni sikit2..Motip? Sebenarnya tak ada apa2 motif trsembunyi pun, sekadar untuk memeriahkan kmbali pnulisan aku di blog ini. Lagipun, aku punya sesuatu yg istimewa untuk dikongsikan di blog ini tak lama lagi..So, rasanya aku perlu brsedia scukupnya untuk membuat sesuatu pada blog ini.. 

Aku mahu kmbali ke alam pnulisan ini. Selepas berbulan-bulan aku mnyibukkan diri dgn pelbagai kerja yang mnuntut aku untuk mninggaklan blog ini, serasanya ini adalah waktu yg tepat untuk aku kmbali mnulis di sini..Kembali dgn sesuatu yg brbeza..

Chaiyok2!

Saturday, March 13, 2010

Dunia kita berbeza..

Salam.

Huish..lama jugak tidak mnjenguk dan mnulis di sini. Aku baru mnyiapkan segala prsiapan untuk mnghadiri konferens di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Emm.. banyak yang brmain di fikiran kala ini, namun, terkadang sgalanya luput dek kerana kesibukan hal2 yang jauh lbih penting. Aku sebenarnya terkenangkan seorang sahabat, dan beberapa sahabat yang lain. Sahabat yang dunia mereka jauh brbeza dari dunia aku yang kecil ini. Sahabat yang kadang kala, tidak dapat aku jangkau apa yg mereka inginkan dan mahu dalam hidup ini. Aku tahu, mereka adalah antara insan dan sahabat2 yg pernah singgah dalam hidup aku, dan aku tak mampu untuk meneroka dunia itu brsama mereka. Entahlah, dunia kami jauh brbeza. Mungkin tidaklah trlalu ketara prbezaannya, namun, ia sudah ckup untuk mmbina jurang yg besar antara kami.

Aku pernah mncuba untuk memahami dunia itu, tetapi, aku tahu, aku tak mampu untuk memasukinya. Ia terlalu jauh untuk aku gapai. Aku cuma seorang sahabat biasa, yang tak punya apa2 untuk dibawa ke dalam dunia yang penuh warna-warni itu. Dunia aku trlalu sederhana, kecil dan sangat biasa. Mungkin, kerana itu, aku akhirnya lebih senang mmerhatikan dari kejauhan. Dan, mendoakan yang trbaik buat mereka. Kadang kala tersenyum sdiri apabila melihat mereka brgembira, namun, aku tidak mampu untuk brkongsi brsama. Aku lbih senang dan bahagia begini, dalam dunia aku yang trsendiri. Ia mungkin sderhana dan biasa, tapi, ia dipenuhi dengan hati insan2 yang sangat aku sayangi dan hormati.

Mungkin catatan aku kali ini sukar untuk difahami, tetapi, ia adalah realiti yang telah lama aku rasakan. Mungkin kerana itu, aku masih bgini. Mungkin aku trlalu takut utk mncuba, tapi, itulah aku. Mungkin belum masanya untuk aku memahami dunia itu.

~ Layar mode..huhu..~

Sunday, February 28, 2010

Tak mengapa..

Salam.

Lama tidak mnulis di sini. Mungkin ada yg prnah mmbacanya akan trtnya di mana aku pergi kerana sudah trlalu lama tidak mnjenguk ke sini. Aku agak ksibukan sbentar, dengan pelbagai kerja dan juga jmputan. Berckp mngenai jmputan, dalam masa 2minggu yang terdekat ini aku mnerima jmputan dari 3org shbt yg akan melangsungkan prtunangan. Alhmdulillah, segalanya telah lngkap dan smpurna buat mereka bertiga. Melihat snyuman dan tawa gmbira mereka di hari bahagia, mmbuatkan hatiku turut merasa bahagianya. Musim bahagia sdg mnanti mereka. Namun, bila ada mulut2 yg mula bertnya tntang musim bahagia yg bakal aku lalui, aku cuma mahu trsenyum dan trdiam. Sedikit pun, sejujurnya aku tdk prnah brasa iri atau cmburu dgn kgembiraan yg bakal sahabat2ku kecapi, aku benar2 gembira dan bahagia utk mereka semua. Namun, bila diterjah dgn prsoalan dr org lain ttg diriku sndiri, sdikit sbnyk hatiku terusik. Bukan terusik krn aku malu atau segan, tetapi terusik kerana pada aku, semua itu adalh urusan ALLAH, bukan urusan mereka.

Mungkin apa yg aku katakan spt org yg mnyerah, tp itulah hakikatnya, jika kita tdk mnyerah pada-NYA, pada siapa lagi harus kita tujukan hati ini. Seseorg pnah brkata pada diriku, tak mngapa jika seluruh dunia mmbencinya, dia cuma tidak ingin dimurkai ALLAH. Tak mngapa jika seluruh manusia di dunia ini tidak mncintai kita, paling pnting kita dapat merasa cinta abadi ALLAH. Cinta manusia hnyalah smentara, dan alhamdulillah, aku telah mnyedarinya. Banyak lagi tnggungjwb yg belum aku pnuhi. Ya, aku faham bila org mula brcakap mngenai itu dan ini. Tapi, bila prtnyaan itu diajukan kpd atuk dan nenek aku, mereka cuma trsenyum dan tdk prnh brkata apa pun. Atuk cuma ingin kami bahagia, dan jika brsendirian itu mmbahagiakan, teruskanlah. Kerana kata Atuk, tiada manusia yg akan brsendirian selagi mereka mngingati ALLAH.

Tak mngapa jika aku bgini kerana segalanya adalah urusan ALLAH. Tak mngapa jika manusia tdk mampu memhaminya kerana kita semua mmg hamba yg lemah. Cuma sesekali bila manusia mula brsikap mlampau dgn hinaan dan sdikit sbyk sindiran, aku mula trtnya. Kenapa perlu bgitu? Bukankah lbih baik jika mereka turut sama mndoakan kbahgiaan org lain? Bukankah itu lbih dituntut? Sejurus itu aku kmbali sedar, tak mngapa jika seluruh manusia mngata kita, kerana kita hidup brsandarkan hnya kepada YANG SATU. Dan, bukan pada manusia2 itu. Dan, terima kasih ya ALLAH kerana aku masih brnafas saat ini untuk aku mncoret hatiku di sini..


Wednesday, January 27, 2010

Aku memenanginya..

Salam.

Emm..sekali lagi hari ini, aku terasa seperti ingin berbicara tentang hati, sekali lagi. Alhamdulillah, akhirnya aku telah berjaya mngatasi apa yang aku cuba hindari selama ini. Berhadapan dengan kenangan silam. Mengatasi perasaan hati yang sangat aku takuti suatu ketika dulu. Aku rasa aku telah memenanginya, memenanginya dengan penuh pnghormatan. Kenangan silam itu telah buat aku trsenyum dan ketawa pada hari ini. Ketawa dan trsenyum kerana hati ini rupanya setabah itu. Betapa aku tidak mnyedari bahawa masa telah bnyak merawat dan mngubah segalanya. Dan, hari ini, aku akhirnya sedar tentang semua itu.

Kenapa aku ingin brhadapan dengan kenangan silam itu? Kerana aku tahu, selamanya aku tidak harus lari darinya. Aku telah lama melepaskannya, cuma kadangkala ia kmbali mnjelma, dan aku seharusnya berani untuk mnghadapinya. Sekali dan selamanya. Kenangan itu tidak akan, dan tidak sesekali akan wujud lagi dalam kamus hidupku. Kenangan itu akan pergi, dan, hari ini, dengan brhadapan dengan knangan itu, aku tahu, aku telah brjaya mngusir semuanya. Bila aku mampu trsenyum dan ketawa, serasanya aku telah menang. Terima kasih kerana kenangan silam itu telah banyak mngajar aku mnjadi orang yang lbih mnghargai khidupan. Mnjadi aku yang lbih berani dan sabar, kerana sabar itu tiada batasannya. Dan, aku tahu, aku telah temui jawapan paling pasti pada hari ini. Jawapan yang aku ingin dengari selama ini.Hati ini akan sentiasa mngingatinya kerana aku tahu, ALLAH MAHA MNGETAHUI segalanya..

Moga ALLAH mmberikan aku ketabahan dan kesabaran untuk terus trsenyum..=)

Monday, January 25, 2010

K.O.M.I.T.E.D..Part 2..

Salam.

Aku sbnrnya tidak ingin memanjangkan lagi prkara yg prnah aku coretkan sebelum ini, namun, apa yg aku alami hari ini benar2 mmbuatkan aku rasa trkilan dan kecewa yg teramat sangat. Mungkin pada mereka, tiada slhnya untuk mereka mluahkan apa yg mereka rasa saat itu, dan aku juga mungkin tdk mnglami apa yg mereka rasai dan alami, namun, itu bukan sesuatu yg pada aku akan mnghalalkan mereka untuk brkata dgn sewenangnya. Sejujurnya aku sangat kesal dengan sikap mereka yg akan bergelar kakitangan PROFESIONAL ini. Atau mungkin aku boleh terus sebutkan di sini, seorang PENSYARAH. Aku benar2 trkasima.

Hari ini, seorg yg bakal brgelar pnsyarah, akan mnyambung plajarannya tidak brapa lama lagi. Maaf jika coretan aku ini mungkin akan dihentam oleh sesiapa yg mmbacanya, namun, aku perlu mnyatakan ini demi profesionalisme krjaya yg bakal mereka pegang. Apa yg mmbuatkan aku trkesan pada hari ini, adalah sikap segelintir mreka yg mmpertikaikan harga yg dibayar kpd mereka atas jwtn serta ilmu yg telah mreka pelajari. Tidak salah sbnrnya utk mereka mmpertikaikan prkara trsebut. Namun, trkadang, ianya kelihatan sgt cacat pada diriku. Seseorg yang brgelar seorang pngajar adalah seorg GURU, dan sesekali jgn letakkan harga atas ilmu yg telah kita curahkan. Seberapa tinggi mana ilmu yg kita ada hingga kita layak utk mletakkan hrga dgn sewenangnya? Apakah nilai AMANAH kita setinggi hrga yg kita letakkan? Apakah nilai KOMITED kita itu selayaknya dibayar dgn hrga yg kita dakwa sebagai brpatutan? Jangan cuba untuk mletakkan hrga sebelum kita melaksanakan AMANAH yg telah dipertanggungjwbkan.

Aku benar2 marah. Marah dgn sikap mereka, walaupun aku sedar siapa diriku. Aku hnya seorg pelajar yg blum pun mnghabiskan pngajian, dan cuma layak bercakap shj. Namun, aku tahu hrga setitis ilmu. Jgn sesekali mrendahkan profesionalisme guru atau pnsyarah ini dengan mmpertikaikan sesuatu yg blum pun mnjadi hak kita scara mutlak. Ini baru seseorg yang hndak mlanjutkan plajaran ke pringkat tnggi, belum pun dia brgelar seorg pensyarah. Entahlah,aku benar2 trkesan hari ini. Jika bgini sikap mereka, bagaimana akan mereka mnabur bakti utk anak2 akan dtg? Bgaimana mereka ingin mncurahkan ilmu utk anak2 akan dtg? Jika seorg pnsayarah sndiri tidak AMANAH dan KOMITED dgn apa yg mereka lksanakan, apatah lg dgn para pelajar? Jadi, jgn slhkan pelajar hr ini jika mereka sntiasa ingin disuap, kerana mereka hnya mngikut acuannya shj.

Aku sedar, aku tidak layak utk brkata apa2 dlm hal ini. Namun, jika tiada sesiapa yg mahu brkata apa2, siapa lg yg akan mngatakannya? Arwah Walid sntiasa brpesan, kerana dia adalh seorg guru, maka dia sntiasa mngingatkan bhw, apa jua yg kita lakukan, lakukan kerana ALLAH, bukan kerana gaji atau imbuhannya. Benar, kita bkerja utk gaji, namun, jika ALLAH mngizinkan bhw itu adlh rzeki kita, ia tdk akan ke mana. Aku pernah mnjadi seorg guru selama 2tahun, dgn gaji hnya sebanyak RM400, namun, apa yg aku peroleh adlh lbih mahal drpd itu. Aku bkn shj mndapat pngalaman, malah kasih syg yg mlimpah..Janji ALLAH sentiasa benar..Cuma mnusia shj yg sering leka dan lalai..

P/s: Maaf jika coretan ini agak keras bunyinya..

Friday, January 22, 2010

K.O.M.I.T.E.D.

Salam.

Komited. Satu prkataan yang mmpunyai pelbagai maksud dan makna yang tersirat. Entahlah. Dalam 2-3 hari ini banyak kisah yang aku dengar dan kongsi, segalanya berkaitan dengan perktaan ini. Komited atau tanggungjawab, atau serius atau amanah. Tapi, bagi aku, AMANAH datang dahulu dari semua makna yang lain. Rasa komitmen atau amanah kita pada sesuatu adalah perkara yang subjektif. Setiap orang mnilainya dengan cara yang tersendiri. Namun bagi aku, pnilaian sahaja tidak ckup dalam mnterjemahkan komited ini, yg lbih utama adalah untuk melaksanakan apa yang kita panggil sebagai komited atau amanah ini. Ini adalah secebis kisah tentang sikap golongan muda hari ini tentang apa yang dipanggil komited.

Baru2 ini aku trheret sama dlm satu perbincangan yang serasanya tidak perlu aku ikuti. Bukan tidak perlu sebenarnya, cuma masanya belum tepat untuk aku turut sama mmberi pndgn dalam prbincangan trsebut. Bukan prbincangan itu yg sbnrnya yang menarik prhatian aku untuk dikongsikan brsama di sini, tp, sikap insan2 yg trlibat di dlm prbncgn trsebut. Isunya hanya remeh, namun, perselisihan yg mereka alami dlm prbncgn trsebut mmbuktikan pada diriku bahawa mereka blum ckup profesional utk mnangani masalah trsebut. Aku tidak ingin mngkritik dan mnghentam sesiapa pn dalam hal ini, namun, sikap mereka yang pada aku tidak KOMITED telah mmbuatkan aku rasa cukup tidak selesa dengan gelagat mereka. Apabila satu hal yang melibatkan skop pekerjaan mereka, pada aku, tiada alasan untuk mereka mnolak apa jua yg telah diberikan. Tidak ckup dgn itu, pngakuan yg dibuat oleh salah seorg drp mereka ttg cara dia bkerja telah mmbuatkan aku tersentak seketika. Inikah budaya kerja seseorang yang digelar profesional?

Kakak telah brcerita tntang bgaimana sulitnya untuk berurusan dgn pekerja2 baru. Pekerja baru atau kakitangan baru yg masih brgelar graduan muda. Bukan kerana mereka adlh graduan baru, tetapi kerana mereka tidak serius atau sekali lagi, tidak KOMITED dengan alam baru yg mereka tempuhi. Orang2 muda ini, kata kakak, tidak mahu ingin belajar dan sentiasa ingin disuap, sedangkan mereka harus sedar bahawa mereka kini telah berada di alam pkerjaan dan sgalanya harus brdiri di atas kaki mereka sndiri. Jangan segan utk brtanya, jngan malu untuk mmbuat ksilapan dan blajar kerana hanya itu caranya untuk kita maju ke hadapan. Namun, inilah sikap yang mereka bawa hingga ke alam pkerjaan. Sesuatu yang cukup mendukacitakan bagi mereka yg turut brgelar golongan profesional.

Isunya di sini bukan hnya tentang jnis pkerjaan yang kita buat. Ia adalah tntang KOMITED atau AMANAH. Namun, skali lg, pada aku, ia lbih kepada AMANAH. Walau kita hanyalah seorang tukang sapu sekalipun, jika kita amanah dlm pkerjaan kita, sgalanya pasti akan brjalan lncar. Setiap manusia yg diberi peluang untuk brbakti dan bkerja mmpunyai amanahnya yg trsendiri. Dan, serasanya tiada seorg pn yg layak mmpertikaikan amanah yg tlh diberikan itu. Jika amanah datang sbg perkara pertama dalam apa jua yg kita lakukan, rasanya setiap orang akan mampu mnyelesaikan tugasnya dgn baik. Namun, senario hari ini tlh byk brubah. Ramai orang lbih suka disuap, bila disuruh baru hendak dimulakan kerja. Entahlah. Coretan ini sekadar ingin mngingatkan diriku sendiri tentang cabaran yg bakal aku tempuhi tidak brapa lama lagi. Cabaran untuk merealisasikan sebuah AMANAH dan bagaimana untuk terus KOMITED..Moga ALLAH tetapkan hatiku untuk mmbawa amanah itu dengan sebaiknya..Aminn..