Tuesday, July 1, 2008

Tiada yang abadi...

salam..

waah, lm gak tak update blog nih..huhu, agak bz dgn prkara2 yg spatutnya diselesaikan..anyway, arinih aku nak bicara sbentar ttg sesuatu yg mungkin bleh jadik pngajran buat kita sume..bukan bertujuan utk memalukan sesiapa, tapi moga kisah ini dpt dijadikan satu peringatan buat sume, khususnya yg bergelar ibu bapa..

ini sbnrnya kisah psl satu famili, seorang suami dan isteri, dgn anak lelakinya.. entah apa badai yg melanda keluarga ni, pasangan suami isteri yg masih muda ini akhirnya bercerai sewaktu anak lelaki mereka masih bayi lagi...lama mereka turun naik mahkamah, semata-mata untuk slesaikan hal nih dan menuntut hak jagaan anak tersebut..anak yg masih belum tahu apa2 erti kehidupan ini trnyata trpaksa melalui satu episod yang getir dalam hidupnya..

lama kes ini dibicarakan, akhirnya hak pnjagaan anak lelaki mereka diserahkan kpd si ibu..seadilnya, mmg seorg anak kecil sebegitu layak utk berada bersama ibunya..dan, si bapa tlh diberikan hak utk mngambil dan melihat anak itu setiap minggu...namun, lain pula hal yg berlaku..si ibu bertegas untuk tidak mmbenarkan si bapa melihat anak tersebut...aduhai, apalah nasib anak kecil itu, masih blum puas dlm pelukan bapa, ibu pula ingin meleraikan pelukan itu..

3 tahun slps itu, anak kecil comel itu sdh berusia 3 tahun, tgh lasak spt anak2 lelaki yg lain..hinggalah suatu hari, si bapa datang untuk mngambil anaknya, dan si ibu dgn separuh hati mmbenarkan anak itu bersama bapanya..emm,, satu episod indah buat anak tersebut krn akhirnya dpt bersama bapa kesayangannya..
namun, itu bukanlah satu pengakhiran kpd episod duka buat si ibu dan bapa..
tanpa disangka, anak kecil trsebut terlibat dlm satu kemalangan yg tidak disengajakan...dan..anak itu mnghembuskan nafasnya yg terakhir...meninggalkan ibu dan bapa yg terlalu mncintainya...

termenung seketika aku tatkala mndgr kisah ini dari kakakku..tiada apa yg mampu aku katakn, cuma, mmg tiada satu pun yg abadi di dunia ini..anak kecil itu, yg mnjadi perebutan antara ibu dan bapanya, akhirnya dijemput oleh satu-satunya yg lbih menyayangi..ALLAH MAHA ADIL..sekuat mana kasih ibu dan sayang bapa terhadap anak trsebut, tidak mungkin mnandingi CINTA ALLAH terhadap anak trsebut...moga rohnya dirahmati ALLAH..Al-Fatihah...


chow..

1 comment:

Nurul said...

kak parah...citer nieh benar2 menyentuh hati...uwaaa!!!! (nanges sambey mkn keropok ikan)