Monday, November 3, 2008

Kisah sepasang suami isteri..

salam..

pagi tadi, on da way nak dtg ke umt, aku tiba2 teringatkan kisah ini..entah kenapa,bila difikirkan kembali..mampukah aku mnjadi seperti mereka?

Ini kisah tentang sepasang suami isteri.. si suami cacat penglihatan, manakala si isteri sedikit tempang.. pasangan ini sudah lama berkahwin, namun, mereka tiada zuriat..maka hari2 yang mereka lalui hanyalah antara mereka brdua sahaja..mereka bukanlah orang yang senang, namun, setiap hari, pasangan ini tetap menggagahkan diri untuk mnjual sayur-sayuran di pasar.. setiap hari mereka akan melangkah bersama, berjalan berkilometer jauhnya untuk mncari sesuap nasi buat mereka berdua..dek kerana si suami tidak mampu untuk melihat, maka si isteri ini mnjadi matanya..memegang erat lengan si suami setiap kali melintasi setiap jalan yang mereka lalui..dan, kerana si isteri ini tempang, maka si suami yang buta itu mnjadi kakinya dengan memaut bahunya agar si isteri tidak tersungkur sepanjang perjalanan mereka..

Pertama kali aku mendengar kisah ini dari ibuku, aku menangis ..menangis kerana dalam usia emas sebegitu, kasih antara pasangan ini masih begitu utuh..erat dengan setiap langkah yang mereka lalui brsama..mnjadi mata kepada suami dan mnjadi kaki kpd isteri..bukankah itu yang kita namakan cinta dan sayang?bila difikirkan kmbali, mereka jauh lebih bahagia berbanding orang lain.. setiap saat dan detik yang mereka lalui, mereka laluinya brsama.. apa guna punya kereta besar, duduk brdua dalam kereta yang berhawa dingin, tetapi bermasam muka spjg perjalanan..itu belum dikira dengan setiap pertelingkahan yang berlaku di rumah..sejenak itu aku terfikir, mampukah aku jadi sebegitu? mampukan aku mnjaga suamiku sebaik itu?

"Whatever we do and whatever happens, every single moment means more because we live it together..and, i look at life a lot differently because i have you by my side.."

chow..

No comments: