Monday, April 20, 2009

Happy Birthday..to me..

Salam.

Hari ini, 20 April. Tiga hari selepas hari ulang tahunku yang ke 26 pada 17 April yang lalu. Serasanya seperti masih baru aku mnyambut hari ulang tahunku yang ke 12, dan hari ini aku sudah berusia 26 tahun. Menjadi seorang yang berusia 26 tahun, seharusnya aku telah mnjadi insan yang lebih matang dan lebih tenang dalam mnghadapi segalanya. Apa yang aku inginkan untuk ulang tahun kali ini? Emm, aku ada menerima pemberian dan hadiah dari keluarga tersayang, namun, sejujurnya, ada beberapa perkara yang sangat ingin aku lakukan dalam hidupku ini. Apa yang paling aku sukai, paling aku gilai, itu adalah perkara yang ingin aku lakukan. Minatku pada bidang penulisan takkan pernah padam, impianku untuk mndalami bidang motivasi dan minatku jua pada muzik, antara yang sering berlegar dalam hati dan fikiranku. Entah kenapa aku meminati seni, lebih dari apa yang sedang aku lakukan sekarang. Mungkin, kerana arwah Walid jua memiliki darah seni yang tersendiri, dia pndai melukis dan semestinya seorang penulis yang hebat.

Aku takkan pernah berhenti dari apa yang sedang aku lakukan kini, namun, aku jua tahu, aku perlu mengorak langkah pertama untuk mncapai impian yang aku inginkan sejak dahulu lagi. Mungkin inilah saatnya untuk mencuba. Mungkin, inilah jua saatnya untuk aku memulakan usaha pertama untuk pergi lebih jauh ke arah impian itu. Aku telah lama berfikir untuk memulakannya, namun, terkadang, aku rasa seolah tidak cukup kuat untuk memulakannya seorang diri. Tapi, pada usia 26 tahun ini, serasanya aku sudah cukup bersedia untuk mnempuhnya seorang diri, dan, aku benar2 mahu dan ingin melakukannya. Aku tahu, ALLAH sentiasa ada dan aku berdoa agar perjalanan yang bakal aku langkahi nanti akan sentiasa diberkati oleh-NYA..Dan, buat yang sedang membaca posting ini, aku juga mngharapkan sokongan dari semua agar aku dapat meneruskan apa yang ingin aku lakukan ini..

chow!

No comments: