Monday, July 27, 2009

Mengenangmu..

Salam.

Al-fatihah, buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Aku bukanlah sesiapa untuk bercerita dengan lengkap tentang dirinya. Aku juga bukanlah wartawan atau peminat fanatiknya yang mngetahui segala tentang dirinya. Namun, aku adalah antara beribu insan yang merasai setiap karyanya dengan hati. Pada aku, dia adalah antara pengarah yang mampu mmbuatkan aku menangis dan ketawa dalam karya yang dihasilkannya. Aku mengakui, yang aku bukanlah peminat sejati filem dan drama Melayu, tetapi insan bernama Yasmin Ahmad ini telah mengubah persepsi aku.

Aku bukan mahu bercerita tentang betapa gahnya hasil karyanya yang mampu memenangi pelbagai anugerah, walaupun kadangkala tidak diterima di negara sendiri. Dan, aku jua tak ingin mnyentuh tentang siapa dirinya yang sebenar di sebalik nama itu. Yang aku ingin coretkan di sini hanyalah pengalaman aku sepanjang menghayati hasil karyanya. Bagaimana aku teringatkan Walid dan Ummi apabila melihat 'Rabun', menangis pilu tatkala menonton 'Sepet', tersenyum sendiri bersama 'Mukhsin' dan berfikir sejenak melihat 'Gubra'. Tanpa aku sendiri sedar, rupanya dia telah banyak mmbuka mata dan hati aku untuk melihat sesuatu bukan dari dalam sudut yang biasa kita lihat. Aku bukanlah mengatakan yang karyanya adalah 100% sempurna kerana tiada apa yang sempurna pun di dunia ini. Namun, mengimbas kembali apa yang aku rasai setiap kali menonton karyanya membuatkan aku sayu sebentar. Akan adakah insan lain yang mampu menghasilkan karya sebegitu lagi?

Kadangkala aku terasa, mungkin kerana kejujuran yang ditunjukkan dalam karyanya yang mmbuatkan aku turut merasainya dengan hati. Tak kisahlah siapa jua dirinya, atau apa jua kesilapan yang pernah dilakukannya, kerana hanya ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI akan segalanya. Namun, aku pasti aku akan tetap mengenang segala yang pernah dia berikan untuk diriku melalui karyanya itu walaupun kami tidak pernah saling mngenali. Terima kasih kerana membuatkan aku trsenyum dengan gelagat Mukhsin, ketawa bersama Orked, dan mmbuatkan aku sedar dengan kehadiran seorang ibu seperti Mak Inom.

Al-Fatihah..

Tuesday, July 21, 2009

Impian, amanah dan hikmah...

Salam.

28 Rejab. Alhamdulillah, aku hampir selesai mngharungi hari2 dalam bulan Rejab ini. Moga aku masih diberi kesempatan oleh-NYA untuk berada dalam bulan2 yang seterusnya. Banyak yang bermain di fikiranku saat ini. Semakin aku ingin sampai ke penghujung, semakin banyak yang aku fikirkan. Apa yang aku lakukan saat ini sampai ke penghujung satu hari nanti, dan apabila tiba di penghujung itu, aku tahu, aku harus mmbuat pilihan dengan setepatnya.

Aku punya impian. Semua orang juga punya impian. Aku ingin mncapai apa yang ingin aku capai, dan memiliki apa yang aku inginkan selama ini. Namun, aku tahu, perjalanan aku untuk memilikinya tidak seperti yang aku fikirkan. Ia tidak semudah seperti yang ramai orang katakan pada diriku. Aku akui, ia memang tidak mudah, tapi, lebih sukar lagi untuk membuat pilihan sama ada ingin meneruskannya, atau berhenti sahaja. Aku tidak ingin berhenti, dan tidak akan sesekali berhenti. Namun, aku jua tahu, ada amanah lain yang sedang menanti diriku. Mungkin ia bukan yang seperti aku dan orang lain inginkan, tapi, amanah ini lebih besar dari impian aku. Aku tahu, aku pasti akan berdepan dengan mereka yang ingin aku meneruskan impian ini, tapi, aku tahu, aku harus lebih kuat. Aku harus berdepan dengan segalanya apabila tiba saatnya nanti. Aku tak ingin kehilangan hikmah seandainya aku mempersiakan amanah ini.

Impian aku akan tetap diteruskan, cuma dalam keadaan yang berbeza. Hasilnya nanti ttap akan sama, cuma mungkin pandangan orang terhadapku lebih berbeza. Aku tak pernah kisah kerana aku tahu, hikmah yang menanti diriku jauh lebih bernilai dari segalanya. Seandainya ini yang ALLAH tetapkan untuk diriku, aku redha dengan membelakangkan impianku. Aku tahu, aku akan terasa sedih kerana melepaskan apa yang ingin aku lakukan ini. Tapi, aku jua tahu, aku pasti akan tersenyum gembira kerana memilih untuk mnjaga amanah ini kerana aku tahu, ada hikmah yang menanti di sebaliknya. Sejujurnya, airmataku mngalir laju saat aku mncoretkan hal ini, namun, airmata ini bukanlah kerana kesedihan, tapi, kerana aku ingin yakin dengan janji ALLAH. Moga DIA memberkati perjalananku ini, dan moga DIA mempermudahkan segala urusanku. Moga ALLAH jua menetapkan hatiku untuk sentiasa mengingati-NYA..

Thursday, July 9, 2009

Lubang pada hati..

Salam.

Pejam celik, pejam celik, kita dh mlangkah ke Julai. Begitu banyak perkara yang berlaku dalam setengah tahun ini, begitu ramai jua telah kutemui dan begitu banyak pngalaman yang telah aku kutip. Dalam seminggu ini, aku kembali sibuk dengan segala kerja walaupunn kadangkala terbabas ke tempat lain, hihihi. Emm, lubang pada hati. Saja aku memilih untuk menulis tajuk sebegini, bukan hanya kerana lagu ini sangat mesra pada telinga, tetapi, hakikatnya, kita semua mmpunyai lubang pada hati.

Entahlah, apa yang aku rasai dengan adanya lubang ini. Pada aku, sesekali, biarlah ia berlubang kerana dengan itu, barulah kita mngerti dan faham bahawa bukan mudah untuk mengisi dan menutup kembali lubang itu. Dan, yang paling penting, kita tetap mampu mneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dengan adanya lubang itu. Lubang pertamaku, pada 2001,. dan kini, ia berlubang lagi. Sejujurnya aku masih cuba untuk merawat hati sendiri, dan sentiasa mncuba kerana aku yakin,ALLAH sentiasa bersamaku. Hidup ini hanyalah kerana DIA dan pada-NYA lah jua aku bermohon agar kekuatan ini akan mnjadi lebih kuat, dan kesabaran ini mnjadi lebih sabar. Aku sewajarnya lebih bersyukur pada orang yang telah mnyakiti hatiku, kerana dia telah mmbuatkan aku jadi lebih tabah, dan semoga satu hari nanti, aku mampu berdepan dengannya.

Pernah satu ketika, aku rasakan yang lubang ini akan terus berlubang selamanya. Namun, aku kembali sedar bahawa, ALLAH MAHA ADIL lagi MAHA MENGETAHUI akan segalanya. Lubang ini pasti akan tertutup kembali, suatu hari nanti. Senyuman ini akan kembali lagi, itu sesuatu yang pasti..

P/S: Semoga dia jua temui apa yang dia inginkan. Semoga hidupnya diberkati-NYA...