Friday, January 23, 2009

Hanya kerana cinta..

Salam.

Aku baru menerima panggilan telefon dari seorang sahabat. Sahabat yang telah lama tidak aku temui. Kami merupakan kawan sekolah dan sangat rapat. Terkedu seketika tatkala aku mendengar suaranya. Tangisan di hujung talian cukup membuatkan aku mengerti yang dia benar-benar dalam dilema yang cukup besar. Buat seketika, aku terdiam dan membiarkan sahaja dia menangis semahunya. Aku tahu dan faham, yang dia begitu perlukan seseorang pada saat-saat yang sukar ini. Aku tahu, yang dia tidak kuat untuk menghadapi segalanya bersendirian. Dia menangis dan terus menangis. Dan, ia hanyalah kerana CINTA.

Ya, CINTA. Cinta mampu buatkan kita ketawa dan menangis. Aku benar-benar berharap yang kesudahan antara sahabatku dan lelaki itu akan berakhir dengan kegembiraan, namun, ALLAH lebih mengetahui akan segalanya. Keraguan demi keraguan, penipuan dan pura-pura antara mereka telah melenyapkan segalanya. Siapalah aku untuk memberi nasihat atas segala yang telah berlaku. Aku cuma mampu mendengar dan memahami. Namun, pesananku pada sahabatku itu cuma satu; buatlah apa yang dirasakan terbaik untuk hidupnya. Aku tak mampu nak menahan apa yang dirasakannya terbaik buat dirinya. Kadang kala, kita berpisah dengan seseorang yang kita cintai bukan kerana kita tak lagi mencintainya, tapi, kerana kita perlu buat begitu. Mungkin perpisahan itu yang terbaik kerana ia hanyalah kerana cinta.

Kadang kala aku tak memahami apakah itu cinta. Apa gunanya bercinta kalau kesudahannya adalah perpisahan. Apa gunanya bercinta kalau kita sering menangis kerananya?Apa gunanya bercinta kalau kita tak mampu memiliki kegembiraan itu?Dan, apa gunanya bercinta kalau kesudahannya tak seperti yang kita harapkan? Itu yang aku fikirkan dulu, sebelum aku benar-benar memahami erti cinta. Kini, pada diriku, cinta bukanlah memiliki seseorang. Cinta jua bukanlah semata-mata gembira, kerana ia perlu disulami dengan airmata agar ia lebih terasa di hati. Cinta jua bukanlah sentiasa mengucapkan kata-kata cinta. Cinta adalah cinta. Tak perlu sebab, tak perlu bertanya kenapa dan mengapa ia terjadi. Bila cinta hadir, nikmatilah. Dan, bila cinta berlalu, jangan terlalu ditangisi kerana cinta pasti akan hadir lagi.

Entahlah, untuk sahabatku itu, aku cuma mampu berdoa agar dia akan pulih dari kesedihan dan kekecewaan yang dia alami saat ini. Aku yakin, yang cinta pasti hadir lagi dalam hidupnya. Cinta itu akan datang lagi. Dan, bila detik itu akan tiba, biarlah ALLAH sahaja yang lebih mengetahui. Dan, aku jua masih menunggu pada cinta itu. Dan, sehingga saat ini, aku tak akan patah hati atau putus harapan walau seinci pun. Aku yakin dan aku pasti. Selebihnya, biarlah ALLAH yang menentukan segalanya..

No comments: