Saturday, January 24, 2009

Lelaki dengan kemeja merah jambu..

Salam.

Hikhik..adeh, once again. Tajuk yang sangat tidak mampu untuk dihuraikan dan difahami kecuali diriku. Aku baru lepas menonton satu kisah Korea ni. Cerita yang sedikit lucu, sedikit mencuri jiwa, sedikit membuatkan aku sayu dan akhirnya aku tersenyum dalam tangisan. Serasanya bukan aku seorang yang mudah tersentuh dengan kisah-kisah dari Korea ni kan? Entahlah, tapi kisah ini agak berbeza dengan kisah2 yang pernah aku tonton sebelum ini. Ia sangat dekat dengan hati dan perasaan aku. Walaupun ia perit, tapi, terasa satu kelegaan apabila melihat kesudahannya. Tapi, apa kaitannya dengan lelaki dengan kemeja merah jambu? Emm, itu yang ingin aku kongsikan hari ini.

Kebiasaannya, lelaki jarang memilih untuk memakai kemeja atau baju yang bersifat atau berwarna 'keperempuanan' seperti merah jambu. Seringkali kita melihat lelaki lebih senang memilih warna-warna seperti hitam, biru atau coklat sebagai warna rasmi pakaian mereka. Tapi, itu dulu. Kini, mereka lebih terbuka dalam pemilihan warna pakaian dan ramai yang telah berani mencuba untuk memakai merah jambu. Seperti yang aku beritahu sebelum ini, lelaki dalam kisah Korea yang aku baru tonton ini juga memilih kemeja merah jambu sebagai pilihannya. Sebenarnya, bukan kemeja merah jambu itu yang mencuri perhatianku. Pilihan yang dibuat oleh watak lelaki tersebut yang lebih menarik hatiku.

Pernah tak kita bayangkan yang kita akan membuat satu pilihan yang di luar jangkaan dalam kehidupan kita? Itulah yang membuatkan aku tertarik pada kisah Korea ini. Pilihan yang terpaksa dibuat oleh lelaki tersebut adalah di luar jangkaannya. Segalanya di luar pilihannya. Dia menerima dalam keterpaksaan, dan, akhirnya mencintai apa yang telah dipilihnya. Dan, itu telah mengubah dirinya, sehingga ke akhirnya. Lama aku termangu setelah menonton kisah ini. Aku terfikir tentang kehidupanku sendiri dan mungkin jua kehidupan sebahagian besar dari kita. Banyak yang telah kita pilih, dan serasanya kebanyakan keputusan itu adalah pilihan yang kita inginkan. Mungkin jua ada di antara pilihan itu adalah di luar jangkaan kita, tapi, mungkin ia tidak mengubah diri kita sepenuhnya. Aku juga prnah membuat pilihan yang bukan pilihanku, tapi, serasanya itulah yang terbaik buat diriku. Dan, aku juga masih punya pilihan lain dalam hidup ini. Masih mahu melakukan sesuatu yang juga di luar jangkaan, dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sekarang.

Entahlah, kisah ini cuma satu cerita, tapi, kadangkala ia sangat serupa dengan kehidupan seharian kita. Sekurangnya, lelaki itu telah berjaya menemui apa yang dicarinya. Walaupun ia hanya untuk sementara waktu, tapi, setidaknya, dia telah membuat pilihan yang tepat. Dan, pilihannya untuk memakai kemeja merah jambu hanyalah sekadar kiasan yang dia jua telah memilih jalan hidupnya sendiri. Aku sentiasa berdoa agar aku jua akan jadi lebih kuat dan tabah untuk memilih jalan yang tepat dalam kehidupanku. Bukan bermaksud apa yang aku lakukan kini salah, namun, aku tahu, aku masih punya pilihan yang lain. Dan, aku ingin melakukan apa yang aku inginkan itu. Moga ALLAH mempermudahkan segala urusanku dan menguatkan hatiku dalam menghadapi segalanya.

Anyway, that guy is soo charming in pink! hikhik...

1 comment:

cik sabun said...

kak..ape tajuk citenyew nih..uhuk2.. nyebok lak :p