Salam.
Waktu : 1.15 tengah hari.
Lokasi : Lampu isyarat simpang 4
Kisah ini berlaku pada diriku pada hari ini. Entah kenapa aku benar-benar berfikir dan mula menilai. Betapa besarnya nilai waktu yang kita miliki pada setiap saat dan detik.
Aku pulang dari universiti pada tengah hari tadi dan berhenti pada sebuah simpang 4. Sama seperti lampu isyarat yang lain, kami perlu menunggu buat beberapa minit sebelum dapat meneruskan perjalanan spt biasa. Dan, buat seketika, aku menoleh ke kanan dan melihat sebuah motorsikal. Seorang bapa, lengkap dengan kemeja dan jaket bersama dua orang anaknya yang masih bersekolah. Si kakak memeluk erat pinggang ayahnya dan adiknya pula diletakkan di dalam bakul motorsikal. Tersenyum sebentar aku melihat telatah si ayah yang cuba membetulkan topi keledar kecil yang dipakai oleh anaknya. Aku membuka cermin tingkap kereta dan cuba untuk melihat dengan lebih teliti. Dan, seketika itu juga aku terdengar perbualan antara anak-beranak ini. "Adik seronok tak kat sekolah hari ni?" Begitu antara butir bicara si ayah pada si adik sambil menggosok lembut lengan si anak. Pantas si anak menjawab; "Gembira sangat2, adik belajar lukis, adik lukis gambar kluarga kita," telus dan jujur jawapan itu kedengaran di telinga aku. Sebaik aku mendengar jawapan itu, lampu bertukar hijau dan motorsikal terus berlalu perlahan.
Sepanjang jalan itu aku berfikir.Berfikir tentang betapa bernilainya sebuah waktu antara mereka anak-beranak. Sesingkat masa yang ada untuk menunggu lampu hijau masih mampu digunakan untuk berbicara bersama anak-anaknya. Ya, benar, pandangan yang aku lihat itu merupakan sesuatu yang biasa dan orang lain juga pernah alaminya. Namun, itulah pertama kalinya aku berfikir sedalamnya. Betapa kita yang punyai banyak waktu bersama keluarga,tapi, kadang kala kita sering melupakan waktu2 yang bernilai itu. Terkadang, bila kita punyai banyak masa bersama ibu bapa, kita lebih senang untuk menonton TV daripada berbicara bersama mereka. Terkadang, bila kita punyai banyak masa bersama adik-beradik, kita lebih senang membuat kerja sendiri. Entahlah, mungkin kita maih belum mampu untuk menilai harga sebuah waktu..
chow!
No comments:
Post a Comment