Salam.
Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan buat diriku. Bertemu kembali dengan pensyarah lamaku, yang juga mentor dan sifu yang telah banyak mengajar diriku suatu ketika dahulu. Aku benar2 rindukannya, dan sepanjang dia berada di UK, kami banyak berhubung melalui emel. Dia bukan sahaja seorang pensyarah, malah kadangkala, dia seperti kakak ku sendiri. Banyak yang kami bualkan selama hampir 1jam bersama petang tadi. Seperti biasa, dia akan mengajarku tentang banyak perkara, dan begitu juga hari ini.
Cik hayati (dia still tak kisah kalo orang tak memanggilnya Dr..) bercerita tentang pengalamannya sepanjang melanjutkan PhD di UK. Dia bercerita tentang sebanyak mana airmatanya yang telah tumpah sepanjang berada di sana, sebanyak itulah juga dia belajar dan merasai pengalaman berada di rantau orang. Terlalu banyak kesulitan yang telah ditempuhinya untuk melaksanakan projek PhD itu, tapi, kesulitan dan kesusahan itulah yang menjadikan dia sangat kuat. Kuat dan cekal dalam mengharunginya. Sejujurnya, dari dahulu lagi aku sangat mngaguminya. Dan, aku juga ingin menjadi sepertinya. Dan, melihat antara kami berdua, seolah melihat cerminan diri masing2. Dia tak pernah berhenti untuk berusaha, dan tak pernah mengeluh atas segala kesulitan yang dihadapinya.
Pesanannya pada aku adalah jangan berhenti berusaha, jangan berhenti berdoa, jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengharapkan sesuatu yang kita inginkan. Kerana, hanya dengan itu kita akan jadi lebih kuat dan tabah. Dia banyak mengajarku tentang bagaimana untuk menjadi seseorang yang cekal, dan keras hati dalam mngejar apa yang kita inginkan. Jangan mudah berpuas hati dngan apa yang kita dapat hari ini dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik. Dan, hari ini, aku benar2 mngerti akan segalanya. Dan, pelukan hangatnya sewaktu kami berpisah petang tadi benar2 membuatkan aku tenang. Serasanya kini aku telah dapat melihat dengan jelas apa yang aku inginkan pada saat ini. Aku mahu melakukan yang terbaik, bukan semata-mata untuk diriku, tapi untuk semua yang telah banyak menyokong dan mendorong diriku.
Terima kasih cik atas segala tunjuk ajar, sokongan dan nasihat yang telah diberikan selama ini. Dan, terima kasih jua kerana telah mmbuatkan saya mnjadi seperti yang saya jadi pada hari ini..
2 comments:
tp klu trapik light kaler merah kne brenti eaa~~ :p
errr..btul3..tapi...ini bkn lampu dik...hikhik..
Post a Comment