Sunday, November 23, 2008

inilah realitinya..

salam..

Sebelum aku mulakan apa yang ingin aku kongsikan hari ni, aku nak minta maaf andainya ia agak keras dan mungkin aku mngkritik, tapi ini lah realitinya, jadi, kita kena hadapinya juga walau ia pahit kerana sememangnya setiap kebenaran itu pahit...

Segalanya brmula apabila seorang teman rapat yang juga bkerja dalam dunia akademik di salah sebuah ipt tempatan bercerita tentang suatu kisah..suatu kisah yang agak memalukan bagi seseorang yang bergelar akademia, atau cendekiawan di sebuah pusat ilmu terkemuka..entahlah, kisah skandal antara seorang pensyarah bergelar Dr (bakal Prof Madya..uff..), yang mmpunyai hbungan dengan pelajarnya sendiri. bagi saya, ia bukanlah suatu yang silap dan salah andai pnsyarah itu jatuh hati pada pelajarnya sndiri, kerana cinta itu tak mngenal usia, dan juga pangkat. namun, apa yang silap adalah, status pnsyarah itu sndiri yang telah brkeluarga, jua pelajar itu yang secara nyata ingin mngambil ksempatan atas hbungan terlarang yang dijalinkan itu. sangat memalukan sekaligus mencemar imej profesionalisme seorang ahli akademik apabila pnsyarah itu sanggup menolong untuk mnyiapkan projek tahun akhir pelajar trsebut, dan berusaha untuk mmberikan gred trbaik bagi "kekasih" nya itu.. ia sangat menjengkelkan!! paling mnyedihkan apabila pnsyarah itu mngarahkan pembantunya (seorang pmbantu pngajar) untuk mnyiapkan paper kajian yang bakal dihntar untuk jurnal antarabangsa, sedangkan dia sndiri pergi brcuti brsama pelajar trsebut!! inilah realitinya..inikah dunia akdemik yang patut kita banggakan, jika begini tingkah ahli akedemiknya?entahlah..

Itu baru kisah tentang skndal..semakin lama aku berada dalam dunia akademik ini, aku semakin mngerti tentang 'sepak terajang' yang ada didalamnya.. semakin banyak aku belajar, sebanyak itu jugalah rahsia yang tersingkap di sebalik gah, kecemerlangan serta profesionalisme dunia akademik ini. aku bukan ingin mnghukum semua ahli akdemik atau individu yang berada dalamnya, namun, gelagat sebahagian kecil darinya sedikit sebanyak telah mncalarkan kemurnian yang selama ini sering kita lihat (dari zahirnya..). kisah tentang para pnsyarah yang begitu rakus mngejar pangkat, mnyiapkan sebanyak mana kertas kajian yang mungkin, untuk dihantar dan dinilai, juga dipersembahkan di konvensyen2 antarabangsa, tapi, jika diperinci sehalus-halusnya, adakah mereka sendiri yang benar2 brtungkus lumus dalam segala usaha itu?fikirkan kembali..dan sebanyak mana yang mndapat kredit atas segala hasil usaha itu?fikirkan sekali lagi.. kadang kala aku terfikir, kenapa mereka perlu begitu?bukankah matlamat utama setiap kajian, kertas serta hasil yang dibentangkan itu adalah untuk mngembangkan lagi ilmu yang mereka miliki?ia bukan untuk pangkat, tapi, bagi segelintir ahli akademik, ya, ia memang semata-mata untuk pangkat..sangat mnyedihkan, tapi, inilah realitinya..

Aku sendiri pernah mnghadapi satu situasi yang agak memeranjatkan dalam dunia akademik ini. pernah seorang pnsyarah muda menasihatkan aku agar tidak mmpercayai kata2 seorang pnsyarah lain dan alasannya adalah kadangkala maklumat yang diberi pnsyarah trsebut tidak tepat! sejujurnya, itu berlaku BUKAN sewaktu aku bergelar pelajar, tetapi stelah mnyertai dunia akdemik ini. aku tersentak seketika, kerana aku sndiri tidak mnyangka kata2 itu akan keluar dari mulutnya. entahlah..itukah gelagat seorang ahli akdemik yang brgelar Dr? sangat tidak matang dan sangat mnyedihkan..tapi, inilah realitinya..

Aku juga pernah mnyaksikan satu insiden yang agak memalukan dan remeh temeh antara ahli akademik dimana mereka berdebat dan bertelingkah melalui emel hnya kerana mempertikaikan adakah perlu ucapan takziah disalurkan melalui emel!! hello, banyak lagi isu lain yang boleh diperdebatkan berbanding hal remeh sbegitu?! entahlah, aku sengaja mnyingkap kisah ini agar kita semua mndapat iktibar dan panduan darinya. bukan untuk memalukan sesiapa, jauh sekali untuk mnjatuhkan imej para cendekiawan ini, namun, sesekali kita kena merenung dan melihat jauh ke dalam, hingga ke akar, agar perkara sebegini tidak berulang di kalangan cndekiawan dan ahli akdemik muda yang masih sdg bertatih spt aku sendiri..

Namun, aku masih mngingati kata2 Cik Hayati hingga ke hari ini, katanya; apa yang paling penting dalam setiap kerja yang kita lakukan adalah keikhlasan, dan buat semuanya kerana kerja itu adalah amanah ALLAH utk kita..emm.. aku yakin dengan itu semua dan aku berdoa agar aku mampu untuk bertahan dalam dunia mncabar ini..

chow!

1 comment:

Nurul said...

kak...harap2 kata2 akak beri pedoman pd penyelidik muda yg lain.. thanks.. miss u so much.. :)