Friday, January 30, 2009

To be strong..enough..

Salam.

Ini adalah petikan daripada sebuah novel yang benar-benar memberi inspirasi yang bukan sedikit buat diriku; Like the flowing river (Coelho, P.)

Because it has lived its life intensely,
the parched grass still attracts the gaze of passers-by,
The flowers merely flower,
and they do this as well as they can,
The white lily, blooming unseen in the valley,
Does not need to explain itself to anyone,
It lives merely for beauty,
Men, however, cannot accept that 'merely'
If tomatoes wanted to be melons,
they would look completely ridiculous,
I am always amazed,
that so many people are concerned,
with wanting to be what they are not,
what's the point of making yourself look ridiculous?
You don't always have to pretend to be strong,
there's no need to prove all the time..
that everything is going well,
you shouldn't be concerned..
about what other people are thinking,
cry if you need to,
it's good to to cry out all your tears..
(because only then will you be able to smile again..)
~Mitsuo Aida~
I think I know what will I do to go through this...=)

Monday, January 26, 2009

Hari yang panjang...

Salam.

"I never expect you to treat me like what you did and never expect you to treat me as a special one..."

Mesej yang ku terima semalam telah mmbuatkan seluruh hariku pada hari ini sangat panjang. Aku terdiam dan hampir sepanjang malam aku tak mampu untuk melelapkan mata. Mencari2 apakah silap dan salahku. Mencongak tentang apa yang pernah aku lakukan dan akhirnya aku bangun dan merenung bintang. Tipulah kalau aku katakan yang aku tidak sedih, namun, malam itu aku tidak terasa apa2. Hatiku bagai beku dan dingin bagai salju. Aku bagaikan tiada perasaan. Jauh dalam hatiku, jauh di dalam, pada satu sudut, aku masih percayakannya. Apa yang mmbuatkan aku masih percaya, aku sndiri tidak mngerti. Dan, akhirnya, pada subuh tadi, airmataku jatuh jua. Bukan kerana segalanya telah berakhir, tapi, buat kesekian kalinya, aku teringatkan kata2 arwah Walid; "tiada siapa yang rugi dalam setiap pemberian rasa cinta dan sayang, tapi, jika orang itu menolaknya, bukan bererti kita telah gagal untuk mmberikan sayang itu spenuhnya, cuma orang itu yang belum mngerti apa yang kita berikan untuk dirinya..". Ya, mungkin orang itu belum ckup mngerti. Dan, mungkin rasa sayang ini terlalu besar untuk diterimanya.

Aku tak pernah mnyesal kerana prnah mngasihinya. Aku tak pernah marahkan dia. Walaupun, terkadang, hingga saat aku menulis blog ini, rasa terkilan itu masih bersisa, namun, aku mahu cepat2 mngusir perasaan ini. Kenapa perlu aku rasa terkilan? Kenapa perlu aku bersedih terlalu lama? Aku tak pernah rugi apa2. Mungkin aku tak mampu untuk bersamanya, tapi, cinta bukanlah memiliki. Aku sangat gembira dalam masa kurang dari setahun ini. Aku bertuah kerana berpeluang mngenali dia yang sebenarnya, berbanding orang lain. Dia istimewa, walaupun ramai orang menganggapnya lain daripada itu, tapi, pada aku, dia cuma seseorang yang biasa, sama seperti orang lain. Ini kali pertama aku bercerita secara trbuka tentang dirinya. Setidaknya, aku masih ada kenangan sewaktu kami makan bersama, ketawa bersama, sama2 kesejukan dan bergaduh tentang matlamat hidup kami. Apa lagi yang perlu aku ratap? Tiada apa.

Mungkin aku yang terlalu mengharap, dan kadangkala aku rasa macam orang bodoh. Emm, memang pun aku agak bodoh dalam hal2 mcm ni, tak mampu nak menilai dengan sebetulnya. Tapi, aku sudah tak peduli apa2 sekarang ni. Aku tak nak bersedih terlalu lama. Aku masih punya banyak perkara yang perlu diselesaikan. Aku masih ingin merasa hangatnya mentari pagi, dan cantiknya bintang pada malam hari. Aku masih punya ramai kawan2 yang baik, keluarga yang sangat memahami, adik2 yang mngerti tentang diriku dan sahabat2 istimewa yang ku anggap seperti saudara sendiri. Aku tak pernah kehilangan cinta, tak pernah putus dengan kasih sayang. Biarlah orang mngatakan aku bodoh atau perasan kerana mngharapkan sesuatu yang tak pasti, kerana rasa sayang itu hak aku. Ia milik aku, tiada siapa yang mampu mngubah atau merampasnya dari aku. Aku memilikinya dan aku akan pastikan ia sentiasa mekar dalam kenanganku..

AJW~ Goodbye~

Saturday, January 24, 2009

Lelaki dengan kemeja merah jambu..

Salam.

Hikhik..adeh, once again. Tajuk yang sangat tidak mampu untuk dihuraikan dan difahami kecuali diriku. Aku baru lepas menonton satu kisah Korea ni. Cerita yang sedikit lucu, sedikit mencuri jiwa, sedikit membuatkan aku sayu dan akhirnya aku tersenyum dalam tangisan. Serasanya bukan aku seorang yang mudah tersentuh dengan kisah-kisah dari Korea ni kan? Entahlah, tapi kisah ini agak berbeza dengan kisah2 yang pernah aku tonton sebelum ini. Ia sangat dekat dengan hati dan perasaan aku. Walaupun ia perit, tapi, terasa satu kelegaan apabila melihat kesudahannya. Tapi, apa kaitannya dengan lelaki dengan kemeja merah jambu? Emm, itu yang ingin aku kongsikan hari ini.

Kebiasaannya, lelaki jarang memilih untuk memakai kemeja atau baju yang bersifat atau berwarna 'keperempuanan' seperti merah jambu. Seringkali kita melihat lelaki lebih senang memilih warna-warna seperti hitam, biru atau coklat sebagai warna rasmi pakaian mereka. Tapi, itu dulu. Kini, mereka lebih terbuka dalam pemilihan warna pakaian dan ramai yang telah berani mencuba untuk memakai merah jambu. Seperti yang aku beritahu sebelum ini, lelaki dalam kisah Korea yang aku baru tonton ini juga memilih kemeja merah jambu sebagai pilihannya. Sebenarnya, bukan kemeja merah jambu itu yang mencuri perhatianku. Pilihan yang dibuat oleh watak lelaki tersebut yang lebih menarik hatiku.

Pernah tak kita bayangkan yang kita akan membuat satu pilihan yang di luar jangkaan dalam kehidupan kita? Itulah yang membuatkan aku tertarik pada kisah Korea ini. Pilihan yang terpaksa dibuat oleh lelaki tersebut adalah di luar jangkaannya. Segalanya di luar pilihannya. Dia menerima dalam keterpaksaan, dan, akhirnya mencintai apa yang telah dipilihnya. Dan, itu telah mengubah dirinya, sehingga ke akhirnya. Lama aku termangu setelah menonton kisah ini. Aku terfikir tentang kehidupanku sendiri dan mungkin jua kehidupan sebahagian besar dari kita. Banyak yang telah kita pilih, dan serasanya kebanyakan keputusan itu adalah pilihan yang kita inginkan. Mungkin jua ada di antara pilihan itu adalah di luar jangkaan kita, tapi, mungkin ia tidak mengubah diri kita sepenuhnya. Aku juga prnah membuat pilihan yang bukan pilihanku, tapi, serasanya itulah yang terbaik buat diriku. Dan, aku juga masih punya pilihan lain dalam hidup ini. Masih mahu melakukan sesuatu yang juga di luar jangkaan, dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sekarang.

Entahlah, kisah ini cuma satu cerita, tapi, kadangkala ia sangat serupa dengan kehidupan seharian kita. Sekurangnya, lelaki itu telah berjaya menemui apa yang dicarinya. Walaupun ia hanya untuk sementara waktu, tapi, setidaknya, dia telah membuat pilihan yang tepat. Dan, pilihannya untuk memakai kemeja merah jambu hanyalah sekadar kiasan yang dia jua telah memilih jalan hidupnya sendiri. Aku sentiasa berdoa agar aku jua akan jadi lebih kuat dan tabah untuk memilih jalan yang tepat dalam kehidupanku. Bukan bermaksud apa yang aku lakukan kini salah, namun, aku tahu, aku masih punya pilihan yang lain. Dan, aku ingin melakukan apa yang aku inginkan itu. Moga ALLAH mempermudahkan segala urusanku dan menguatkan hatiku dalam menghadapi segalanya.

Anyway, that guy is soo charming in pink! hikhik...

Friday, January 23, 2009

Hanya kerana cinta..

Salam.

Aku baru menerima panggilan telefon dari seorang sahabat. Sahabat yang telah lama tidak aku temui. Kami merupakan kawan sekolah dan sangat rapat. Terkedu seketika tatkala aku mendengar suaranya. Tangisan di hujung talian cukup membuatkan aku mengerti yang dia benar-benar dalam dilema yang cukup besar. Buat seketika, aku terdiam dan membiarkan sahaja dia menangis semahunya. Aku tahu dan faham, yang dia begitu perlukan seseorang pada saat-saat yang sukar ini. Aku tahu, yang dia tidak kuat untuk menghadapi segalanya bersendirian. Dia menangis dan terus menangis. Dan, ia hanyalah kerana CINTA.

Ya, CINTA. Cinta mampu buatkan kita ketawa dan menangis. Aku benar-benar berharap yang kesudahan antara sahabatku dan lelaki itu akan berakhir dengan kegembiraan, namun, ALLAH lebih mengetahui akan segalanya. Keraguan demi keraguan, penipuan dan pura-pura antara mereka telah melenyapkan segalanya. Siapalah aku untuk memberi nasihat atas segala yang telah berlaku. Aku cuma mampu mendengar dan memahami. Namun, pesananku pada sahabatku itu cuma satu; buatlah apa yang dirasakan terbaik untuk hidupnya. Aku tak mampu nak menahan apa yang dirasakannya terbaik buat dirinya. Kadang kala, kita berpisah dengan seseorang yang kita cintai bukan kerana kita tak lagi mencintainya, tapi, kerana kita perlu buat begitu. Mungkin perpisahan itu yang terbaik kerana ia hanyalah kerana cinta.

Kadang kala aku tak memahami apakah itu cinta. Apa gunanya bercinta kalau kesudahannya adalah perpisahan. Apa gunanya bercinta kalau kita sering menangis kerananya?Apa gunanya bercinta kalau kita tak mampu memiliki kegembiraan itu?Dan, apa gunanya bercinta kalau kesudahannya tak seperti yang kita harapkan? Itu yang aku fikirkan dulu, sebelum aku benar-benar memahami erti cinta. Kini, pada diriku, cinta bukanlah memiliki seseorang. Cinta jua bukanlah semata-mata gembira, kerana ia perlu disulami dengan airmata agar ia lebih terasa di hati. Cinta jua bukanlah sentiasa mengucapkan kata-kata cinta. Cinta adalah cinta. Tak perlu sebab, tak perlu bertanya kenapa dan mengapa ia terjadi. Bila cinta hadir, nikmatilah. Dan, bila cinta berlalu, jangan terlalu ditangisi kerana cinta pasti akan hadir lagi.

Entahlah, untuk sahabatku itu, aku cuma mampu berdoa agar dia akan pulih dari kesedihan dan kekecewaan yang dia alami saat ini. Aku yakin, yang cinta pasti hadir lagi dalam hidupnya. Cinta itu akan datang lagi. Dan, bila detik itu akan tiba, biarlah ALLAH sahaja yang lebih mengetahui. Dan, aku jua masih menunggu pada cinta itu. Dan, sehingga saat ini, aku tak akan patah hati atau putus harapan walau seinci pun. Aku yakin dan aku pasti. Selebihnya, biarlah ALLAH yang menentukan segalanya..

Wednesday, January 21, 2009

Nilai sebuah waktu..

Salam.

Waktu : 1.15 tengah hari.
Lokasi : Lampu isyarat simpang 4

Kisah ini berlaku pada diriku pada hari ini. Entah kenapa aku benar-benar berfikir dan mula menilai. Betapa besarnya nilai waktu yang kita miliki pada setiap saat dan detik.

Aku pulang dari universiti pada tengah hari tadi dan berhenti pada sebuah simpang 4. Sama seperti lampu isyarat yang lain, kami perlu menunggu buat beberapa minit sebelum dapat meneruskan perjalanan spt biasa. Dan, buat seketika, aku menoleh ke kanan dan melihat sebuah motorsikal. Seorang bapa, lengkap dengan kemeja dan jaket bersama dua orang anaknya yang masih bersekolah. Si kakak memeluk erat pinggang ayahnya dan adiknya pula diletakkan di dalam bakul motorsikal. Tersenyum sebentar aku melihat telatah si ayah yang cuba membetulkan topi keledar kecil yang dipakai oleh anaknya. Aku membuka cermin tingkap kereta dan cuba untuk melihat dengan lebih teliti. Dan, seketika itu juga aku terdengar perbualan antara anak-beranak ini. "Adik seronok tak kat sekolah hari ni?" Begitu antara butir bicara si ayah pada si adik sambil menggosok lembut lengan si anak. Pantas si anak menjawab; "Gembira sangat2, adik belajar lukis, adik lukis gambar kluarga kita," telus dan jujur jawapan itu kedengaran di telinga aku. Sebaik aku mendengar jawapan itu, lampu bertukar hijau dan motorsikal terus berlalu perlahan.

Sepanjang jalan itu aku berfikir.Berfikir tentang betapa bernilainya sebuah waktu antara mereka anak-beranak. Sesingkat masa yang ada untuk menunggu lampu hijau masih mampu digunakan untuk berbicara bersama anak-anaknya. Ya, benar, pandangan yang aku lihat itu merupakan sesuatu yang biasa dan orang lain juga pernah alaminya. Namun, itulah pertama kalinya aku berfikir sedalamnya. Betapa kita yang punyai banyak waktu bersama keluarga,tapi, kadang kala kita sering melupakan waktu2 yang bernilai itu. Terkadang, bila kita punyai banyak masa bersama ibu bapa, kita lebih senang untuk menonton TV daripada berbicara bersama mereka. Terkadang, bila kita punyai banyak masa bersama adik-beradik, kita lebih senang membuat kerja sendiri. Entahlah, mungkin kita maih belum mampu untuk menilai harga sebuah waktu..

chow!

Tuesday, January 20, 2009

Kisah tentang seorang Profesor..

Salam.

Ini kisah tentang seorang profesor universiti. Siapa dia dan di mana dia sekarang, itu bukan sesuatu yang ingin aku ceritakan di sini. Dia bermula dengan seorang pensyarah, bertatih dan mula mengorak langkah menjadi seorang profesor yang disegani dalam bidangnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi, optimistik, dan sentiasa mengingatkan para pelajarnya supaya sentiasa melakukan yang terbaik dalam bidang pengajian mereka. Dia sentiasa ingin melakukan perkara yang paling bagus dan mempersembahkan hasil kajian yang terbaik agar dapat diterima dalam mana-mana persidangan atau seminar serta jurnal antarabangsa. Dia seorang yang tegas dan punyai disiplin yang tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugasannya. Dia punyai keluarga yang lengkap, dan segalanya nampak begitu normal.

Hinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajarnya bertanyakan sesuatu yang tak pernah dijangka olehnya. "Prof gembira dengan apa yang Prof miliki pada hari ini?". Soalan yang ringkas dan biasa saja. Namun, untuk pertama kalinya, seseorang yang bergelar profesor ini terdiam seketika. Tercari-cari apakah jawapan yang paling tepat bagi persoalan itu, sedangkan selama dia menjalankan kajian, sudah pelbagai persoalan yang sukar mampu untuk dia selesaikan. Dan, akhirnya, profesor cuma sekadar tersenyum kepada pelajarnya itu. Sejujurnya, profesor itu tidak punyai jawapan yang pasti pada persoalan tersebut.

Semalaman profesor itu berfikir dan tak lena tidur. Dia terfikir, apa yang membuatkannya tidak mampu untuk memberi jawapan yang pasti pada soalan pelajarnya itu. Dia punyai segalanya, dia berpangkat, bergaji lumayan, ada keluarga yang bahagia, berpeluang bercuti ke luar negara dan mampu membimbing para pelajarnya dengan baik. Tapi, kenapa dia masih ragu-ragu untuk memberikan jawapan?Hatinya terasa seperti ada sesuatu yang kurang, tapi dia sendiri tidak pasti. Profesor ini begitu yakin yang dia sangat gembira dengan apa yang dimilikinya sekarang. Dia menoleh ke arah tingkap dan melihat pada bulan dan bintang. Dan, untuk pertama kalinya, dia tersedar yang itulah kali pertama dia benar-benar melihat bintang dan bulan. Itulah pertama kalinya dia benar-benar terasa yang bintang dan bulan itu sangat bercahaya. Lama dia termenung, dan akhirnya perkataan yang muncul dari mulutnya adalah "Alhamdulillah..". Rupanya, kekurangan yang dirasai dan dicarinya itu adalah SYUKUR.

Profesor ini telah terlupa suatu pelajaran yang penting. Ya, dia adalah profesor yang sangat bijak, tapi sebenarnya dia sangat bodoh. Dia terlupa bagaimana hendak bersyukur atas segala yang dimilkinya kini. Kerana itulah, hatinya tidak pernah gembira dan puas. Dia terlupa bahawa ada yang MAHA BIJAKSANA berbanding dirinya. Dia terlupa bahawa duit berkepuk-kepuk yang dimilkinya kini tidak pernah digunakan untuk derma, dan paling penting mngabdikan diri kepada YANG MAHA ESA. Dia sibuk mncari tiket untuk bercuti atau menghadiri persidangan di luar negara, tapi tidak pernah ambil pusing tentang Haji di Tanah Haram. Akhirnya, profesor ini menemui jawapan yang dicarinya. Dia beristighfar dan dan mula mnyedari akan kerdilnya dirinya itu berbanding YANG MAHA MENCIPTA.

Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini, tapi, kita harus sentiasa cuba untuk menjadi yang paling sempurna pada setiap hari. Seluruh hidup kita adalah milik abadi YANG MAHA ESA, walau siapa pun kita, walau sebesar mana pun pangkat dan harta yang kita miliki, takkan mampu menandingi kehebatan-NYA..

Sunday, January 18, 2009

aku rinduu..semuanya..

Salam..

Entah kenapa hari ini aku teringatkan sesuatu..aku teringat dan mengimbau kembali pada saat-saat yang manis itu..dan, sekali lagi, aku rindu..rindu pada momen-momen manis itu..walaupun saat-saat dan kenangan itu hanyalah suatu saat biasa yang mungkin dialami oleh orang lain, namun, pada aku, itulah saatnya dimana aku mengenali, memahami dan tersenyum..malah, aku masih mengingati bau dan suasana di saat itu..

Aku mungkin orang yang paling perasa dalam dunia ini..naluri aku sangat kuat sehingga kadang kala aku boleh mengagak apa kesudahannya..aku tahu kesudahan saat-saat manis dan bermakna itu tidak lama, tapi entah kenapa, aku membiarkannya berlaku..yang aku tahu pada masa itu hanyalah untuk mengingati dan mengenang saat itu sebagai sesuatu yang sangat manis..sesuatu yang mampu buatkan aku tersenyum dan tersengih setiap kali aku mengingatinya..aku cuma mahu mengingati bagaimana dinginnya suasana itu, namun, ia hangat dengan aromaterapi itu dan gelak ketawa..aku cuma mahu mengingati bagaimana ikhlasnya senyuman kita pada waktu itu..aku cuma mahu mengingati bagaimana telusnya bicara kita pada masa itu..aku cuma mahu mengingati bagaimana rasanya bila aku benar-benar gembira pada waktu itu..

Ini bukan satu kisah jiwang, ia cuma tentang bagaimana kadang kala kita tak ambil kisah tentang perkara-perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kadang kala kita fikir perbualan yang ringkas itu tak membawa apa-apa makna, tapi, percayalah, perbualan ringkas itu mungkin akan kita kenang untuk sepanjang hayat. Aku mungkin sudah tidak berpeluang untuk kembali pada saat itu, tapi sekurangnya, aku masih mengingati dengan jelas pada semuanya..dan, paling penting, itulah saatnya dimana aku terasa sangat gembira, sama seperti saat aku duduk di kerusi, berdua bersama arwah Walid dan ketawa bila ada yang mencuit hati dalam perbualan kami..Ia saat yang setiap orang alaminya, namun, tak semua yang mengingatinya. Fikirlah kembali, renungkan sejenak, apa saat-saat dalam kehidupan yang telah kita lupakan. Mungkin saat itu cumalah makan bersama..atau saat dimana kita bercerita tentang perkara-perkara yang melucukan..fikirlah lagi, dan ingatilah..

chow!

Wednesday, January 14, 2009

"Jangan terlalu banyak memandang pada jam.."

Salam..

Hihihi..lagi sekali, heading dan tajuk yang aku sorang je kot yang faham..kalau difikirkan balik, memanglah hakikatnya kita perlu melihat pada jam, perlu mengetahui masa yang sepatutnya untuk melaksanakan sesuatu. Tapi, mungkin ada juga orang atau insan2 yang tak ingin terlalu banyak melihat pada waktu dan jam..tak ingin mngetahui masa berlalu dengan pantas, tak ingin melihatnya berlalu..

Entahlah, aku ada juga terfikir bila mendengar seseorang mengucapkan kata2 ni, tapi, bila difikirkan banyak kali, mungkin itu yang terbaik untuk dia. Selama ini, dia terlalu sibuk, terlalu banyak perkara yang membebankannya dan terlalu banyak memandang kepada perkara lain sehingga lupa untuk merasai sejuknya angin, panasnya mentari, dan ramainya manusia di jalanan.. Musibah yang terjadi telah mngubahnya dan mungkin itulah yang terbaik buat dirinya. Dan, akhirnya, dia kembali tersenyum bila segalanya sudah tidak lagi membebankannya..mungkin itu yang sebaiknya..manusia cuma akan mnyedari akan segala perkara di sekelilingnya apabila dia tidak lagi berpeluang untuk melihat perkara tersebut..dan, serasanya, aku jua ikut terdiam dengan segala perubahan itu..

Muhasabahlah diri kita, lihat apa yang kita buat pada hari ini, adakah kita jua terlalu banyak memandang kepada waktu dan jam?adakah kita juga terlalu dan tersangat sibuk hingga lupa untuk mngucap syukur kerana masih bernafas pada hari ini?sama2lah kita melihat kembali..jauh ke dalam diri sendiri...

chow!

Monday, January 12, 2009

U-turn..

Salam..

emm..agak lama gak aku tidak mnjenguk ke sini..terlalu banyak perkara yang berlaku dan banyak hal yang perlu diselesaikan. Emm, melihat pada tajuk kali ni, pasti banyak yang bermain di fikiran kan?hihi.. U-turn. Patah balik. Pusing semula. Terlalu banyak yang dapat didefinisikan dari perkataan U-turn ini. Namun, ada sesuatu yang mencuri hatiku tentang U-turn. Pernahkah kita terfikir yang sebuah kapal terbang akan membuat U-turn sekiranya ada kecemasan yang berlaku terhadap penumpangnya?emm..aku tak pasti tentang itu. Tapi, serasanya ramai yang ingin membuat U-turn dalam kehidupan mereka andainya diberi peluang sebegitu. Lama aku berfikir tentang hal ni, walaupun hakikatnya, kita kena sentiasa redha dan bersyukur dengan apa yang telah berlalu dalam hidup kita. Ramai yang ingin bermula semula dengan sesuatu yang mereka sangkakan akan jadi lebih baik, namun, andainya mereka diberi peluang itu, mungkin mereka akan tetap mahu membuat U-turn sekali lagi. Manusia mana pernah puas dengan pilihan yang mereka peroleh..emm..

Ada sesuatu yang tak ingin aku U-turn pada saat ini..berpusing dan berpatah balik dari memberi kasih sayang.. "Give your love and never stop giving it.."
Pelik kan? dalam kasih sayang dan cinta, kita takkan pernah berhenti untuk memberinya. Kita takkan berhenti menyayangi ibu bapa, kawan-kawan, guru, dan semestinya dia yang tercinta. Namun, agak pelik juga kerana aku jua pernah hampir berpatah balik dan berputus asa dari mmberikan kasih sayang ini. Astaghfirullah..kenapa lah aku bertindak sebegitu?Aku tak perlu untuk berhenti, kerana aku tak pernah rugi walau sedikit pun dalam pemberian kasih dan sayang ini. Arwah Walid sentiasa memberitahu aku dulu, kalau kita berikan sayang kita pada orang lain, tak kiralah orang itu miskin, tak berdaya dan buruk, pasti kita akan dibalas dengan rasa yang sama..Arwah Walid memang orang yang paling tepat jika berbicara tentang sayang dan kasih, dan aku jua ingin menjadi sepertinya, tegar dan kuat dalam mempertahankan rasanya..

Namun, seandainya aku mampu untuk membuat U-turn demi mendapatkan sayang dan cinta itu, aku mahu melakukannya. Seandainya kita diberi peluang itu, usah lepaskannya, usah biarkan ia berlalu begitu saja, kerana mungkin esok kita tak lagi mempunyai peluang yang serupa..aku masih ingin memberikan rasa sayang dan kasih ini pada setiap hari, menyayangi dengan sepenuhnya pada hari ini, kerana mungkin esok aku tak lagi berpeluang untuk melakukannya..dan, jika esok masih kembali, aku masih akan melakukan perkara yang sama, dan masih akan tersenyum setiap kali merasai hangatnya kasih dan sayang itu..

U-turn=airplane..hikhik...

chow!