Tuesday, January 20, 2009

Kisah tentang seorang Profesor..

Salam.

Ini kisah tentang seorang profesor universiti. Siapa dia dan di mana dia sekarang, itu bukan sesuatu yang ingin aku ceritakan di sini. Dia bermula dengan seorang pensyarah, bertatih dan mula mengorak langkah menjadi seorang profesor yang disegani dalam bidangnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi, optimistik, dan sentiasa mengingatkan para pelajarnya supaya sentiasa melakukan yang terbaik dalam bidang pengajian mereka. Dia sentiasa ingin melakukan perkara yang paling bagus dan mempersembahkan hasil kajian yang terbaik agar dapat diterima dalam mana-mana persidangan atau seminar serta jurnal antarabangsa. Dia seorang yang tegas dan punyai disiplin yang tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugasannya. Dia punyai keluarga yang lengkap, dan segalanya nampak begitu normal.

Hinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajarnya bertanyakan sesuatu yang tak pernah dijangka olehnya. "Prof gembira dengan apa yang Prof miliki pada hari ini?". Soalan yang ringkas dan biasa saja. Namun, untuk pertama kalinya, seseorang yang bergelar profesor ini terdiam seketika. Tercari-cari apakah jawapan yang paling tepat bagi persoalan itu, sedangkan selama dia menjalankan kajian, sudah pelbagai persoalan yang sukar mampu untuk dia selesaikan. Dan, akhirnya, profesor cuma sekadar tersenyum kepada pelajarnya itu. Sejujurnya, profesor itu tidak punyai jawapan yang pasti pada persoalan tersebut.

Semalaman profesor itu berfikir dan tak lena tidur. Dia terfikir, apa yang membuatkannya tidak mampu untuk memberi jawapan yang pasti pada soalan pelajarnya itu. Dia punyai segalanya, dia berpangkat, bergaji lumayan, ada keluarga yang bahagia, berpeluang bercuti ke luar negara dan mampu membimbing para pelajarnya dengan baik. Tapi, kenapa dia masih ragu-ragu untuk memberikan jawapan?Hatinya terasa seperti ada sesuatu yang kurang, tapi dia sendiri tidak pasti. Profesor ini begitu yakin yang dia sangat gembira dengan apa yang dimilikinya sekarang. Dia menoleh ke arah tingkap dan melihat pada bulan dan bintang. Dan, untuk pertama kalinya, dia tersedar yang itulah kali pertama dia benar-benar melihat bintang dan bulan. Itulah pertama kalinya dia benar-benar terasa yang bintang dan bulan itu sangat bercahaya. Lama dia termenung, dan akhirnya perkataan yang muncul dari mulutnya adalah "Alhamdulillah..". Rupanya, kekurangan yang dirasai dan dicarinya itu adalah SYUKUR.

Profesor ini telah terlupa suatu pelajaran yang penting. Ya, dia adalah profesor yang sangat bijak, tapi sebenarnya dia sangat bodoh. Dia terlupa bagaimana hendak bersyukur atas segala yang dimilkinya kini. Kerana itulah, hatinya tidak pernah gembira dan puas. Dia terlupa bahawa ada yang MAHA BIJAKSANA berbanding dirinya. Dia terlupa bahawa duit berkepuk-kepuk yang dimilkinya kini tidak pernah digunakan untuk derma, dan paling penting mngabdikan diri kepada YANG MAHA ESA. Dia sibuk mncari tiket untuk bercuti atau menghadiri persidangan di luar negara, tapi tidak pernah ambil pusing tentang Haji di Tanah Haram. Akhirnya, profesor ini menemui jawapan yang dicarinya. Dia beristighfar dan dan mula mnyedari akan kerdilnya dirinya itu berbanding YANG MAHA MENCIPTA.

Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini, tapi, kita harus sentiasa cuba untuk menjadi yang paling sempurna pada setiap hari. Seluruh hidup kita adalah milik abadi YANG MAHA ESA, walau siapa pun kita, walau sebesar mana pun pangkat dan harta yang kita miliki, takkan mampu menandingi kehebatan-NYA..

2 comments:

cik sabun said...

salam kak farah...betul2 berlaku pd kite..sblm nih, dlm sibuk mengejar cita2 duniawi,tp last week hati kita terusik dgn kata2 makteh kite..dia ckp "akak, klu hujung thn ni akak cukup duit, jom ikut makteh g umrah"

Apa yg buat kita terasa ssgt sbb selama nih kita simpan duit kat bank, hanya fikir utk perancangan dan kgunaan masa depan spt research, beli keta, rumah dsb tp x pernah terniat sbhgian drpdnya utk buat umrah wpun rezeki tersebut dtg drpdNya.. rsa bsalah sgt2.

kak, wpun masih belajar, msih bgantung pd duit biasiswa yg x seberapa, tp kita percaya klu Dia dah tetapkan rezeki kita, InsyaAllah kita ingin sgt jejakkan kaki ke sana..

farahsoul said...

thnx for da comment my dear sis.. huhu..sbnrnya kita mmg byk terlupa, terasa seolah kita trlalu sibuk utk mncari prkara lain, sedangkan kuta perlu jua meluangkan masa utk DIA YANG ESA..