Thursday, January 21, 2010

Ragam dan karenah mereka..

Salam.

Lama benar aku mngambil masa untuk kembali menulis di sini. Ada pelbagai kisah yang berlegar di fikiran tatkala ini. Sementelah pula, minggu ini, aku telah dihidangkan dengan pelbagai kisah yang mempunyai pelbagai perisa. Segalanya bercampur menjadi satu. Kisah para sahabat dan kenalan yang masing-masing dengan cerita sendiri. Ada yang berada dalam musim-musim bahagia, menghitung detik untuk disatukan brsama si kekasih hati, manakala ada pula yang berhempas pulas untuk mmpertahankan kasih yang sekian lama telah diikat. Ada juga yang baru bertatih ingin mngenali erti cinta yg sebenar manakala ada pula yang baru ingin mmpercayai hakikat cinta yg sebenarnya. Entahlah, aku juga tidak pasti. Aku cuma mampu mndengar dan menadahkan mata serta telinga untuk mereka berkongsi segala kisah trsebut.

Aku juga masih begini, malah serasanya aku lebih sibuk dan bersemangat untuk mnghadapi hidup yang seterusnya. Segala ragam dan karenah mereka hanya mampu aku dengari dan lihat dari kejauhan kerana aku tahu, di akhirnya nanti, hanya mereka sendiri yg mampu mnyelsaikan segala masalah yg mereka hadapi. Pada aku, walau apa jua yang sedang mereka alami tika dan saat ini, hnya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI segalanya. Bukan diriku, juga bukan org lain yg mndengar kisah mereka. Hnya ALLAH yang tahu kenapa DIA menurunkan ujian dan cubaan buat hamba-NYA. Dan, serasanya, di saat dilanda ujian bgini, tidak kira sama ada ujian dari segi kesedihan, kgembiraan atau kesenangan, kita harus kmbali pada-NYA. Manusia sering terlalai, aku semestinya. Namun, aku tahu, ALLAH pasti mnyediakan hikmah yang trsembunyi buat mereka yg telah diuji-NYA. Moga semua sahabatku mnemui hikmah trsebut..Insya Allah..

No comments: