Thursday, February 26, 2009

Memaafkan..

Salam.

Agak lama juga aku tidak menjenguk ke sini. Terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu diselesaikan dan aku sangat tidak sempat untuk menulis di sini. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2 minggu ini dan serasanya aku tak mampu untuk menceritakan segalanya. Tapi, seperti biasa, aku telah mempelajari sesuatu dalam tempoh 2minggu ini. Belajar untuk meminta maaf dan memaafkan.

Ramai antara kita yang mudah untuk terasa hati dan tersentuh seandainya ada orang lain yang menyinggung perasaan mereka. Kita akan cepat terasa, sedih, berkecil hati dan mula menjarakkan dari orang yang telah membuatkan kita merasa sebegitu. Itu adalah sesuatu yang normal, semua manusia pasti akan merasakan perasaan sebegitu. Namun, tanpa kita sedari, kita telah terlalu lama menjarakkan diri dan menyimpan rasa sedih dan kecil hati itu sehingga kadang kala ia bertukar menjadi dendam. Dan, apabila dendam menguasai hati, kita sekaligus telah menjadi seseorang yang lain. Bukankah lebih baik jika kita memaafkan? Bukankah beban di hati akan berkurangan jika kita memaafkan? Bukankah kita juga akan rasa lebih tenang jika kita memaafkan?

Entahlah. Aku bukan orang yang sempurna, dan aku jua pernah menjadi orang yang penuh dengan dendam suatu ketika dulu. Aku tak mudah untuk meminta maaf dan memaafkan orang lain, dan serasanya aku sangat mudah terasa hati dengan sesiapa jua. Namun, itu kisah lama. Aku telah belajar dan menerima pelajaran yang berguna tentang memaafkan dan meminta maaf. Sejujurnya, aku tak ingin kembali untuk menjadi orang yang penuh dengan rasa marah dan dendam itu. Dan, aku jua berharap agar sesiapa jua yang sedang membaca coretan ini akan berfikir sejenak dan belajar untuk memaafkan. Aku pernah terasa hati sehingga menangis, tapi, aku tak lagi berdendam dan marah pada orang yang telah membuatkan aku menangis itu. Dia juga manusia biasa, dan aku pun begitu. Tiada ruginya kita untuk memaafkan orang lain dan tiada salahnya juga kita untuk meminta maaf. Sekurangnya, rasa terbuku di hati akan berkurangan.

Belajarlah dan renungkan sejenak. Adakah kita telah memaafkan sesiapa pada hari ini? Dan, belajarlah untuk membuatkan orang lain tersenyum dan gembira kerana kita pada setiap hari. Aku telah mempelajarinya dan serasanya aku lebih menikmati kehidupanku pada setiap hari..

Friday, February 13, 2009

Ada cinta..Part 2..

Salam.

Emm..sejujurnya, aku bukanlah ingin terlalu mendedahkan kisah mereka, namun, panggilan telefon yang ku terima hari ini telah menunjukkan segalanya. Cinta mula disemai..dan, sejujurnya, aku sangat gembira buat mereka. Walaupun, aku tahu, mereka sebenarnya sangat takut dengan perasaan masing2, dan masih cuba untuk menafikannya. Apa yang perlu mereka takutkan? Tiada yang salah jika kita jatuh cinta. Kerana perasaan cinta itu anugerah ALLAH yang bernilai buat kita, dan kita tak berhak untuk menolaknya. Aku cuma mahu mereka gembira dengan kehadiran cinta itu, dan menerima seadanya. Ia bukan bermakna ia memerlukan kesudahan yang baik, tapi, kita harus merasainya bila cinta itu hadir.

Puas ditebak dengan soalan dari diriku, akhirnya sahabat perempuan itu mengakui, yang hatinya mula merasainya. Aku tahu yang dia takut, bimbang akan melukai hati orang yang menjadi pujaan sahabat lelakinya. Ingin sahaja aku mmberitahunya, bahawa, jangan takut dengan perasaan itu, hargainya, dan dakaplah. Agak puitis kan? Tapi, itulah hakikatnya. Ramai yang takut dengan cinta, hingga sanggup melepaskan orang yang mereka sayangi. Dan, aku tak ingin apa yang berlaku pada diriku, turut berlaku pada ornag lain. Aku memang tak berhak untuk memberikan apa2 nasihat dalam hal ini, dan sekadar mampu mendengar dengan setia. Tapi, aku cuma mahu mereka brdua gembira. Cinta tak semestinya bersatu. Aku tak patut harapkan yang lelaki itu akan meninggalkan pujaan hatinya demi sahabat perempuannya, tapi, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kita hanya mampu merancang, dan DIA yang menentukan segalanya. Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.

Ummi pernah berkata, ramai orang inginkan sahabat baik untuk mnjadi teman hidup mereka kerana sahabat baik kita yang akan memahami kita sepenuhnya. Seperti arwah Walid, kerana mereka adalah sahabat baik..=)

Tuesday, February 10, 2009

Kosong...

Salam.

Kosong. 0. Zero. Null. Emm, banyak sebenarnya yang bermain di fikiranku setiap kali melihat dan mndengar orang mnyebut angka atau prkataan ini. Kosong, empty. Aku bukan ingin mendefinisikan maksudnya di sini. Namun, hari ini, aku agak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh seorang sahabatku. Katanya, hidupnya serasa kosong. Aku agak trkejut dengan apa yang dikatakn olehnya. Katanya, kesibukan setiap hari, mnjadikan dia terasa seolah, tiada apa yang menarik dalam hidupnya atau dalam erti kata lain, kosong. Mndengar kata2nya, aku trfikir seketika, begitu tnggi ilmu yang telah dipelajarinya, serendah itu dia dapat berfikir. Aku bukan hendak mngata pada sesiapa, namun, pada diriku, dia sangat tidak bersyukur dan tidak mnghargai.

Apa yang kosong dalam hidupnya? Dia punyai ibu bapa, adik beradik, malah teman istimewa. Apa lagi yang kurang? Dia punyai kereta, kesihatan yang baik, pelajaran yang bagus dan bakal mmpunyai sarjana tak lama lagi. Hidupnya tak pernah kosong. Kenapa dia tak pernah sedar akan semua tu? Hidup kita sebenarnya tak pernah kosong. Setiap hari, sentiasa ada perkara baru yang akan berlaku dalam hidup kita. Walaupun, kadangkala, bagi kita, ia hanyalah satu rutin yang sama, namun, jika dilihat dan difikirkan dengan teliti, setiap hari, kita belajar perkara yang baru. Kita berjalan setiap hari, adakah kita melihat kereta yang sama di jalanan pada setiap hari? Semestinya tidak kan. Kita brjalan setiap hari, adakah kita sedar yang burung yang hinggap pada pokok2 adalah burung yang sama pada setiap hari? Kita tak pernah sedar tentang perkara begitu kan? Kenapa perlu kita mnyempitkan fikiran dengan melihat prkara yang kita rasa kita boleh lihat sahaja? Banyak yang belum kita sedar atas muka bumi ini. Kerana itu, ALLAH mmberikan kita akal fikiran untuk melihat, berfikir dan belajar tentang semua itu.

Hiduplah dengan sepenuhnya pada setiap hari, dan rasailah angin yang bertiup, rumput yang kita pijak dan langit yang kita dongak. Kita harus merasai semua itu, kerana mungkin esok, kita tak lagi mmpunyai peluang yang sama. Dengan itu, barulah hidup tidak terasa kosong seperti yang dikatakan oleh sahabatku tadi. That's what it means, to be truly alive. Terkadang, kita memang akan merasa bosan, atau kecewa dengan apa yang telah kita lalui pada hari itu, namun, percayalah, bahawa hari itu, akan mnjadi panduan untuk kita mneruskan hari esok. ALLAH MAHA ADIL, segala yang berlaku, mmpunyai hikmah di sebaliknya, dan kita pasti akan dapat melaluinya sekali lagi. Dan, dengan itulah, kita akan mmpunyai apa yang dipanggil, pengalaman.

Pada aku, manusia yang merasakan hidupnya kosong adalah manusia yang tiada pegangan. Kerana kita, setiap insan sentiasa mmpunyai pendamping, ALLAH. DIA sentiasa di sisi kita, walau manusia sering melupakan-NYA. Cinta-NYA sentiasa ada, walau manusia sering lupa pada cinta nan satu itu. Rahmat dan nikmat-NYA sentiasa melimpah, walau manusia sering tidak bersyukur. Aku bukanlah orang yang terlalu baik, kerana aku jua insan yang sering lupa. Namun, setidaknya, ini adalah pesanan buat diriku juga buat semua yang sering merasakan hidupnya kosong. Fikirkan sekali lagi, dengan segala yang kita punyai hari ini, adakah berhak untuk kita mngatakan bahawa hidup kita kosong? Kerana, mungkin esok, segalanya akan dikembalikan untuk PENCIPTA..

chow!

Monday, February 9, 2009

Ada cinta...

Salam.

Emm, agak lama jugak aku tak menjenguk ke sini. Agak sibuk sikit dengan segala kerja dan tugasan yang tak disangka, huhu. Hari ni aku tergerak untuk bercerita tentang sepasang sahabat. Sahabat, ya, sahabat, bukan kekasih, dan bukan pasangan yang bercinta. Namun, lagak gaya mereka, jika dilihat dari mata pandangan umum, seolah mengiakan yang mereka adalah pasangan yang sedang dilamun cinta. Aku sudah agak lama melihat gelagat sahabat ini. Dan, hari ini, biar aku curi sedikit masa untuk bercerita tentang mereka.

Mereka adalah sahabat sejak di zaman sekolah, namun, setelah masing2 melanjutkan pelajaran, ianya terputus begitu sahaja. Mereka bertemu kembali di tempat kerja yang sama. Segalanya bermula kmbali, prsahabtan lama terjalin dan mereka mula bercerita tentang masa lalu yang sangat berharga. Mereka bukan rapat sewaktu di sekolah, namun, prtemuan kmbali, telah merapatkan hubungan itu melebihi sebelumnya. Lelaki itu telah berpunya, kekasih hati yang menjadi pujaan. Dan, sahabat perempuannya turut mngetahui tentang hal trsebut. Berada dalam satu tempat yang sama mnyebabkan mereka banyak meluangkan masa berdua. Shopping, berkelah, sama2 ke tempat kerja sementelah sahabat perempuan ini tidak mmpunyai knderaan sendiri. Segalanya begitu mnceriakan antara mereka. Mereka banyak brgaduh, kerana pelbagai perkara, namun, sebenarnya, itulah yang melengkapkan mereka berdua. Usikan demi usikan dari rakan sekerja yang mngtakan mereka adalah pasangan kekasih seolah sudah lali bagi mereka dan kadangkala, mereka benar2 brlagak seperti pasangan kekasih! Panggilan sayang dan abang bermain di bibir dan mereka anggap itu adalah gurauan antara sahabat baik.

Namun, memerhatikan gelagat sahabat ini dari kejauhan, aku seperti merasakan, ada sesuatu di hati mereka. Lelaki itu pernah mngadu pada sahabat perempuannya bahawa dia sudah agak lama tidak mnghubungi kekasih hatinya yang berada di tempat lain. Dan, seperti sahabat yang lain, perempuan itu mnggesa sahabatnya untuk mnghubungi kekasihnya. Namun, aku tahu, setiap kali mereka brsama, ada sinar yang lain pada mata mereka brdua. Mata mereka trsenyum setiap kali mereka brsembang brdua, ketawa dan brgaduh tentang apa jua prkara. Mata itu seolah mngiakan bahawa ada cinta di hati mereka. Walaupun, pada dasarnya, ia dilitupi dengan panggilan 'aku' dan 'kau', tapi, hati aku kuat mngatakan bahawa bibit2 sayang mula terbit di hati mereka. Bibir mereka sering menafikan pada diriku, bahawa mereka hanyalah sahabat baik dan segalanya adalah atas dasar 'prsahabatan'.

Entahlah, pada aku, kan lebih baik mereka mndengar apa yang hati mereka sedang bisikkan. Bukankah itu namanya cinta? Saling mlengkapi dengan cara trsendiri?Tak perlu 'declare' pada semua yang mereka brcinta, tak perlu ungkapan 'I Love u'. Cukup sekadar mereka saling mngerti dan memahami apa yang mereka perlukan. Aku bukan mnggalakkan lelaki itu untuk curang pada kekasih hatinya, namun, aku tahu, dia merasakan sesuatu pada sahabatnya. Why can't they see that? Kenapalah mereka tidak sedar akan kehadiran sinar cinta pada mata masing2? Atau, mereka sengaja cuba menafikannya? Entahlah, kadangkala aku tidak mngerti. Cinta itu telah hadir di depan mata mereka, tapi, mereka pura2 tidak memahami. Mungkin, belum tiba masanya..dan aku sentiasa berdoa agar ALLAH mmbukakan pintu hati mereka untuk sama2 mndakap cinta itu..

chow! (aku dh stat melalut dah tgh2 malam ni..huhu..)

Thursday, February 5, 2009

Aku mengalah...

Salam.

Selepas apa yang aku rasai sejak seminggu yang lalu, hari ini aku rasa amat lega. Mungkin, tiba masanya untuk aku mengalah. Mengalah bukan bererti aku kalah. Aku cuma mahu memberikan sepenuhnya masa untuknya. Mungkin..itulah yang diperlukan kini. Walaupun aku tahu dan amat mngerti bahawa apa yang diperlukan adalah seorang sahabat. Namun, aku tak mampu untuk mnjadi sahabat itu. Aku tak mungkin mnjadi sahabat itu. Aku akan gembira bila dia gembira. Dan, aku cuma mahu dia gembira. Walau bukan sebagai sahabat, setidaknya aku tahu dia akan gembira.

Aku lega kerana dia akan mnemui apa yang dia inginkan. Dia akan bahagia, walaupun tanpa aku. Ya, ini noktahnya. Aku jua akan bahagia, tanpa dia. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia. Juga untuk keluarga yang amat bermakna buat dirinya. Pengalaman menjadi sebahagian dari kehidupannya sangat bermakna buat aku. Mengingatinya saja sudah cukup untuk buat aku tersenyum. Aku bertuah kerana memiliki pengalaman dan kenangan itu.

Aku kalah dalam situasi dan keadaan, tapi, aku memenangi kenangan itu. Aku mengalah pada dirinya. Aku akur dan redha. Kerana dengan ini, kami akan sama2 gembira. Aku sedar di mana letak duduk diriku. Dan, aku berdoa agar aku sentiasa gembira dan bahagia begini. Moga ALLAH mempermudahkan jalan buat kami, dan moga ALLAH sentiasa memberikan ketenangan buat hati kami..Amin..

Wednesday, February 4, 2009

kenapa aku begini..?

Salam.

Hari ini. Buat kesekian kalinya, aku masih menyimpan sebuah harapan. Aku masih begini. Buat kesekian kalinya juga, hati aku masih percaya. Gerak hatiku masih yakin. Aku yakin yang..yang dia masih ada rasa itu. Penafian itu yang membuatkan aku masih percaya. Penolakan itu yang membuatkan aku masih yakin. Riak wajah itu, masih menggambarkannya. Kenapa aku begini? Kenapa aku masih yakin? Kenapa hatiku tidak menolaknya? Aku patut hentikan semua ini. Bukankah itu pengakhirannya? Kenapa aku masih degil? Kenapa aku masih ingin berpegang pada sesuatu yang tak pasti?

Sejujurnya, aku memang degil. Selagi aku tak mngetahui apa yang sebenarnya berlaku, aku tetap dengan keputusanku. Walau cuma dari kejauhan, aku tahu, rasa itu masih ada. Kami sangat jauh, walaupun sangat dekat. Aku tahu, dia sangat mengerti, cuma dia terlalu takut. Ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan, sebab aku akan tetap di sini. Aku tak akan goyah, kerana aku yakin, ALLAH sentiasa bersama diriku. Walaupun sehingga kini, aku masih tak mngerti, kenapa aku bgini, namun, yang pasti, aku yakin dengan hatiku. Aku pasti, yang jalan di depan sangat berliku, tapi, kerana liku-liku itulah aku akan jadi lebih matang. Pedih rasanya, tapi, rasa pedih inilah yang akan membuatkan aku kembali tersenyum. Terkilan ini masih ada, tapi, aku pasti, yang terkilan ini akan pergi jauh dari hatiku.

Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku.. Kuatkanlah diriku dan teguhkan hatiku agar aku sentiasa mengingati -MU..

Monday, February 2, 2009

Dia...sahabatku..


Salam.


Hari ini aku ingin berkongsi tentang seseorang. Seseorang yang sangat istimewa pada aku. Dia, sahabatku. Seseorang yang benar-benar aku anggap sebagai sahabat yang mampu berkongsi segalanya bersamaku. Di saat aku memerlukan seseorang untuk bercerita, ketawa dan menangis, dia ada bersamaku. Namun, kami sebenarnya tidak pernah bersua antara satu sama lain. Sejujurnya, aku hanya mengenali sahabat ini melalui emel, ym, mesej, dan perbualan telefon. Pelik kan? Tapi, itulah kami. Segalanya kami kongsi bersama, dari kisah kelakar, cerita di televisyen, kisah cinta dan masalah di tempat kerja, semuanya kami rasai bersama.


Dia, namanya, amirah. Entah kenapa, hari ini aku tergerak untuk bercerita tentang dirinya, setelah hampir setahun kami saling mngenali. Bagaimana kami kenal? Hihihi, itu memang sesuatu yang amat tidak disangkakan. Kami kenal melalui alam siber. Pertemuan yang memang tak aku jangkakan. Dan, hingga hari ini, aku masih tak mnyangka yang kami boleh menjadi serapat begini. Aku rasa serasi bersamanya. Walaupun kami tak pernah bertemu dan bersua muka, namun, pada aku, aku dah cukup mngenalinya. Jiwa kami serasi dan itulah yang kami pegang sepanjang persahabatan ini. Sejujurnya, aku sangat bersyukur dengan kehadiran sahabat ini. Aku tak pernah berkongsi rahsia dengan seorang sahabat sebanyak yang aku kongsikan bersamanya. Hati aku percayakan dia, dan aku tahu yang dia juga begitu.

Pelbagai yang telah kami kongsikan bersama. Aku pernah menangis dan di saat itu, dia bersama aku dengan pelbagai mesej yang buatkan aku tersenyum kembali. Mungkin kerana persamaan umur yang buatkan kami selesa dan serasi bersama. Namun, sesuatu yang aku amat pasti adalah, ALLAH telah mempertemukan kami dalam keadaan yang tidak dijangkakan. Aku amat bersyukur kerana mengenali sahabat ini. Kadang kala, seseorang yang asing itu mampu mnjadi sahabat dan seperti saudara sendiri dan terkadang, saudara sendiri pun seperti orang asing. Aku sayangkan kau, amirah. Moga kita sentiasa bersahabat, walaupun kita tak pernah bertemu. Moga kita terus bersahabat, walau apa jua halangan mendatang. Dan, terima kasih kerana sudi mendengar segala cerita, kisah dan airmata aku di saat aku memerlukan..
P/S: aku nak sebut nickname kau..tapi...hikhik..jangan marah ye laling..huhu..